Perkasa kesihatan awam
Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan ucaptama pada majlis
perasmian Persidangan Menteri-Menteri Kesihatan OIC di Petaling
Jaya, semalam. Terjemahan teks penuh ucaptama Perdana Menteri pada Persidangan
Menteri-Menteri Kesihatan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
PADA 2005, Kuala Lumpur menganjurkan mesyuarat tahunan kedua
berhubung penghasilan sendiri vaksin di kalangan negara-negara
anggota OIC. Ia kemudiannya membangkitkan kesedaran bahawa
satu landasan yang bersesuaian diperlukan bagi membincangkan
skop lebih luas mengenai kekhuatiran kesihatan yang membelenggu
ummah. Saya gembira untuk menyatakan di sini bahawa kita telah tiba ke
peringkat asal dan Malaysia mengalu-alukan anda semua mengikuti
Persidangan Menteri-Menteri Kesihatan OIC yang julung-julung kali
diadakan ini. Walaupun pahit dan sukar, kita perlu mengakui bahawa negaranegara
Islam banyak ketinggalan dalam pelbagai segi. Ini adalah realiti di mana kita sama-sama cuba perbaiki. Tetapi dalam hal mengenai kesihatan awam, usaha itu menjadi lebih penting dan barangkali sangat mendesak. Adalah menjadi fakta yang enggan diterima bahawa bayi dan kanak-kanak yang tinggal di negara-negara Islam berdepan dengan risiko tinggi mendapat penyakit berjangkit. Menurut Laporan Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada
tahun 2004, tujuh daripada 10 negara yang kadar paling tinggi mortaliti (kematian) adalah negara anggota OIC. Sesetengah daripadanya lebih berbanding yang lain. Beberapa anggota OIC di Afrika dan tengah Asia direkodkan dengan kadar mortaliti bayi mencecah sehingga 100 bagi setiap 1,000 kelahiran. Malahan, hanya sedikit negara-negara Islam direkodkan dengan kadar tersebut yang lebih rendah iaitu 10 bagi setiap kelahiran.
Negara-negara termasuk dalam kumpulan ini ialah Brunei, Bahrain dan Malaysia.
Negara-negara anggota OIC juga antara yang mencatatkan kadar mortaliti tertinggi bagi kanak-kanak di bawah lima tahun. Adalah malang, negara-negara Islam menyumbang kepada majoriti negara yang kadar mortaliti mencecah 200 kematian dalam 1,000 di kalangan kanak-kanak bawah lima tahun. Kebanyakan daripada kanak-kanak ini mendapat penyakit seperti campak, malaria, jangkitan pernafasan - penyakitpenyakit yang boleh dicegah dan dibasmi.
Kita barangkali tidak suka mendengar perkara-perkara sebegitu. Sesetengah orang berkata bahawa tahap kesihatan umum di negara-negara Islam ini satu tragedi, bukan sahaja kerana pandangan itu sesuatu yang suram, ia menjadi perkara menyedihkan kerana terdapat banyak yang boleh dilakukan dalam usaha menghalang kematian dan kesengsaraan yang
tidak sepatutnya berlaku. Dalam hal ini kita ambil contoh, vaksinasi kanak-kanak. Di negara-negara Barat penyakit membunuh seperti polio dianggap telah lama berjaya dihapuskan. Berbeza dengan kita, virus polio masih lagi terus-menerus mengancam kebanyakan negara Islam. Situasi ini diburukkan oleh jurang pembiayaan berhubung imunisasi; kekurangan defisit yang nyata dalam pengeluaran vaksin di kalangan anggota OIC selain kesedaran mengenai penerimaan serta kualiti vaksin.
Adalah jelas bahawa banyak perkara perlu dilakukan memandangkan kebanyakan negara Islam di dunia tinggal dalam persekitaran yang mendedahkan mereka kepada kemudaratan, tetapi boleh dihalang jangkitannya. Justeru, saya percaya bahawa kita mempunyai sebab untuk menyandarkan harapan. Ketika mana jelas sekali ada banyak
perkara perlu dibuat, saya percaya kita telah bersama-sama meletakkan satu rancangan bagi masa depan. Persidangan ini menjadi contoh, Tambahan pula, kita telah mengorak langkah ke atas beberapa inisiatif bagi dilaksanakan.
Deklarasi Mekah semasa sesi ketiga mesyuarat luar biasa Sidang Kemuncak OIC menyebut:
‘‘Kita menganggap pembasmian buta huruf, wabak penyakit dan peperangan untuk menghapuskan kemiskinan di negara Islam sesuatu yang sangat dipentingkan, matlamat strategik diperlukan bagi mendapatkan sebarang sumber diperlukan.’’ Dan itulah yang dilakukan. Beberapa inisiatif sedang dirangka khususnya bagi memperbaiki kualiti kesihatan awam di negara-negara Islam.
Dalam hal ini, Bank Pembangunan Islam (IDB) telah menggesa sendiri satu program dalam pengeluaran vaksin. Ini bagi memastikan negara-negara Islam di seluruh dunia memiliki akses untuk mendapat vaksin yang berpatutan, selamat lagi berkesan. Program ini kini telah memasuki tahun ketujuh pelaksanaannya. Memerangi Selebihnya IDB diberi mandat untuk menyelaraskan dengan Sekretariat OIC bagi mengadakan hubungan dengan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta institusi lain yang relevan bagi menggariskan program untuk memerangi penyakit dan wabak.
Ia akan dibiayai menerusi dana khas yang diwujudkan dalam IDB.
Kita juga melakukan beberapa kemajuan ke arah memperbaiki kualiti kesihatan awam di kalangan negara-negara anggota OIC. Sebagai langkah ke hadapan, kita perlu melipatgandakan kerjasama dan membawanya kepada pelbagai peringkat dan lapisan. Pertamanya, kita perlu mengenal pasti bidang-bidang khusus untuk dipertingkatkan bagi tujuan itu. Salah satunya ialah
dalam pengeluaran vaksin. Ketika mana Malaysia memberi penekanan meluas bioteknologi, negara baru-baru ini menubuhkan Institut Kebangsaan Produk Asli Vaksin & Biologikal (9BIO) sebagai usaha penting bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D). 9BIO menjadi agensi yang bekerjasama dengan pihak lain bagi menggalakkan kemampuan diri dalam pengeluaran vaksin halal. Begitu juga pembangunan vaksin halal. Ini turut merupakan bidang penting dan wajar diberi perhatian. Setakat ini, 9BIO bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi pensijilan halal vaksin. Sijil halal vaksin ini, kita percaya bahawa pembangunannya akan membawa kepada asas baru dalam menggalakkan kesihatan awam di negara-negara Islam. Sebagai contoh, konsep halal itu sendiri membayangkan kualiti, kesucian dan keselamatan akan memperkasa pihak berkuasa dan pemimpin agama bagi menggembleng masyarakat ke arah memastikan kanak-kanak divaksin dan melenyapkan kebimbangan di kalangan masyarakat Islam mengenai pencemaran serta kesan vaksin. Justeru, kita mengharapkan untuk bekerjasama dengan pihak-pihak lain bagi pembangunan selanjutnya dalam proses
pengeluaran dan kerangka vaksin halal. Ini sudah pasti berupaya membantu dalam memastikan penerimaan secara lebih meluas terhadap vaksin halal ini di seluruh negara Islam di dunia. Sudah tentu kerjasama erat dalam kesihatan awam ini tidak boleh dan sama sekali dibataskan kepada isu vaksin semata-mata. Cabang atau bidang lain yang tidak kurang penting dan perlu diberi perhatian bersama termasuk selesema semasa musim haji, pembasmian polio global, malaria, HIV/AIDS, keselamatan bio, kemunculan penyakit berjangkit, peraturan kesihatan antarabangsa dan sebagainya. Keduanya, dalam usaha kita untuk bergerak ke hadapan, kita perlu bersikap telus dan terbuka selain melibatkan sama Suka saya sebut di sini bahawa pelbagai pihak berkuasa antarabangsa yang berkaitan dengan kesihatan seperti WHO, UNICEF dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat turut sama terlibat dalam persidangan penting ini. Adalah menjadi harapan saya supaya kehadiran anda semua di sini akan membawa kepada kerjasama lebih rapat di antara OIC dan negara-negara Islam secara individu khususnya menangani ancaman serius kepada kesihatan awam. Ketika mana kita mengambil pendekatan sepadu dan bersendirian bagi menggalakkan kualiti kesihatan awam di dalam negara anggota OIC, kita terus meminta sokongan dan bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan kesihatan di seluruh dunia. Ketiganya, kita perlu mengiktiraf kepentingan kesihatan awam kepada pembangunan ummah secara keseluruhannya.
Dalam kerangka OIC, kita perlu terus menitikberatkan perbincangan mengenai kesihatan, sama seperti bidang-bidang lain seperti pendidikan, kebudayaan dan sebagainya.
Dalam hal ini, Malaysia berbangga menjadi tuan rumah kepada persidangan ini. Kami berharap supaya persidangan yang penting ini akan menjadi landasan tetap di bawah panji PBB.
Ada yang berkata, masa tidak akan menunggu manusia untuk bertindak, sebaliknya kita manusia perlu mengejar masa. Bagi OIC, kita tidak menunggu masa. Sambil tidak menolak fakta bahawa ada banyak kerja perlu dilakukan, saya percaya bahawa kerja yang baik sedang dibuat ini akan membuahkan hasil di masa depan. Ini akan terhasil jika kita terus merangka strategi dan program yang mapan dan seiring dengan pembangunan antarabangsa tetapi dalam kerangka OIC. Paling penting, kita perlu menggunakan sepenuhnya sumber yang ada, berkongsi kepakaran dan bekerja secara bersama bagi memperbaiki keadaan ummah.
Saya harap persidangan ini akan berupaya membangunkan beberapa kemajuan yang telah pun dilaksanakan selain membantu mencari jalan ke arah pencapaian dan kejayaan baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment