Thursday, June 12, 2008

Isu MPH=Berita=11 Jun 2008=Kenaikan pangkat bidang kuasa JPA

Kenaikan pangkat bidang kuasa JPA

MERUJUK surat 'Doktor Dedikasi Tuntut Keadilan' yang disiarkan 2 Jun lalu, dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKN Pahang) mengambil berat berkaitan pegawai perubatan yang lama berkhidmat tetapi belum disahkan atau belum dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. JKN Pahang sebenarnya sudah mewujudkan pangkalan data berkaitan maklumat semua pegawai perubatan yang berkhidmat di jabatan ini. Sebagai langkah penambahbaikan, pangkalan data mengenai setiap anggota dikawal selia JKN Pahang dalam proses kemaskini supaya tiada anggota terpinggir daripada kenaikan pangkat atau pemangkuan jawatan. Bagaimanapun, segala proses pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat pegawai perubatan di luar bidang kuasa pejabat ini kerana ia tertakluk kepada pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Jika ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan urusan perkhidmatan, pengadu boleh berhubung terus ke Unit Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang atau emel kepada: aduanpengurusan@phg.moh.gov.my

DATUK DR ROSNAH ISMAIL,Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Darul Makmur.

No comments: