Thursday, August 21, 2008

SM=SUMBER MENATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua rakan-rakan.

Untuk kesekian kalinya saya menulis agak panjang kali ini. Bukan kerana malas, tetapi sekadar ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada rakan-rakan yang telah berjaya mendapat pemangkuan ke UD48 dan kepada yang tidak berjaya walaupun sepatutnya berjaya, anggaplah diri telah dianiaya.

Kini, sudah jelas, siapa yang berjaya dan siapa yang tidak berjaya. Hakikatnya, sejarah tahun 2007 kini berulang kembali. Hanya segelintir sahaja yang berjaya mendapat pemangkuan ke 48 tanpa justifikasi yang jelas. Tetapi yang pasti, semua yang berjaya adalah yang memangku 44 tahun 2006 manakala yang memangku 44 tahun 2007, masih berputih mata. Justifikasi tempoh perkhidmatan, kepakaran, nilai SKT tidak digunapakai, tetapi justifikasi yang SYAITAN ILHAMKAN telah digunakan. Kepada rakan-rakan yang memangku 44 tahun 2006 tetapi tidak berjaya, rasailah nasib seperti nasib yang saya rasai.

Apapun, inilah kerja bahagian SM (saya secara PERSONAL memanggil SUMBER MENATANG bukan SUMBER MANUSIA). Kerja mereka jelas menunjukkan meraka sebenarnya TIDAK BUAT KERJA dan MAKAN GAJI BUTA. Tak apalah, yang pasti, Tuhan Maha Besar.

Seperti yang saya jangkakan juga, tawaran keluar secara individu dan senarai adalah sulit, lebih sulit dari dalam pakaian mereka. Alasan???? SULIT.......

Dan kini jugalah, seperti saya jangkakan, suara kita semua sudah mula mengecil. Tiada lagi ngauman, tiada lagi protes, tiada lagi suara-suara mendesak, tiada lagi emel-emel, tiada lagi pandangan peribadi kerana rakan-rakan yang telah berjaya pastinya mula sibuk dengan tugas baru, memangku gred baru yang lebih tinggi dan sebagainya. Yang tinggal hanyalah segelintir yang ketinggalan dan teraniaya, menunggu hak yang tidak pasti bila akan diperolehi. Sesungguhnya rezeki itu adalah ditentukan oleh Tuhan bukannnya SM (Sumber Menatang).

Kini, sebagai mekanisma mengurangkan tekanan, saya mengambil beberapa langkah dan terpulanglah kepada rakan-rakan untuk mempraktikkan seperti yang saya sebagai seorang pegawai perubatan, diiktiraf sebagai pakar melebihi 4 tahun dan telah bertugas lebih 13 tahun, mula praktikkan. Sebagai seorang pegawai yang kini tiada motivasi, tetapi masih bertanggungjawab dengan Tuhan kerana bekerja makan gaji, saya akan pastikan gaji yang saya terima adalah mengikut hak dan tugas saya tanpa sedikit pun mendapat pendapatan yang boleh dianggap gaji buta. Saya masih mengamalkan sikap memastikan pendapatan dari kerajaan adalah pendapatan yang halal......

Kini, saya masih di tangga gaji 41, memangku 44, maka langkah berikut akan saya amalkan berkuat-kuasa serta-merta sebagai mengurang dan mengubat kekecewaan.

1) Memastikan semua tugas, kerja dan tanggungjawab adalah yang diperuntukkan untuk pegawai gred 41 memangku 44. Tiada lagi ”hard working” atau ”extra working” yang akan saya amalkan. Saya akan masuk kerja jam 8.30 pagi dan balik jam 5.30 petang walaupun kerja masih belum siap kerana saya masih mempunyai masa kerja untuk hari berikutnya.

2) Tiada lagi kerja pejabat akan saya bawa pulang ke rumah. Kerja pejabat hanya untuk di pejabat dan di rumah, saya akan peruntukkan masa saya sepenuhnya untuk anak, isteri dan keluarga saya. Sekiranya pegawai atasan bertanya, saya akan pastikan jawapan saya memuaskan beliau iaitu ”saya sudah berusaha menyiapkan kerja tersebut, tetapi kerana kesuntukan masa, maka kerja tersebut akan saya siapkan di waktu kerja berikutnya”.... Harap mereka memahami dan sekiranya mereka masih tidak memahami, maka jawapan saya ialah ”janganlah jangkakan pegawai gred 41 memangku 44, tidak dinaikkan pangkat walaupun layak, dapat menyiapkan semua kerja yang diberi”......

3) Saya akan pastikan semua hak dan kelayakan digunakan sepenuhnya dan secara halal. Tiada ponteng kerja walaupun saya tidak pernah ponteng kerja, tetapi cuti gantian, masa rehat, cuti-cuti lain serta kelayakan-kelayakan lain seperti ”traveling day, off day” dan sebagainya digunakan sepenuhnya 100% kerana sebelum ini, saya tidak pernah mengambil tindakan serius terhadap perkara ini. Inilah silap saya dan kini saya belajar dari kesilapan.

4) Tiada lagi tindakan seperti sanggup menjalankan tugas itu dan ini secara sukarela kecuali diarahkan. Tiada lagi tindakan ”mahu tunjuk rajin” dengan menerima ugas itu dan ini seperti yang ditawarkan oleh pegawai-pegawai atasan.

5) Saya akan pastikan tugas jabatan tidak memberi tekanan kepada saya dari segi masa dan tenaga. Sekiranya ada pihak yang memerlukan bantuan saya bagi kepentingan jabatan, maka akan dipastikan ianya tidak mendatangkan beban kepada saya. Contohnya, tiada lagi persetujuan untuk hadir memberi komitmen pada hari cuti kecuali atas kehendak saya sendiri dan dipastikan gantian masa yang sepatutnya untuk keluarga dan diri sendiri mendapat ganti. Tiada lagi input seperti ceramah dan sebagainya secara percuma kecuali mendapat hak dan ganjaran seperti yang diarahkan dalam pekeliling mengenai bayaran untuk penceramah dan sebagainya. Sekiranya tidak layak menuntut, pastikan ianya dijalankan sebagai tugas rasmi di waktu pejabat.

6) Saya juga akan memastikan keperluan dan kebenaran menghadiri majlis-majlis tertentu seperti majlis pelancaran, kursus dan seminar adalah selaras dengan keperluan pembentukkan modal insan. Tiada lagi keperluan menghadiri program yang dirasakan tidak mendatangkan kepentingan kepada jabatan dan diri sendiri. Kehadiran ke mesyuarat yang dirasakan tidak berkaitan dengan fungsi dan tugas seperti yang telah dimeterai dalam fail meja tidak lagi akan dihadiri kerana ia akan merugikan jabatan sendiri. Kehadiran ke kursus dan seminar adalah sebagai menjana dan menambah pengetahuan dan kepakaran supaya dapat berfungsi lebih baik sebagai pegawai gred 41 memangku 44 untuk jabatan. Tuntutan walau sekecil mana sekalipun perlu dituntut seperti tuntutan meletak kereta, bayaran cukai perkhidmatan dan tax penginapan hotel dan sebagainya kerana kita telah diarahkan oleh bahagian yang ”menganiaya” kita untuk membuat tuntutan.

Sesungguhnya saya menganggap penganiayaan ini sebagai satu hikmah kepada diri saya. Sekurang-kurangnya, saya tidak akan ditekan oleh pegawai atasan yang menyedari hakikat penganiayaan ini. Saya masih menganggap tugas, tanggungjawab dan keperluan kehadiran saya di jabatan masih relevan dan saya tidak risau sekiranya sesuatu tugas dan tanggungjawab itu gagal dilaksanakan kerana itulah realitinya keadaan pegawai yang dianiaya membalas kembali kepada pihak yang menganiaya.

Sesungguhnya, sekiranya itu adalah hak saya dan dirampas dengan tidak adil dan penganiayaan, maka tidaklah akan saya halalkan. Saya berdoa kehadrat Tuhan agar membalas penganiayaan ini.

Terima kasih.

11 comments:

Anonymous said...

i have link this post to my blog. pls consider.
tq

Anonymous said...

salam doc

sebagai seorang penjawat awam, saya faham tugas saya adalah bukan untuk mengejar kebendaan, saya tekad untuk membawa perubahan kepada perkhidmatan awam walau sekecil manapun ia dipandang oleh pihak lain

as an accountant, i must say i can earn more in the private sector, the same situation goes to you

the option is there

i lived in a 800square feets terrace house and drove a wira because i can only afford that as a civil servant

the OPTION is out there, it depend on you to choose the best that suit your life need's

sekali lagi saya tak harap nak jadi kaya dengan jadi penjawat awam kerana saya nak bawa perubahan dalam sistem penyampaian yang bermakna kepada rakyat walaupun orang lain anggap enteng dan kecil di mata mereka

Anonymous said...

Salam ma'al hijrah peniup wisel,

Apa yang saya fahami, Dr Nazrey bukanlah mengharapkan kemewahan...tetapi keadilan dan keperluan asas, tak lebih daripada itu. Saya yakin Dr Nazrey juga ingin melakukan perubahan dalam sistem perkhidmatan awam kepada yang lebih baik, tetapi saya juga yakin banyak halangan yang akan ditempoh sehingga tidak memungkinkan perubahan tersebut.

Anonymous said...

SM KKM memang amalkan proses dan cara kerja yang amat bagus terutamanya proses pengesahan lantikan serta pengesahan jawatan. Sekadar untuk memanjangkan surat ke agensi pun ambil masa sampai 6 bulan.Gilerr betol..!!

Zack,HPJ

Anonymous said...

Salam,

Saya Pakar anaesthesiology dalam gazzetment. 10 years in service masih lagi U41. Saya orang N9. Wife housewife from Kedah. Anak 2. Posted to HSAJB for gazetment. One of the busiest hospital in Malaysia.
Tak complaint pun, saya layan je walaupun membebankan dari segi economy dan long distance travel balik kg (tol + minyak jangan cakap la). Masih lagi pakai wira aeroback tahun 97 dan menyewa umah teres 2 bilik rm500 sebulan. "Quarters dah penuh doktor, apa kata doktor cari rumah sewa kat luar. Doktor banyak duit, boleh menyewa kat luar", kata budak office yang gred SPM dia aku tak tahu brapa.

1st month kat Sultanah Aminah kena buat MO call coz not enough MOs. My friend kena p serawak. 3 bulan buat MO call for the same reason.

Dah almaklum, jadi DR gomen kat mesia ni memang gaji tak banyak. Tak salah kalau nak leave the service. We have option. Kalau nak kaya, bukak klinik sendiri or join private link or whatever.

As for we who stay in the service, we don't mind u all leaving. We can cope. Alah bisa tegal biasa.

If u can't stand the heat, get out of the kitchen. Stop complaining. Either u do ur work well, seikhlas hati or leave the service and seek the so call 'better prospect' in the private sector.

Anonymous said...

cepat betul skim M naik pangkat..tak sampai 5 tahun keje dah M48...comfirm je dah M44
baik jadi PTD dari jadi Doktor....

memang tak adil

http://baddlyn.blogspot.com/

Anonymous said...

myjusa.blogspot.com

Anonymous said...

Dari segi pembaharuan struktural, pertamanya saya ingin mencadangkan kaedah ‘sistem kemasukan pelbagai peringkat’ ke dalam perkhidmatan awam. Di bawah konsep ini kita akan dapat memanfaatkan proses cross fertilization di antara bakat-bakat sektor awam dan sektor swasta.

Sudah tiba masanya kini jawatan-jawatan utama sektor awam dibuka kepada bakat-bakat daripada sektor swasta dan dari perkhidmatan selain perkhidmatan tadbir dan diplomatik. Kita tidak boleh lagi terlalu dogmatik, kita perlu mendapatkan bakat yang terpilih, terbaik dan tersaring demi kepentingan rakyat.

PM

Anonymous said...

http://kerjagomen.blogspot.com/

Anonymous said...

sAPE SURUH JADI DUKTUR..SENDIRI PUNYA PILIHANKAN.KUANG KUANG KUANG

Anonymous said...

rilek arr..asyik kutuk keje org..mcm la dia tau org SM tak buat kerja..jgn buat statement semberono je dr. oiii. sy dr skim lain pun keje busy gaks tp xde la demotivated. baik dr. pi private aje..