Peluang naik pangkat terbuka untuk semua kakitangan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan membuka banyak peluang kenaikan pangkat untuk kakitangannya yang berkelayakan dan menolak wujud diskriminasi yang menjejaskan peluang kerjaya mereka. Setiausaha Parlimen Kementerian itu, Datuk Lee Kah Choon, berkata pihaknya menilai beberapa faktor sebelum melayakkan kakitangan dinaikkan pangkat. “Kita tidak pernah amalkan diskriminasi tetapi untuk melayakkan individu terbabit dinaikkan pangkat, kita perlu diteliti prestasi kerja, semangat berpasukan, layanan kepada pesakit serta kemahiran mereka.
“Saya rasa semua organisasi sama ada swasta atau kerajaan menggunakan pendekatan sama dalam menilai kenaikan pangkat pekerja mereka,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Beliau berkata demikian mengulas surat aduan pembaca akhbar ini yang mendakwa wujud penganiayaan dan diskriminasi terhadap sistem kenaikan pangkat bagi pegawai dan pakar perubatan kementerian terutama yang berkhidmat melebihi 10 tahun. Pengadu mendakwa, beberapa pegawai perubatan yang diiktiraf sebagai Pakar Perubatan Kesihatan Awam masih di tangga gaji U41 walaupun bertugas melebihi 10 tahun. Malah, ada pegawai perubatan yang bertugas tidak sampai 10 tahun serta kurang kepakaran, tetapi ditawarkan kenaikan pangkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment