Thursday, July 3, 2008

Isu MPH=Berita=4 Julai 2008=Tiada pegawai perubatan disahkan dalam gred UD44

JAWAPAN Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan bertajuk 'Masalah pegawai perubatan diteliti' yang disiarkan di dalam ruangan ini, pada 19 Jun lalu menarik perhatian saya untuk mengulasnya. Sebagai pegawai perubatan, jawapan seperti itu hanya untuk menyedapkan hati kami yang sejak sekian lama menuntut keadilan, terutama bagi kenaikan pangkat. Jawapan itu tidak meyakinkan apabila secara realiti proses kenaikan pangkat adalah terlalu perlahan, malah tiada pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan disahkan dalam gred UD44 sejak enam tahun lalu. Iklan kenaikan pangkat dikeluarkan pada 2004 dan surat pemangkuan hanya dikeluarkan pada 2006 dan sehingga sekarang tidak ada pegawai perubatan disahkan dalam gred UD44 kecuali Pakar Perubatan yang terus dinaikkan pangkat ke gred UD48. Mengapakah perlu ambil lebih empat tahun hanya untuk proses kenaikan pangkat. Harap maklum, kebanyakan pegawai perubatan ini sudah berkhidmat lebih lapan tahun dan ada yang berkhidmat 16 tahun dengan penuh dedikasi dan setia. Pada hal ada pegawai tadbir yang dinaikkan pangkat ke gred 48 walaupun hanya empat tahun berkhidmat. Alasan jumlah pegawai perubatan terlalu ramai untuk diproses adalah tidak munasabah. Walaupun beberapa langkah diambil untuk mengatasi kekurangan pegawai perubatan di sektor kerajaan, perkara beginilah yang menyebabkan rasa tidak puas hati untuk terus berkhidmat di Kementerian Kesihatan. Pegawai perubatan perlulah diberi dorongan untuk sambung berkhidmat dengan kerajaan untuk mengatasi kekurangan yang agak ketara. Kebanyakan pegawai perubatan sudah muak untuk merujuk ke Unit Naik Pangkat, Bahagian Sumber Manusia kerana yang diberikan adalah janji kosong dan menyakitkan hati. Mereka sering kali tidak telus dan sentiasa cuba untuk meletakkan kesalahan di atas bahu pihak lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau bahagian lain di kementerian. Amalan 'tidak penyayang' dan tidak profesional seperti ini sepatutnya tidak wujud di Kementerian Kesihatan. Sebagai contoh, pada awal 2007, bahagian itu pernah menguruskan kenaikan pangkat melangkaui gred dari gred UD41 ke UD48 secara tidak adil kerana tiada kriteria pemilihan yang jelas dan ramai yang layak tidak tersenarai manakala ramai yang tidak layak tersenarai. Seperti yang dijangkakan pegawai di bahagian itu menyalahkan JPA dan Lembaga Naik Pangkat, sedangkan mereka tidak rasa bersalah. Bila diajukan kriteria yang diguna pakai, mereka tidak telus dan tidak dapat menjawab sehingga kini. Begitu juga masalah yang dihadapi pegawai perubatan gred UD41 yang belum disahkan ke jawatan gred UD44 walaupun memangku sejak Jun 2006. Kami juga dimaklumkan pegawai perubatan yang berkhidmat sejak 1999 atau sebelumnya akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke UD48, namun ia hanyalah janji manis yang diberikan. Secara ikhlas kami berharap Menteri Kesihatan dapat melihat masalah yang kami hadapi sekarang dan jangan hanya mendapat maklum balas daripada Bahagian Sumber Manusia, sebaliknya dapat mengadakan pertemuan terus dengan kami supaya semua masalah dapat diselesaikan. Jangan biarkan kami saja menghayati dan mengamalkan budaya korporat KKM iaitu penyayang, kerja berpasukan dan profesional, sedangkan pihak lain seolah-olah lupa pada budaya berkenaan.

DOKTOR UD41 SAKIT, Puchong, Selangor.

9 comments:

Anonymous said...

teruskan momentum

Anonymous said...

Ini adalah salah satu dari tanda kelemahan pentadbiran kerajaan, terutamnya dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.Ini juga menunjukkan bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak mahu Pegawai-pegawai ini mendapat hak mereka. Pihak yang mungkin telah mensalah tafsir keutamaan bidang perubatan itu sendiri dengan membuat keutamaan mengikut kehendak masing-masing berdasarkan kepada kepentingan semasa. Ini adalah masalah di Kementerian Kesihatan , dikalangan para doktor-doktor pakar yang menyangka bahawa mereka adalah yang terbaik cream of the cream (baik pi makan oreo). Ini menyebabkan perkara ini telah terbawa-bawa oleh mereka yang bukan dari kalangan doktor telah menjatuhkan maruah dan martabat Pegawai Perubatan seperti Pembantu Perubatan dan Pakar yang pandai sikit tu, macam nak cari duit lebih saja , bukan sebagai seorang yang profesional. Ini adalah tanda kejatuhan sesebuah intitusi.
Saya berharap para doktor yang ada diluar sana sepatutnya bekerjasama antara satu sama lain untuk mengimbangi perkembangan perubatan di dalam negara ini. Jika tidak akan berlaku ketidak seimbangan dalam bidang perubatan. Keutamaan dan pengkhususan sesuatu bidang itu patut dihormati dan disanjungi bukannya, melihat kepada satu aspek dan membuat satu andaian bahawa bidang ini adalah yang paling PENTING DAN PALING IN WORLD kalau di bandingkan dengan kepakaran lain. Ini adalah sifat yang paling keji seseorang doktor itu hayati jika berfikiran begini.
Dan jika dilihat inilah perkara-perkara yang telah ada dalam doktor-doktor kita di Malaysia, bukannya semua tetapi sesetengah yang , masih rasa dialah yang paling dasyat in the world.
Kita harapkan jangan sampai pihak bukan Perubatan, pada satu masa, akan menguasai, mengambilalih bidang ini dan menentukan arah tujuan perubatan dalam negara ini.

Anonymous said...

keep it up. Bagus juga komen tu. biar depa tau sikit.

Anonymous said...

Sebenarnya doktor-doktor kerajaan ni tertipu. Polisi yang dibuat oleh pihak atasan nampak macam bagus, tetapi sebenarnya memerangkap bidang kerjaya sendiri. Contohnya:

1. Untuk menjadi pakar klinikal, doktor perlu menghabiskan perkhidmatan wajib selama 3 tahun dan seterusnya melanjutkan pelajaran untuk sekurang-kurangyan 4 tahun. Itu tempoh minima. Kita semua maklum betapa tingginya kadar kegagalan dan casualty post graduate study untuk doktor kerana sangat sukar. Selepas mereka jadi pakar, barulah mereka layak dipertimbangkan secara automatik ke gred 48. Sekarang cuba bandingkan dengan profesyen profesional lain samada dalam kerajaan. Bukan doktor tak perlu bersusah payah nak buat psotgraduate study untuk layak ke gred 48. Jadi siapa yang membuat polisi yang memerangkap ini?

2. Bagi doktor yang tidak ambik kepakaran, kenaikan gred ke 48 adalah mengikut nasib. Kalau nasib baik, 10 tahun dapatlah gred 48 atau 44. Tapi kebanyakannya tak bernasib baik. Nasib ni pulak hanya ditentukan oleh SM. Kalau SM cekap, nasib baiklah. Tapi berdasarkan rekod semasa, nasib sentiasa tak baik kerana kelembapan SM. Silap-sila samapai pencen masih di gred 41.Jadi siapa yang membuat polisi yang memerangkap ini?

3. Pada tahun 2010, semua doktor yang baru menghabiskan housemenship 2 tahun, akan dinaikkan ke gred 44 secara outomatik. Ehm...nampak memberangsangkan. Tapi jangan tertipu lagi. Ada kemungkinan doktor-doktor ni akan terus berada di gred 44 sampai bila-bila. Tambahan pula, berdasarkan kelembabapan SM pada masa ini, tidak mustahil doktor-doktor senior akan hanya mampu melopong kerana tarafnya sama dengan doktor-doktor yang baru lulus ni. Jadi siapa yang membuat polisi yang memerangkap ini?

Ada satu kisah. Seekor beruk yang ingin membahagi-bahagikan pisang kepada sekawan beruk. Beruk nipun berkata dengan penuh wibawa "Saya ni seekor beruk yang adil dan akan mempastikan semua beruk mendapat bahagian yang sama rata. Dengan itu Tuan-tuan diharapkan dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan. Namun, untuk saya dapat bekerja dengan adil, saya dan beberapa kawan saya perlu mendapat bahagian kami terlebih dahulu sebelum proses pembahagian tersebut dilakukan".

Jadi betullah persepsi sesetengah orang, golongan profesional macam doktor ni tak sesuai menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.

Anonymous said...

Apalah perasaan beruk tu jika ditakdirkan anak ataupun keluarga dia menjadi salah seekor beruk daripada kumpulan beruk yang sedang menunggu-nunggu giliran untuk mendapat pisang tu.........

Anonymous said...

Dengar cerita nama DOKTOR untuk kenaikan pangkat dari UD 44 kpd UD 48 sudah ada tetapi masih belum keluar lagi? Kenapa ye lambat sgt? Jangan jangan bagai menunggu buah yang tidak gugur. Jangan sampai mereka yang layak dpt 48 tidak tersenarai lagi...

Anonymous said...

Dengar cerita nama DOKTOR untuk kenaikan pangkat dari UD 44 kpd UD 48 sudah ada tetapi masih belum keluar lagi? Kenapa ye lambat sgt? Jangan jangan bagai menunggu buah yang tidak gugur. Jangan sampai mereka yang layak dpt 48 tidak tersenarai lagi...

Anonymous said...

Utusan Malaysia Jumaat, 27/06/2008



Doktor, jururawat sasaran aduan
Oleh THOMAS CHONG

PUTRAJAYA 26 Jun - Kementerian Kesihatan menyelesaikan 91 peratus daripada 3,758 aduan terhadap mutu dan kualiti kerja kurang memuaskan kakitangan hospital dan pusat perubatan kerajaan di seluruh negara pada tahun lepas.

Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, kebanyakan daripada aduan tersebut membabitkan mutu perkhidmatan doktor dan jururawat di pusat-pusat perubatan kerajaan.

"Kebanyakan aduan yang diterima daripada orang ramai melahirkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai perubatan dan juga jururawat.

"Kita ambil berat tentang aduan yang diterima kerana doktor dan jururawat merupakan barisan hadapan dalam perkhidmatan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 407 kakitangan kementeriannya di sini, hari ini.

Tiong Lai memberitahu, beliau telah mengarahkan ketua setiausaha kementerian itu dan semua ketua jabatan meneliti aduan ini dan membaiki perkhidmatan yang ditawarkan.

Tambah beliau, usaha penambahbaikan akan dijalankan segera terutama di hospital-hospital kerajaan yang menerima jumlah aduan paling banyak.

Anonymous said...

Jadi sasaran sebab mereka di barisan hadapan....puncanya ialah hubaya-hubaya di barisan belakang.