Tidak senyum kerana keletihan
DEWASA ini hangat diperkatakan mengenai mutu perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan. Ada sesetengah warga Malaysia kini memandang negatif perkhidmatan kesihatan kerajaan apabila mereka gagal untuk mendapatkan layanan serta perkhidmatan seperti yang diharapkan.
Bilangan doktor di Malaysia dan kakitangan perawatan yang lain masih tidak mencukupi dan sangat kritikal di daerah tertentu. Nisbah doktor pada 2007 adalah seorang doktor bagi 1,145 penduduk. Bilangan doktor yang ditugaskan di klinik-klinik kesihatan dan hospital-hospital daerah masih belum mencukupi. Sebagai contoh, doktor di hospital daerah bertanggungjawab untuk merawat pesakit di dalam wad, merawat pesakit di klinik dan melaksanakan tugasan on-call mengikut giliran.
Selepas menamatkan tugasan on-call doktor tersebut akan terus menyambung tugasan sama ada di wad atau terus ke klinik pesakit luar sehinggalah tamat waktu pejabat hari tersebut. Adalah tidak adil untuk mengatakan seseorang doktor itu kurang mesra pesakit sekiranya beliau kurang senyum dan beramah mesra pada hari tersebut. Mereka keletihan setelah bekerja secara berterusan lebih daripada 24 jam.
Kakitangan kesihatan yang lain juga harus ditambah bagi membantu doktor melaksanakan perawatan. Sebagai contoh, para jururawat terlatih seharusnya dapat melakukan pemeriksaan ultrasound rutin kepada ibu-ibu yang mengandung. Ini pasti dapat mengurangkan waktu menunggu pesakit dan membolehkan doktor menumpukan aspek perawatan dan kaunseling pesakit. Mereka juga hendaklah dilatih dengan panduan terkini semasa menyaring pesakit yang datang agar kes-kes kecemasan dapat diberikan keutamaan sewajarnya.
Pesakit juga hendaklah mematuhi waktu temu janji kerana setiap pesakit biasanya akan dilihat oleh doktor untuk lima hingga 15 minit mengikut keperluan. Cubalah menjadi seorang pesakit yang beretika dan berhemah tinggi kerana para doktor dan perawat kesihatan yang lain sentiasa bersedia memberikan khidmat yang terbaik untuk anda.
WARISAN 27643
Kota Bharu, Kelantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Tahniah kerana dedikasi anda.Semoga menerima barakah dr Allah S.W.T.
Permulaan gaji bg doktor yg fresh grad ud41 ke?
So how about bila kita sbg psakit luar yg dtg mntk rawatan, alhamdulillah nurse sgt baik..bg penerangan tuk psakit yg blur ni..g kat doc, sibuk donning their thesis@journal..layan xlayan je patient ni..ckp xprofessional lgsung..blagak..even diri sendiri pn lil bit rough pn, tp xadapt pasal fisiologi ke cmne nk handle ngn customer? MA kt klinik kshatan pn..sibuk ngn handset.cam nk xnk layan je..jgn sbb isu gaji jd alasan camtu..I pn prnah krja dlm retail industry, blk kdg kol 11. Soknye kne krja kne rushing jgk even xdpt fully energy. Mntk maaf emo sket. Harap masinf2 ade perubahan pasni.
Bagi saya pekerjaan sebagai doktor adalah pekerjaan yang paling hebat dan mulia. Saya pernah berdepan dengan doktor yang 'rough' dan doktor yang dapat "menyembuhkan" pesakit hanya dengan perbualannya yang sopan santun dan ikhlas. Doktor pakar HSB, terbaik sungguh beliau. Tapi kita sebagai manusia tidak lari dari kesilapan, sentiasa melakukan kesilapan. Doktor pun manusia, jadi kita terimalah seadanya sebab semuanya kejadian Allah yang ESA. Terima kasih doktor pakar HSB yang sangat baik dan ikhlas melayan pesakit.
Post a Comment