Friday, May 8, 2009

Luahan rasa doktor yang penat=Utusan Malaysia=01/05/2009

Luahan rasa doktor yang penat

SAYA merupakan salah seorang pegawai perubatan di salah sebuah hospital di ibu negara. Buat pengetahuan umum, malam semalam saya pulang ke rumah pukul 9 malam setelah keluar bertugas mulai pukul 7 pagi pada hari sebelumnya. Saya pulang setelah habis menjalankan tugas on-call. Cuba bayangkan bekerja selama 36 jam tanpa henti. Mungkin dapat tidur sejam dua (lebih baik tidak tidur langsung). Pulang ke rumah dengan harapan dapat bermesra dengan anak dan isteri, tetapi ternyata saya terlalu penat.
Biar saya jelaskan bagaimana tugas seorang doktor secara kasarnya. Kami akan memulakan kerja seawal pukul tujuh pagi dengan berada di wad bagi menyiapkan data pesakit di wad bagi tujuan ward round bersama doktor pakar. Secara amnya, ward round akan tamat sekitar pukul 10 hingga 11 pagi. Ini mengambil kira purata 30 orang pesakit di dalam wad.
Selepas itu, kami mesti bergegas ke klinik untuk merawat pesakit luar. Ini menjawab rungutan pembaca yang mempertikaikan mengapa mereka perlu tunggu lama di klinik pesakit luar. Secara purata kami memeriksa dalam 100 - 200 pesakit luar setiap hari. Secara puratanya juga akan terdapat lima hingga tujuh orang doktor di klinik. Jadi seorang doktor akan memeriksa antara 20 hingga 30 orang pesakit.
Harus diingat kami mesti kembali ke wad selepas itu untuk melihat perkembangan pesakit yang lebih tenat di dalam wad. Maka secara kebiasaannya kami akan tamat merawat pesakit dalam pukul 6 hingga 7 petang. Tugas itu disambung oleh doktor on call. Maka andainya saya merupakan doktor on call (yang perlu menjaga seluruh hospital, bukan sekadar wadnya) pada hari tersebut, saya akan menyambung tugas saya dari pukul 7 malam itu hingga 7 malam keesokan harinya di wad dan klinik seperti biasa.
Maka, wahai pesakit hospital kerajaan Malaysia, renungkan dan fikirkanlah. Seandainya anda ternampak kami berbual, makan atau membaca surat khabar, sebenarnya kami hanya ingin 'mencuri' sesaat dalam 36 jam itu untuk merasai kehidupan manusia biasa.

DOKTOR HOSPITAL KERAJAAN
Kuala Lumpur

23 comments:

Unknown said...

Tahniah kerana dedikasi anda.Semoga menerima barakah dr Allah S.W.T.

Anonymous said...

sekadar berkongsi pengalaman insan yang berkasih dengan seorang doktor...
sy bekerja di institusi perbankan, mengenali seorang jejaka yang bekerja sebangai doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan..
2 bulan mengenali beliau amat menyenangkan, tapi bila dia dah kena tukar departmnet lain, dia jadi sibuk...jangan kata nak jumpa, call, mesej sehari pun susah nak bagi kat sy...kalau jumpa pun susah nak tengok dia senyum dengan ikhlasnya...memang jelas yang dia sangat penat dan memerlukan rehat secukupnya...sy cuba hadkan masa bertemu beliau..cuba memahami kerjaya beliau(walaupun sebenarnya susah jugak nak paham dia)...kini hampir sebulan tak jumpa, sy amat merinduinya...tak sanggup nak berpisah lama dengannya...
tapi kerjaya doktor memang begitu, walaupun begitu sy akan terus menyokong dan menyayangi beliau seadanya.

hidayat said...

apa tujuan artikel ni ditulis? nak bagitau yang keja doktor tu keja paling susah, rumit dan paling teruk penah ada di dunia ni??

keja dalam apa jua bidang tak sepatutnya dipantulkan dengan rungutan serta rintihan seolah2 cuma anda seorang saja yang bekerja mencari sesuap nasi. bagaimana dengan buruh kasar yang berdepan dgn risiko kematian di tapak pembinaan? bagaimana dengan anggota polis dalam unit kongsi gelap yg sentiasa berdepan risiko dibunuh dgn kejam? bagaimana dengan anggota tentera yang dihantar dalam malcon, malbat dimana pemergian mereka diiringi dengan keranda yang dah siap tertulis nama mereka?

para2 doktor yang dikasihi, dalam apa jua kerjaya atau bidang yang kita diceburi, paling penting adalah keikhlasan dalam menjalankan tugas. bila para pesakit melihat anda mencuri sesaat dalam 36jam tu, anda perlu ingat bahawa mereka la yang membayar gaji doktor2 tu... jgn angkuh!

saya bercakap sebagai jurutera, dan saya sendiri mempunyai adik seorang doktor,kalau rasa perit sangat memikul tanggungjawab profesion yang mulia ini, sehingga perlu membebel dalam akhbar, maka nasihat saya, QUIT YOUR JOB!. anda tak layak menjadi seorang doktor!

pegawai perubatan hospital kerajaan said...

komen kepada hidayat jurutera..
hii hidayat.memang semua kerja memerlukan keikhlasan, tapi fikirlah semua kerja bukannya sama, dan bukan semua orang boleh bekerja sabagai doktor..katakanlah polis,tentera atau pun sesiapa saja diberi peluang bekerja sebagai doktor di hospital kerajaan, saya percaya mereka tidak akan bertahan selama sebulan. ini kerana bekerja sebagai doktor memerlukan daya pemikiran yg pantas dan tinggi, stamina juga kena tinggi, miss breakfast/lunch/dinner perkara biasa, sembahyang pun kadang2 x terjaga (patient x bleh ditinggalkan sesaat pun), masa tidur/rehat tiada dlm jadual kerja, kena jaga karenah pesakit yg berbagai, patient first n ouself later, n berbagai lg. janganlah sesekali disamakan profesion doktor dengan yg lain.. dan memang profesion doktor ini dipinggirkan kebajikannya oleh kerajaan, dan juga dunia. fikirlah, jururawat ada hari jururawat, guru ada hari guru, tapi doktor tiada hari pun.. kalau berani, cubalah saudara hidayat quit bidang jurutera n merasai profesion doktor ini..

Anonymous said...

Dr. ni emo. la. Saya tgk skim lain pun bawa lik kerja di rumah, kena buat event tu la ini lah, kena stay back la, ada yang bermalam di opis pun ada...ingat skim lain x penat ke. Tuntutan perkhidmatan sekarang ni menyebabkan semua skim sibuk dan jangan sangka skim lain rileks aje. Kami yang profesional lain pun dah mmg sibuk sampai ngn anak pun x sempat nak bermain kerana bawa kerja opis ke rumah. Cuba la dr. join skim lain yang dulu sebelum nak mengatakan skim perubatan ni hebat. Tgk aje kualiti dr sekarang ni pun out, spm pun teruk dpt jadi dr...mudah nak jadi dr, pi luar negara, dapat sijil...balik keluar surat kabar kenapa x lantik jadi dr? skim lain? habuk ... matilah kalau blaja kat UK tp balik pun x de kerja. Dr. pi blaja manipal, aimst, rusia, x de praktikal..balik terus perjuangkan kenaikan pangkat...kerja berteraburr....fikir-fikirkanlah..

Anonymous said...

nak tanye la kt doktor2 nih.. apa beza klinik dan poliklinik?

Anonymous said...

hidayat ..u better shut ur mouth....bodoh!

Anonymous said...

doc..saye boleh rase pnat seorang doc.congrate coz through all this.all the best to you

Anonymous said...

to hidayat :

satu hari nanti kalau kau sakit jgn sibuk2 nk nk cari doktor..kau suruh diorang quitkan? ko tgk 1 hari nanti Allah swt akan campak balik kata2 ko tu kat kau..ayat2 ko tersimpan kat sini yg akan jadi saksi..jgn masa tu kau nk terkial2 cari doktor plak...

jurutera awam said...

doktor pun manusia biasa juga.. perlu rehat dan sebagainya.. hanya doktor yang merasai kerja mereka.. hanya jurutera yang merasai kerja mereka.. tak boleh la nak pertikai kerja orang lain...

apaper pun, taraf kesihatan rakyat malaysia perlu ditingkatkan. tengok statistik yang doktor berikan, amat menakutkan. bila pesakit kurang, doktor dapat berikan perkhidmatan yang lebih baik ;-)

jom amalkan gaya hidup sihat! semoga kita dikurniakan kesihatan oleh yg Maha Esa seperti dalam doa kita semasa duduk di antara dua sujud... aamiiin...

Anonymous said...

Amenda la.., smua kerjaya ada bebannye..just do it and u feel more better if u ikhlas & redha...

Anonymous said...

Sabar2..jgn gaduh2.x baik..yg paling susah bkn kerja doktor atau jurutera..tp xda kerja nk dibuat..yg 2 plg susah..

Anonymous said...

sabar ajelah korang ni..mcm budak nk gadoh...semua bidang ada cabaran..bgantung pd diri utk tangani cabaran..

Anonymous said...

kalau kerja dkt hospital gov, rasanya treatment yg diberi lebih dr apa yg dibayar. Kerja overtime tp gaji tkdelah nk dikatakn banyak mana. lebih kurang je dgn engineer. you obviously don't have the right to say that to doctors, encik hidayat oi.

human resource said...

jangan pandang rendah pada tugas sorg doctor.kalu anda sakit kena jgk mndptkan rawatan drpd sorg doctor.jangan gaduh pasal profesion.mmg tidak dinafikan keraya doctor mmg mencabar lg2 doctor hospital kerajaan.kita harus memahamni luahan doctor ni..keadaan yg sibuk dgn karenah pesakit byk yg mrk perlu hadapi setiap hari.maka kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan sorg doctor.maka artikel dpt bg kesedaran kpd masyarakat bkn jd tmpt untk mengutuk doctor.sekian

MuhaMmaD hiLmi said...

insyaallah ganjaran pahala yg besar bagi doktor2 sekalian..ikhlas dan sabarlah wahai hati..

Unknown said...

Saya pun jurutera..ttp saya sgt2 memahami luahan hati doktor..krn most of my sibling berkerjaya sbgai doktor..kalau nak compare bidang jurutera dgn doktor..rasanya perbandingan yg tidak adil....takpe doktor..sabar sahaja dlm menghadapi karenah manusia...

Unknown said...

He3 bgaduh mcm budak engkorang ni. Meh pekena teh kat meja.

Unknown said...

Pekerjaan sebagai pegawai perubatan ini risikonya tinggi. Tanggungjawabnya amat berat dan melibatkan nyawa pesakit. Setiap saat dan step in decision memerlukan ketelitian dan fokus supaya preskripsi dan rawatan mengikut standard dan garispanduan kaedah perawatan betul. Kesilapan kecil boleh mengancam nyawa pesakit serta merta. Kami tidak mahu mendedahkan setiap pesakit kepada risiko. Risk reduction methode kami adalah berdasarkan kaedah hypothetico deductive reasoning berdasarkan evident based practice. Ini semua memerlukan ketajamanan fikiran yang jitu dan konsisten. Jika kami di perah tenaga selama 36 jam terus menerus menggunakan seluruh tenaga fizikal dan fokus dan pemikiran mesti kepenatan. Manifestasinya pasti sesuatu yang tidak optimum dan low performance. Kitakan manusia. Ada keterbatasannya. Kami bukan robot.

Unknown said...

He3 bgaduh mcm budak engkorang ni. Meh pekena teh kat meja.

Unknown said...

hurm..ni pendapat aku la..masing2 profession ada cabarannya..x adil untuk kita katakan cuma krjaya doktor yg memerlukan prkhidmatan dan kepakaran 24/7...sbb apa aku ckp cmtu?
aku ni org accounting and finance..jd cuma aku je yg tau betapa sibuk dan sukarnya kerjaya aku..
mcm tu jugak doktor..cuma mereka je yg tau betapa sibuk and sukarnya kerja sbgai doktor..jd terimalah krja masing2 dgn ikhlas..kerana bermula zaman degree kita dulu lah bermaksud kita brsedia untuk menanggung smua prngorbanan masa dan tenaga...as what finance people say "high risk, high return"..

Unknown said...

hurm..ni pendapat aku la..masing2 profession ada cabarannya..x adil untuk kita katakan cuma krjaya doktor yg memerlukan prkhidmatan dan kepakaran 24/7...sbb apa aku ckp cmtu?
aku ni org accounting and finance..jd cuma aku je yg tau betapa sibuk dan sukarnya kerjaya aku..
mcm tu jugak doktor..cuma mereka je yg tau betapa sibuk and sukarnya kerja sbgai doktor..jd terimalah krja masing2 dgn ikhlas..kerana bermula zaman degree kita dulu lah bermaksud kita brsedia untuk menanggung smua prngorbanan masa dan tenaga...as what finance people say "high risk, high return"..

Anonymous said...

Pernah jgk dpt rawatan dari doktot yg sebenarnye tak layak jadi doktor, which is salah buat treatment. Yang tanggung penderitaan tu patient. Ke main try2 pulak. Better you polish your knowledge, skills, expertise sblm ko nk rawat pesakit. Pesakitbukan bahan uji kaji !