Friday, May 8, 2009

Tidak senyum kerana keletihan=Utusan Malaysia=01/05/2009

Tidak senyum kerana keletihan

DEWASA ini hangat diperkatakan mengenai mutu perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan. Ada sesetengah warga Malaysia kini memandang negatif perkhidmatan kesihatan kerajaan apabila mereka gagal untuk mendapatkan layanan serta perkhidmatan seperti yang diharapkan.
Bilangan doktor di Malaysia dan kakitangan perawatan yang lain masih tidak mencukupi dan sangat kritikal di daerah tertentu. Nisbah doktor pada 2007 adalah seorang doktor bagi 1,145 penduduk. Bilangan doktor yang ditugaskan di klinik-klinik kesihatan dan hospital-hospital daerah masih belum mencukupi. Sebagai contoh, doktor di hospital daerah bertanggungjawab untuk merawat pesakit di dalam wad, merawat pesakit di klinik dan melaksanakan tugasan on-call mengikut giliran.
Selepas menamatkan tugasan on-call doktor tersebut akan terus menyambung tugasan sama ada di wad atau terus ke klinik pesakit luar sehinggalah tamat waktu pejabat hari tersebut. Adalah tidak adil untuk mengatakan seseorang doktor itu kurang mesra pesakit sekiranya beliau kurang senyum dan beramah mesra pada hari tersebut. Mereka keletihan setelah bekerja secara berterusan lebih daripada 24 jam.
Kakitangan kesihatan yang lain juga harus ditambah bagi membantu doktor melaksanakan perawatan. Sebagai contoh, para jururawat terlatih seharusnya dapat melakukan pemeriksaan ultrasound rutin kepada ibu-ibu yang mengandung. Ini pasti dapat mengurangkan waktu menunggu pesakit dan membolehkan doktor menumpukan aspek perawatan dan kaunseling pesakit. Mereka juga hendaklah dilatih dengan panduan terkini semasa menyaring pesakit yang datang agar kes-kes kecemasan dapat diberikan keutamaan sewajarnya.
Pesakit juga hendaklah mematuhi waktu temu janji kerana setiap pesakit biasanya akan dilihat oleh doktor untuk lima hingga 15 minit mengikut keperluan. Cubalah menjadi seorang pesakit yang beretika dan berhemah tinggi kerana para doktor dan perawat kesihatan yang lain sentiasa bersedia memberikan khidmat yang terbaik untuk anda.

WARISAN 27643
Kota Bharu, Kelantan

Luahan rasa doktor yang penat=Utusan Malaysia=01/05/2009

Luahan rasa doktor yang penat

SAYA merupakan salah seorang pegawai perubatan di salah sebuah hospital di ibu negara. Buat pengetahuan umum, malam semalam saya pulang ke rumah pukul 9 malam setelah keluar bertugas mulai pukul 7 pagi pada hari sebelumnya. Saya pulang setelah habis menjalankan tugas on-call. Cuba bayangkan bekerja selama 36 jam tanpa henti. Mungkin dapat tidur sejam dua (lebih baik tidak tidur langsung). Pulang ke rumah dengan harapan dapat bermesra dengan anak dan isteri, tetapi ternyata saya terlalu penat.
Biar saya jelaskan bagaimana tugas seorang doktor secara kasarnya. Kami akan memulakan kerja seawal pukul tujuh pagi dengan berada di wad bagi menyiapkan data pesakit di wad bagi tujuan ward round bersama doktor pakar. Secara amnya, ward round akan tamat sekitar pukul 10 hingga 11 pagi. Ini mengambil kira purata 30 orang pesakit di dalam wad.
Selepas itu, kami mesti bergegas ke klinik untuk merawat pesakit luar. Ini menjawab rungutan pembaca yang mempertikaikan mengapa mereka perlu tunggu lama di klinik pesakit luar. Secara purata kami memeriksa dalam 100 - 200 pesakit luar setiap hari. Secara puratanya juga akan terdapat lima hingga tujuh orang doktor di klinik. Jadi seorang doktor akan memeriksa antara 20 hingga 30 orang pesakit.
Harus diingat kami mesti kembali ke wad selepas itu untuk melihat perkembangan pesakit yang lebih tenat di dalam wad. Maka secara kebiasaannya kami akan tamat merawat pesakit dalam pukul 6 hingga 7 petang. Tugas itu disambung oleh doktor on call. Maka andainya saya merupakan doktor on call (yang perlu menjaga seluruh hospital, bukan sekadar wadnya) pada hari tersebut, saya akan menyambung tugas saya dari pukul 7 malam itu hingga 7 malam keesokan harinya di wad dan klinik seperti biasa.
Maka, wahai pesakit hospital kerajaan Malaysia, renungkan dan fikirkanlah. Seandainya anda ternampak kami berbual, makan atau membaca surat khabar, sebenarnya kami hanya ingin 'mencuri' sesaat dalam 36 jam itu untuk merasai kehidupan manusia biasa.

DOKTOR HOSPITAL KERAJAAN
Kuala Lumpur

Doktor cuma 'berdiam' bila rakyat kritik khidmat mereka=Utusan Malaysia=02/05/2009

Doktor cuma 'berdiam' bila rakyat kritik khidmat mereka

Oleh AZMAN ANUARrencana@utusan.com.my

PENDEDAHAN berhubung isu penemuan dua doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) 'mencuri tulang' oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan sedangkan lebih 20 orang pesakit masih menunggu dalam kesakitan - memang menghangat.
Susulannya, pelbagai pihak lain turut mendedahkan versi pengalaman dengan doktor di hospital kerajaan. Semua doktor hospital kerajaan telah dicemuh oleh masyarakat.
Tetapi akhirnya lain pula cerita sebenarnya. Dua doktor yang dituduh curi tulang itu sebenarnya doktor pelatih yang baru habis bertugas sejak hari sebelumnya. Bilangan pesakit yang menunggu hanya lapan orang (selebihnya ahli keluarga yang menunggu).
Inilah bahana apabila membuat tuduhan tanpa usul periksa. Tidak rasa sedih dan terhinakah doktor dituduh sedemikian. Sedangkan kita tahu mereka bertugas dengan dedikasi, merawat pesakit berbilang kaum tanpa jemu, bekerja siang mahupun malam tanpa hirau penat dan lesu - tiba-tiba dituduh secara melulu sedemikian!
Jika ada pun doktor yang bersikap 'curi tulang' jangan dibuat andaian semua doktor begitu. Tempias nama buruk terpalit kepada institusi hospital kerajaan.
Pada hakikatnya ramai doktor masih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Sebagai rakyat Malaysia, mungkin kita pernah menjadi pesakit di hospital mahupun di klinik-klinik kerajaan.
Soal menunggu lama adalah lumrah kerana kita maklum jumlah pesakit yang ramai. Cuma sikap sewaktu memeriksa pesakit perlu dilakukan dengan penuh dedikasi - bukan menunjukkan reaksi kurang selesa dan kurang berminat untuk merawat pesakit.
Pun begitu, kita percaya masih ramai doktor yang komited dengan tugas mereka. Mungkin hanya satu dua orang sahaja yang tidak beretika dan sanggup mencalitkan lumpur kepada nama baik hospital.
Doktor dan pembantunya, jururawat telah diberi kursus dalam membentuk etika yang baik sewaktu bertugas. Mereka tahu cara untuk berhadapan dengan jumlah pesakit yang terlalu ramai termasuk melayan pelbagai kerenah pesakit.
Petugas di hospital kerajaan harus memberi layanan terbaik kepada setiap orang tanpa mengira status dan kedudukan. Jangan kerana pesakit terdiri dari golongan kurang mampu dan ditempatkan di kelas kedua atau ketiga, mereka dilayan bagai orang yang tiada perasaan - diherdik dan ditengking sesuka hati.
Profesion doktor cukup mulia. Tetapi naluri manusia sentiasa mahu dilayan dengan cepat dan tidak sabar jika terpaksa menunggu lama.
Perkara ini dilalui oleh para doktor. Bilangan doktor tidak pernah bertambah. Seorang rakan yang memilih bidang ini pernah meluahkan 'tidak ada masa yang cukup' untuk mereka.
Ada masa mereka terlepas waktu makan tengah hari. Kalau mahu ke tandas pun perlu bergilir-gilir. Perkara-perkara seumpama itu adalah biasa bagi seseorang doktor.
Namun, kita belum lagi mendengar doktor menjerit marah kerana kepenatan. Belum pernah kita lihat mereka memberontak dan mogok tidak mahu merawat pesakit.
Kita pun tidak pernah melihat para doktor berpiket menuntut hak mereka. Tak dengar oun mereka meminta dihargai. Sebaliknya mereka terus bekerja penuh dedikasi siang dan malam tanpa jemu merawat pesakit.
Sebenarnya tidak ramai antara kita sedar bahawa waktu bila doktor bekerja. Mereka memulakan tugas sebelum pukul 8 pagi, dan jika on call kena bertugas hingga 36 jam.
Banyak masa mereka korbankan untuk pesakit daripada bersama di sisi ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak.
Mereka tidak pernah merungut tentang gaji. Tidak ada siapa antara kita yang serius memikirkan soal menjaga kebajikan doktor.
Sekarang, amat jarang pesakit atau waris pesakit yang mengucapkan 'terima kasih' kepada doktor. Sebaliknya ada pesakit yang berani menghentak fail ke atas kepala doktor semata-mata kerana tidak diberi cuti sakit.
Tetapi doktor hanya diam, senyum dan meneruskan kerja. Bukanlah bermakna mereka tiada perasaan. Sebaliknya mereka dididik dan dipesan untuk bersabar dengan semua kerenah pesakit.
Jangan kerana desakan sesetengah pihak berkepentingan tertentu, mereka ini dijadikan mangsa dan bekerja dalam tekanan. Kelak ia hanya mendatangkan masalah kepada diri doktor, keluarga dan pesakitnya.
Mulai hari ini dan mengambil semangat baru sempena Hari Pekerja semalam, eloklah kita ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih kepada setiap doktor yang merawat kita.

Tawar insentif tarik doktor kita berkhidmat di negara sendiri=Utusan Malaysia=03/05/2009

Tawar insentif tarik doktor kita berkhidmat di negara sendiri

KOTA KINABALU 2 Mei – Kerajaan akan menawar insentif kepada golongan pakar dan doktor dari negara ini yang bekerja di luar negara dalam usaha memujuk mereka pulang dan berkhidmat di tanah air sendiri.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, insentif itu adalah wajar kerana negara masih lagi berdepan dengan masalah kekurangan pakar dan doktor.
“Bagi mengatasi kekurangan doktor, pengambilan tenaga pakar dari luar negara seperti India, Myanmar dan lain-lain negara terus lagi dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, dilaporkan seramai 236 lulusan bidang perubatan yang menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian di luar negara.
Tenaga profesional itu sebaliknya berkhidmat di luar negara berikutan tawaran gajinya yang lebih tinggi berbanding di Malaysia.
Keadaan itu menjejaskan perkhidmatan kesihatan negara sedangkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk melatih doktor di luar negara iaitu hampir RM1 juta bagi setiap seorang doktor.
Rosnah berkata, golongan tersebut seharusnya mengutamakan keperluan rakyat di negara ini daripada berkhidmat untuk rakyat di luar negara.
Mengenai perkembangan influenza A (H1N1) yang kini menjadi fenomena sejagat, beliau berkata, kerajaan Malaysia melakukan pelbagai langkah pencegahan awal.
Antaranya kata beliau, dengan mengawal ketat di semua pintu-pintu masuk utama negara melalui alat-alat pengesan yang berteknologi tinggi.
“Rakyat tidak perlu bimbang dengan selesema babi atau sekarang dikenali sebagai influenza A (H1N1) kerana persiapan rapi sudah pun dilakukan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh=Utusan=06/05/2009

Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda.
Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.
Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million.
Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.
Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku.
Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.
Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara.
Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.
Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.
Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.
Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.
Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''
Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu.
Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku.
Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya.
Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari.
Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan.
Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak.
Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku.
Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali.

MOHD. ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran
dan Kefahaman Islam
UiTM Kampus Bandaraya,
Johor Bahru

On call bukan kes terpencil=Utusan Malaysia=05/05/2009

On call bukan kes terpencil

SEJAK kebelakangan ini, saya mendapati banyak komen diberikan terhadap tugas on call seorang pegawai perubatan. Namun kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang memberi reaksi kepada isu tersebut baru-baru ini mengejutkan dan mengecewakan saya. Menurutnya, kes seseorang doktor bertugas on call 24 jam tanpa henti adalah perkara terpencil.
Tugasan on call 24 jam sehari dan kemudiannya menyambung kerja harian selama sembilan jam seterusnya adalah perkara biasa di kebanyakan hospital kerajaan. Oleh itu, ia bukanlah kes terpencil.
Tanggapan ini perlu dibetulkan. Ini juga menunjukkan seolah-olah pihak kementerian tidak pernah turun padang untuk menilai sendiri keadaan sebenar.
Biar saya jelaskan beberapa perkara. Saya sendiri adalah seorang pegawai perubatan yang telah berkhidmat hampir enam tahun di hospital kerajaan.
Antaranya saya pernah bertugas di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, dan sekarang sedang melanjutkan pengajian di bidang sarjana perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Saya pernah bertugas di Jabatan Perubatan, Jabatan Pediatrik (Kanak-Kanak) dan sekarang di Jabatan Perubatan dalam Bidang Sarjana Perubatan (Internal Medicine).
Sepanjang perkhidmatan ini, setahu saya, saya dikehendaki menjalani tugasan on call 24 jam dan menyambung semula tugasan keesokan harinya seperti biasa sekiranya ia jatuh pada hari bekerja.
Tidak pernah pula saya diberitahu yang saya boleh mengambil off pada keesokan harinya. Alasan yang selalu diberikan ialah kekurangan doktor.
Sesebuah hospital besar kerajaan atau hospital universiti mempunyai banyak jabatan atau kepakaran, umumnya Jabatan Perubatan, Jabatan Surgeri, Jabatan Bius, Jabatan Pediatrik, Jabatan Perbidanan (OnG), Jabatan Ortopedik dan Jabatan Kecemasan.
Bagi pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Perubatan, Jabatan Surgeri, Jabatan Ortopedik dan Jabatan Pediatrik serta Jabatan Perbidanan, mereka dikehendaki bertugas seperti mana aduan seorang doktor baru-baru ini (bekerja tanpa henti melebihi 30 jam termasuk on call dan tugas biasa).
Isu on call tidak timbul bagi mereka yang bertugas di Jabatan Trauma dan Kecemasan kerana mereka bertugas mengikut syif, iaitu lapan jam pada satu satu masa.
Bagi pegawai perubatan di jabatan-jabatan lain, tugasan on call tidak memerlukan mereka berlari ke sana ke mari ketika bertugas, maka mereka dibenarkan menjalankan on call dari rumah sahaja.
Maka diharap pembaca jelas dengan situasi di atas. Bayaran on call adalah sama iaitu sebanyak RM150 untuk sekali on call, tidak kira jabatan dan beban tugas yang dijalankan.
Jika Dr. A, seorang pegawai perubatan Jabatan Perubatan dan Dr. B, pegawai perubatan Jabatan Oftalmologi (Mata) bertugas pada hari tersebut, bayaran on call mereka tetap sama.
Isunya kini, adakah ia perkara terpencil? Jawabnya, tidak! Isu tidak tidur satu malam dan kelihatan keletihan pada keesokkan harinya adalah perkara biasa. Tetapi kebanyakan kami tidak menjadikannya satu isu kerana kami tahu ia adalah satu tanggungjawab.
Tetapi apabila ia dilabelkan sebagai satu perkara terpencil, bayangkanlah perasaan kecewa dan marah yang bakal timbul selepas ini.
Namun, ingin saya ketengahkan isu yang paling penting di sini. Adakah anda sebagai seorang pesakit yakin menerima rawatan daripada seorang doktor yang telah kepenatan bekerja semalaman?
Saya sendiri tidak tidur malam ketika on call di PPUM. Di PPUM sendiri, kami akan menjaga hampir lapan buah wad di dua menara berlainan ketika on call.
Bukan sahaja kami perlu berjaga tetapi kami juga perlu mempunyai stamina yang kuat untuk berlari ke sana ke mari.
Tanya sahaja mana-mana pegawai perubatan atau surgeri di PPUM atau HKL sendiri. Perkara yang sama berlaku di HTAR dan Hospital Selayang serta Hospital Serdang. Tak tahulah pula keadaannya di Pulau Pinang atau Johor Bahru.
Oleh itu, saya amat berharap pihak kementerian turun padang dan mengikuti kami bertugas on call untuk mengetahui keadaan sebenar.
Diharapkan juga pihak kementerian dapat mengeluarkan satu surat pekeliling bagi menangani isu ini dengan jelas.

DOKTOR TERPENCIL
Kuala Lumpur

Tiada masa doktor berehat=Utusan Malaysia=05/05/2009

Tiada masa doktor berehat

MERUJUK kepada jawapan Menteri Kesihatan di akhbar ini baru-baru ini berhubung isu 'Luahan rasa doktor yang penat' dan 'Tidak senyum kerana keletihan' dalam ruangan Forum akhbar ini bertarikh 1 Mei lalu, saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya sebagai seorang pegawai perubatan di salah satu hospital kerajaan di Pantai Timur.
Saya bersetuju dengan luahan Doktor Hospital Kerajaan pada 1 Mei lalu berkenaan rutin harian seorang doktor seperti kami.
Kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa perkara yang terjadi itu adalah kes terpencil adalah tidak benar sama sekali. On call adalah tugasan 24 jam, bermula dari pukul 8 pagi hari ini sehingga 8 pagi hari keesokannya.
Sekiranya hari keesokannya adalah hari bekerja, kami akan menyambung membuat tugasan rutin di dalam wad atau klinik sehingga pukul 5 petang pada hari itu. Secara lazimnya, tugasan seorang doktor yang dalam tugasan on call adalah seperti berikut (contoh di sini ialah bagi Pegawai Perubatan Latihan Siswazah atau Houseman):
l Mula bekerja seawal pukul 6.30 - 7 pagi (walaupun waktu rasmi pejabat sepatutnya bermula pukul 8 pagi) bagi penyediaan data pesakit dalam wad bagi tujuan ward round sebelum kehadiran doktor senior.
l Melakukan ward round bersama pegawai perubatan senior (medical officer) dan pakar - selalunya berlanjutan sehingga ke petang sekiranya pesakit di wad terlalu ramai seperti di wad-wad Perubatan Am.
l Menyiapkan tugasan wad yang telah diputuskan semasa ward round bersama pakar (selalunya berlanjutan sehingga selepas waktu pejabat).
Bagi yang tidak on call pada hari itu, kami hanya akan pulang selepas menyiapkan semua tugasan yang telah diputuskan semasa ward round bersama pakar.
Tetapi bagi yang dalam tugasan on call pada hari itu, kami akan terus berada di dalam wad bagi menyambung tugas-tugas kemasukan pesakit baru yang masuk ke wad selepas waktu pejabat sehinggalah pukul 8 pagi keesokan harinya.
Sekiranya ramai pesakit baru pada malam tersebut, kami perlu bersengkang mata menjaga dan merawat pesakit-pesakit baru ini, termasuklah pesakit di dalam wad yang sedia ada sekiranya terdapat masalah kepada pesakit tersebut. Kami hanya boleh berhenti berehat sekiranya kurang kemasukan pesakit baru selepas waktu pejabat atau pesakit dalam wad yang sedia ada tidak menghadapi apa-apa masalah.
l Selesai tugasan on call pukul 8 pagi, kami akan terus menyambung tugas rutin di wad atau klinik seperti biasa sehinggalah tamat waktu pejabat pada hari itu dan tugasan on call akan diteruskan oleh kawan-kawan kami secara bergilir-gilir seperti yang telah ditetapkan. Ini bermakna, bagi yang on call, kami bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang keesokan harinya secara berterusan (minimum 33 jam).
Ini adalah senario biasa bagi kami sebagai seorang doktor dan kami tidak pernah mengeluh menjalankan tugas kami.
Oleh itu, kenyataan Menteri Kesihatan bahawa setiap doktor yang on call diperuntukkan masa berehat dalam tempoh tugasannya dan doktor terbabit berhak untuk memohon berehat sehari selepas menjalankan tugasnya adalah tidak tepat sama sekali.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, cubalah memahami tugas kami ini dan janganlah hanya mengkritik sahaja.
Kita perlu bersyukur kerana Malaysia masih memiliki sistem kesihatan antara yang terbaik di dunia ini. Kepada semua doktor di negara ini, tahniah diucapkan kerana bukan semua orang sanggup dan layak menggalas tugas yang begitu berat tetapi mulia ini.
DR. KAM
Kuala Terengganu

Sunday, February 8, 2009

Isu Perkhidmatan Hospital=Utusan=24 Januari 2009=Memulih perkhidmatan hospital kerajaan

Oleh DR. IRFAN MOHAMAD
SEMINGGU dua ini begitu banyak komen dan berita yang tersiar mengaitkan layanan oleh staf-staf hospital kerajaan terutamanya doktor dan jururawat terhadap pelanggan yang mendapatkan rawatan. Baik dari masa menunggu, mahupun komunikasi kurang berkesan yang berlaku antara pesakit dan perawat.
Semuanya merupakan isu-isu yang telah lama tertera di akhbar, kadang-kadang tersensasi dengan adanya beberapa kes spesifik yang berlaku pada satu-satu masa.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pesakit berhak mendapat layanan yang sepatutnya. Gaya komunikasi yang jika kena caranya sudah cukup untuk menjadi ubat untuk menghilangkan kesengsaraan yang ditanggung.
Memang diakui sepatutnya tiada alasan yang boleh menjadikan suatu herdikan atau kemarahan seseorang petugas kesihatan itu suatu yang boleh dipertahankan. Ia sememangnya suatu kesilapan dan sewajarnya disusuli dengan permohonan maaf.
Profesion perawatan baik kedoktoran dan kejururawatan merupakan suatu yang memerlukan komitmen yang amat tinggi dalam segenap segi.
Adakalanya antisipasi seseorang yang datang untuk mendapatkan rawatan melebihi apa yang dapat diberikan. Dalam mencapai yang segalanya menginginkan situasi ideal, kekurangan di pihak perawat, walaupun bukanlah suatu alasan dalam menjustifikasikan kesilapan yang dilakukan, tetapi harus dilihat atas dasar mereka jua adalah seorang manusia biasa.
Ia tidak seharusnya dilihat sebagai suatu kanser yang sedang merebak dalam profesion itu sendiri, bahkan ia lebih berupa gigitan nyamuk pada kulit.
Jika dengan kaedah pencegahan yang baik, nescaya bilangan gigitan nyamuk ini lama-kelamaan akan berkurangan.
Dari masa ke masa, pihak kerajaan telah sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam sistem kesihatan di negara kita.
Pemberian elaun yang lebih baik, menambahkan jumlah doktor dalam pasaran hospital kerajaan, memperkenalkan ISO dan pelbagai pengukur kualiti perkhidmatan hospital adalah bertujuan untuk mencapai situasi ideal seperti yang diidamkan semua.
Adalah juga tidak adil untuk membandingkan mutu di hospital kerajaan dengan hospital swasta. Banyak faktor yang harus dilihat yang menyumbang kepada perbezaan ini termasuklah jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan jauh lebih rendah di hospital swasta, gaji dan elaun yang lebih tinggi bagi kakitangan swasta. Pihak Kementerian Kesihatan dari masa ke masa telah cuba untuk merapatkan jurang ini.
Selain faktor tekanan kerja yang adakalanya menyebabkan seorang doktor itu berkelakuan seperti seorang manusia biasa, ramai juga pesakit yang merungut tentang tempoh masa menunggu. Iltizam kerajaan untuk memendekkan masa tersebut kepada 30 minit masih lagi menjadi suatu harapan yang dikejar belum kesampaian.
Di samping faktor pesakit di hospital kerajaan yang ramai, dan faktor kekurangan bilangan doktor dinisbahkan kepada bilangan pesakit, serta komitmen doktor yang sedia ada terhadap aktiviti perawatan yang lain seperti lawatan ke wad, menguruskan kes-kes kecemasan yang tiada dalam jadual, perbincangan kes pesakit tertentu yang memerlukan penyiasatan yang lebih terperinci mungkin menyebabkan tempoh singkat rawatan pesakit yang lebih awal, menjadi lebih panjang.
Melihat dan merawat seorang pesakit lebih-lebih lagi pesakit baru adalah jauh lebih lama daripada pesakit yang ada dalam rawatan susulan. Justeru, faktor terlebih masa untuk seorang pesakit mungkin sentiasa ada pada mana-mana pesakit.
Tiada doktor yang ingin atau sengaja melewat-lewatkan konsultasi di klinik, baik waktu mula mahupun waktu akhir. Pasti ada sesuatu yang berlaku atau perlu dilakukan yang hanya organisasi jabatannya atau hanya dia dan Tuhannya yang tahu.
Mungkin ada antara kita yang tidak pernah terfikir yang begitu ramai sekali doktor yang tidak dapat makan tengah hari atau setidak-tidaknya makan tengah hari pada masanya disebabkan mereka tidak mahu pesakit menunggu.
Jauh sekali untuk mendapatkan masa yang begitu tenang untuk meneguk secawan kopi pada masa yang orang lain memanggilnya sebagai 'tea break' pada jam 10 pagi.
Bagi mereka yang lebih selesa dan berkemampuan untuk ke hospital swasta teruskanlah kerana ia juga akan menggalakkan agihan pesakit kepada jumlah doktor yang lebih luas.
Bagi yang lain, pintu hospital sentiasa terbuka menanti kedatangan anda. Kami cuba untuk memberikan yang terbaik buat semua, namun atas kudrat dan kapasiti yang ada, mungkin ada kekurangan di sini dan sana.
Kepada perawat sekalian, profesion anda adalah suatu yang dimuliakan. Teruskan khidmat bakti anda kerana anda mempunyai suatu yang amat sedikit orang memilikinya tetapi amat banyak orang yang memerlukannya.
Percayalah, anda tetap seorang doktor yang dikenang bukan sahaja hingga ke akhir hayat bahkan selepas anda meninggal dunia pun, mereka masih lagi memanggil anda sebagai doktor.

ANALISA UNDI

Apakah cara PALING BERKESAN untuk memperjuangkan isu MPH dan naik pangkat ini?

Media seperti akhbar=13 (59%)
Surat aduan ke KKM=0 (0%)
Parti politik seperti BN, PAS, PKR dll=3 (13%)
Melalui Ceupacs / SUHAKAM / BPR dll=4 (18%)
Surat aduan kepada Pak Lah=2 (9%)
Buat senyap aje.....=0 (0%)

BANYAK KOMEN SAYA TERIMA

Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi untuk melayari blog ini. Blog ini saya create supaya dapat berinteraktif dengan semua pihak terutamanya doktor-doktor di malaysia.

Banyak komen telah saya terima, ada menyokong dan tidak kurang yang membantah. Apa pun, semua itu adalah pendapat masing-masing.

Saya berpegang kepada prinsip saya dan sama ada anda setuju atau tidak, itu masalah anda. Dalam isu kenaikan pangkat, mungkin ada yang puas hati dengan kedudukan sekarang, so..... go in. Tapi siapa yang rasakan dirinya teraniaya, kita ada peluang untuk mendapatkan hak kita. Banyak caranya. Komplain adalah salah satu cara. Jika tak komplain, maka orang tidak tahu.

Junior saya, dari bahagian pengurusan, dah pun memangku 52. Saya dan rakan-rakan???? Baru confirm 44. Jika rasa puas hati dengan keadaan ini, so better senyap dan biarkan orang buat anda seperti bola. Sepak ke sana ke mari. Tapi jika merasakan hak anda diperkotak-katikkan kan, maka salah satu cara ialah KOMPLAIN dan BERI TAHU RASA TAK PUAS HATI. Kita bukan menderhaka, tetapi perlukan hak yang adil dan saksama.

TEPUK DADA, TANYA SELERA.....TAPI MACAM MANA JIKA SELERA DAH TAK ADA KERANA REZEKI DAH TIADA.....

Thursday, August 21, 2008

SM=SUMBER MENATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua rakan-rakan.

Untuk kesekian kalinya saya menulis agak panjang kali ini. Bukan kerana malas, tetapi sekadar ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada rakan-rakan yang telah berjaya mendapat pemangkuan ke UD48 dan kepada yang tidak berjaya walaupun sepatutnya berjaya, anggaplah diri telah dianiaya.

Kini, sudah jelas, siapa yang berjaya dan siapa yang tidak berjaya. Hakikatnya, sejarah tahun 2007 kini berulang kembali. Hanya segelintir sahaja yang berjaya mendapat pemangkuan ke 48 tanpa justifikasi yang jelas. Tetapi yang pasti, semua yang berjaya adalah yang memangku 44 tahun 2006 manakala yang memangku 44 tahun 2007, masih berputih mata. Justifikasi tempoh perkhidmatan, kepakaran, nilai SKT tidak digunapakai, tetapi justifikasi yang SYAITAN ILHAMKAN telah digunakan. Kepada rakan-rakan yang memangku 44 tahun 2006 tetapi tidak berjaya, rasailah nasib seperti nasib yang saya rasai.

Apapun, inilah kerja bahagian SM (saya secara PERSONAL memanggil SUMBER MENATANG bukan SUMBER MANUSIA). Kerja mereka jelas menunjukkan meraka sebenarnya TIDAK BUAT KERJA dan MAKAN GAJI BUTA. Tak apalah, yang pasti, Tuhan Maha Besar.

Seperti yang saya jangkakan juga, tawaran keluar secara individu dan senarai adalah sulit, lebih sulit dari dalam pakaian mereka. Alasan???? SULIT.......

Dan kini jugalah, seperti saya jangkakan, suara kita semua sudah mula mengecil. Tiada lagi ngauman, tiada lagi protes, tiada lagi suara-suara mendesak, tiada lagi emel-emel, tiada lagi pandangan peribadi kerana rakan-rakan yang telah berjaya pastinya mula sibuk dengan tugas baru, memangku gred baru yang lebih tinggi dan sebagainya. Yang tinggal hanyalah segelintir yang ketinggalan dan teraniaya, menunggu hak yang tidak pasti bila akan diperolehi. Sesungguhnya rezeki itu adalah ditentukan oleh Tuhan bukannnya SM (Sumber Menatang).

Kini, sebagai mekanisma mengurangkan tekanan, saya mengambil beberapa langkah dan terpulanglah kepada rakan-rakan untuk mempraktikkan seperti yang saya sebagai seorang pegawai perubatan, diiktiraf sebagai pakar melebihi 4 tahun dan telah bertugas lebih 13 tahun, mula praktikkan. Sebagai seorang pegawai yang kini tiada motivasi, tetapi masih bertanggungjawab dengan Tuhan kerana bekerja makan gaji, saya akan pastikan gaji yang saya terima adalah mengikut hak dan tugas saya tanpa sedikit pun mendapat pendapatan yang boleh dianggap gaji buta. Saya masih mengamalkan sikap memastikan pendapatan dari kerajaan adalah pendapatan yang halal......

Kini, saya masih di tangga gaji 41, memangku 44, maka langkah berikut akan saya amalkan berkuat-kuasa serta-merta sebagai mengurang dan mengubat kekecewaan.

1) Memastikan semua tugas, kerja dan tanggungjawab adalah yang diperuntukkan untuk pegawai gred 41 memangku 44. Tiada lagi ”hard working” atau ”extra working” yang akan saya amalkan. Saya akan masuk kerja jam 8.30 pagi dan balik jam 5.30 petang walaupun kerja masih belum siap kerana saya masih mempunyai masa kerja untuk hari berikutnya.

2) Tiada lagi kerja pejabat akan saya bawa pulang ke rumah. Kerja pejabat hanya untuk di pejabat dan di rumah, saya akan peruntukkan masa saya sepenuhnya untuk anak, isteri dan keluarga saya. Sekiranya pegawai atasan bertanya, saya akan pastikan jawapan saya memuaskan beliau iaitu ”saya sudah berusaha menyiapkan kerja tersebut, tetapi kerana kesuntukan masa, maka kerja tersebut akan saya siapkan di waktu kerja berikutnya”.... Harap mereka memahami dan sekiranya mereka masih tidak memahami, maka jawapan saya ialah ”janganlah jangkakan pegawai gred 41 memangku 44, tidak dinaikkan pangkat walaupun layak, dapat menyiapkan semua kerja yang diberi”......

3) Saya akan pastikan semua hak dan kelayakan digunakan sepenuhnya dan secara halal. Tiada ponteng kerja walaupun saya tidak pernah ponteng kerja, tetapi cuti gantian, masa rehat, cuti-cuti lain serta kelayakan-kelayakan lain seperti ”traveling day, off day” dan sebagainya digunakan sepenuhnya 100% kerana sebelum ini, saya tidak pernah mengambil tindakan serius terhadap perkara ini. Inilah silap saya dan kini saya belajar dari kesilapan.

4) Tiada lagi tindakan seperti sanggup menjalankan tugas itu dan ini secara sukarela kecuali diarahkan. Tiada lagi tindakan ”mahu tunjuk rajin” dengan menerima ugas itu dan ini seperti yang ditawarkan oleh pegawai-pegawai atasan.

5) Saya akan pastikan tugas jabatan tidak memberi tekanan kepada saya dari segi masa dan tenaga. Sekiranya ada pihak yang memerlukan bantuan saya bagi kepentingan jabatan, maka akan dipastikan ianya tidak mendatangkan beban kepada saya. Contohnya, tiada lagi persetujuan untuk hadir memberi komitmen pada hari cuti kecuali atas kehendak saya sendiri dan dipastikan gantian masa yang sepatutnya untuk keluarga dan diri sendiri mendapat ganti. Tiada lagi input seperti ceramah dan sebagainya secara percuma kecuali mendapat hak dan ganjaran seperti yang diarahkan dalam pekeliling mengenai bayaran untuk penceramah dan sebagainya. Sekiranya tidak layak menuntut, pastikan ianya dijalankan sebagai tugas rasmi di waktu pejabat.

6) Saya juga akan memastikan keperluan dan kebenaran menghadiri majlis-majlis tertentu seperti majlis pelancaran, kursus dan seminar adalah selaras dengan keperluan pembentukkan modal insan. Tiada lagi keperluan menghadiri program yang dirasakan tidak mendatangkan kepentingan kepada jabatan dan diri sendiri. Kehadiran ke mesyuarat yang dirasakan tidak berkaitan dengan fungsi dan tugas seperti yang telah dimeterai dalam fail meja tidak lagi akan dihadiri kerana ia akan merugikan jabatan sendiri. Kehadiran ke kursus dan seminar adalah sebagai menjana dan menambah pengetahuan dan kepakaran supaya dapat berfungsi lebih baik sebagai pegawai gred 41 memangku 44 untuk jabatan. Tuntutan walau sekecil mana sekalipun perlu dituntut seperti tuntutan meletak kereta, bayaran cukai perkhidmatan dan tax penginapan hotel dan sebagainya kerana kita telah diarahkan oleh bahagian yang ”menganiaya” kita untuk membuat tuntutan.

Sesungguhnya saya menganggap penganiayaan ini sebagai satu hikmah kepada diri saya. Sekurang-kurangnya, saya tidak akan ditekan oleh pegawai atasan yang menyedari hakikat penganiayaan ini. Saya masih menganggap tugas, tanggungjawab dan keperluan kehadiran saya di jabatan masih relevan dan saya tidak risau sekiranya sesuatu tugas dan tanggungjawab itu gagal dilaksanakan kerana itulah realitinya keadaan pegawai yang dianiaya membalas kembali kepada pihak yang menganiaya.

Sesungguhnya, sekiranya itu adalah hak saya dan dirampas dengan tidak adil dan penganiayaan, maka tidaklah akan saya halalkan. Saya berdoa kehadrat Tuhan agar membalas penganiayaan ini.

Terima kasih.

Thursday, July 3, 2008

Isu MPH=Berita=4 Julai 2008=Tiada pegawai perubatan disahkan dalam gred UD44

JAWAPAN Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan bertajuk 'Masalah pegawai perubatan diteliti' yang disiarkan di dalam ruangan ini, pada 19 Jun lalu menarik perhatian saya untuk mengulasnya. Sebagai pegawai perubatan, jawapan seperti itu hanya untuk menyedapkan hati kami yang sejak sekian lama menuntut keadilan, terutama bagi kenaikan pangkat. Jawapan itu tidak meyakinkan apabila secara realiti proses kenaikan pangkat adalah terlalu perlahan, malah tiada pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan disahkan dalam gred UD44 sejak enam tahun lalu. Iklan kenaikan pangkat dikeluarkan pada 2004 dan surat pemangkuan hanya dikeluarkan pada 2006 dan sehingga sekarang tidak ada pegawai perubatan disahkan dalam gred UD44 kecuali Pakar Perubatan yang terus dinaikkan pangkat ke gred UD48. Mengapakah perlu ambil lebih empat tahun hanya untuk proses kenaikan pangkat. Harap maklum, kebanyakan pegawai perubatan ini sudah berkhidmat lebih lapan tahun dan ada yang berkhidmat 16 tahun dengan penuh dedikasi dan setia. Pada hal ada pegawai tadbir yang dinaikkan pangkat ke gred 48 walaupun hanya empat tahun berkhidmat. Alasan jumlah pegawai perubatan terlalu ramai untuk diproses adalah tidak munasabah. Walaupun beberapa langkah diambil untuk mengatasi kekurangan pegawai perubatan di sektor kerajaan, perkara beginilah yang menyebabkan rasa tidak puas hati untuk terus berkhidmat di Kementerian Kesihatan. Pegawai perubatan perlulah diberi dorongan untuk sambung berkhidmat dengan kerajaan untuk mengatasi kekurangan yang agak ketara. Kebanyakan pegawai perubatan sudah muak untuk merujuk ke Unit Naik Pangkat, Bahagian Sumber Manusia kerana yang diberikan adalah janji kosong dan menyakitkan hati. Mereka sering kali tidak telus dan sentiasa cuba untuk meletakkan kesalahan di atas bahu pihak lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau bahagian lain di kementerian. Amalan 'tidak penyayang' dan tidak profesional seperti ini sepatutnya tidak wujud di Kementerian Kesihatan. Sebagai contoh, pada awal 2007, bahagian itu pernah menguruskan kenaikan pangkat melangkaui gred dari gred UD41 ke UD48 secara tidak adil kerana tiada kriteria pemilihan yang jelas dan ramai yang layak tidak tersenarai manakala ramai yang tidak layak tersenarai. Seperti yang dijangkakan pegawai di bahagian itu menyalahkan JPA dan Lembaga Naik Pangkat, sedangkan mereka tidak rasa bersalah. Bila diajukan kriteria yang diguna pakai, mereka tidak telus dan tidak dapat menjawab sehingga kini. Begitu juga masalah yang dihadapi pegawai perubatan gred UD41 yang belum disahkan ke jawatan gred UD44 walaupun memangku sejak Jun 2006. Kami juga dimaklumkan pegawai perubatan yang berkhidmat sejak 1999 atau sebelumnya akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke UD48, namun ia hanyalah janji manis yang diberikan. Secara ikhlas kami berharap Menteri Kesihatan dapat melihat masalah yang kami hadapi sekarang dan jangan hanya mendapat maklum balas daripada Bahagian Sumber Manusia, sebaliknya dapat mengadakan pertemuan terus dengan kami supaya semua masalah dapat diselesaikan. Jangan biarkan kami saja menghayati dan mengamalkan budaya korporat KKM iaitu penyayang, kerja berpasukan dan profesional, sedangkan pihak lain seolah-olah lupa pada budaya berkenaan.

DOKTOR UD41 SAKIT, Puchong, Selangor.

Tuesday, July 1, 2008

Analisa komen blog saya....

Berikut adalah maklumbalas yang saya terima berkenaan blog ini:

Soalan : Apakah komen anda tentang blog saya?

Jawapan : Jumlah undi diterima sehingga undian ditutup pada 30 Jun 2008 ialah 9 undi

Amat berfaedah = 8 undi
Ok lah, membantu = 1 undi
Biasa aje = 0 undi
Tak membantu langsung = 0 undi

Tapi ada sorang mamat ni, dia bagi komen macam ni.....

Nak tau kenapa anda tak layak dapat elaun pakar macam pakar klinikal? senang saja:
1. tugas anda hanyalah dipenuhi dengan meeting yg tak berfaedah yg sengaja diada-adakan.
2. tugas-tugas pentadbiran yg anda lakukan boleh dijalankan oleh bukan doktor pun.
3. kerja anda hanyalah meminta report dr pakar klinikal.
4. wabak penyakit berluasa...so anda tak buat kerja.
5. yang paling penting sekali...anda tidak menjalankan tugas doktor, hanya menulis dan bercakap.
6. promosi & pencegahan penyakit yang saudra kata pakar...tak berkesan.
7. claim on-call buta saja bulan2.
So sapa kata anda layak?

cc
(Anonymous)


Tak apa lah, at least dia bagi juga komen dia....saya happy je....

Monday, June 30, 2008

Isu MPH=Berita=1 Julai 2008=Jawapan isu jawatan pakar perubatan tak memuaskan

SAYA ingin merujuk kepada jawapan Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan, Mohd Sabri Abdullah berkaitan perjawatan bagi pakar kesihatan yang disiarkan dalam ruangan ini, baru-baru ini. Jawapan yang diberikan itu tidak dapat meleraikan kemelut dan penantian kami selama ini. Saya masih berprasangka ada pihak tertentu tidak nampak atau sengaja buat tidak nampak fungsi Pakar Perubatan Kesihatan Awam (PPKA). Saya mahu berkongsi pengalaman sebagai Penolong Pengarah Kawalan Penyakit Tibi di Jabatan Kesihatan Negeri agar semua pihak memahaminya termasuk Menteri Kesihatan, ketua setiausaha dan ketua pengarah kesihatan. Bilangan kes pesakit tibi adalah antara tertinggi di kalangan penyakit berjangkit yang lain di negara ini (lebih 16,000 kes tibi baru di Malaysia pada 2006). Antara petunjuk dalam Matlamat Pembangunan Alaf Baru (MDG) ialah untuk mengurangkan kadar kematian disebabkan tibi. Sasaran utama di dalam Rancangan Kawalan Tibi Kebangsaan (selaras dengan WHO) adalah bagi mengesan awal dan merawat awal penyakit itu. Ia dilakukan melalui usaha memperkasakan anggota kesihatan, pendidikan kesihatan kepada masyarakat, meningkatkan kadar saringan di jabatan pesakit luar, mengadakan siri latihan kepada anggota, lawatan pemantauan ke hospital dan juga klinik kesihatan dan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.
Umumnya, masyarakat maklum mengenai wad tibi beberapa tahun lalu dimansuhkan dan kepada siapakah tanggungjawab memantau rawatan pesakit tibi ini diberi? Jawapannya adalah kepada kami yang setiap hari berusaha dengan anggota di bahagian kesihatan lain memastikan pesakit tibi menerima rawatan setiap hari untuk dua bulan dan dua kali seminggu selama sekurang-kurangnya empat bulan. Kami bertanggungjawab memastikan pesakit tibi yang cicir rawatan dikesan dan dipujuk semula untuk menyambung rawatan. Setiap kes tibi yang meninggal dunia perlu dijalankan audit kematian bagi mengenal pasti faktor berkaitan dan seterusnya langkah tambah baik dapat dilakukan. Pendeknya bermula dari setiap kes tibi didiagnosis sehingga kepada tamatnya rawatan dipantau oleh kami. Memandangkan kuman tibi berjangkit melalui udara, setiap kes akan dipastikan hubungannya (orang yang tinggal bersama) dikesan dan diperiksa.
Saya jangka tanpa tindakan atau aktiviti terbabit, sudah pasti hospital tidak mampu merawat semua pesakit tibi dan kadar kematian berkaitan tibi akan meningkat disebabkan kelewatan diagnosis dan rawatan. Tanpa peranan dan komitmen PPKA, mampukah negara setanding dengan negara lain dalam memerangi tibi? Saya sebenarnya bangga dan bersyukur dengan kepakaran saya dalam kesihatan awam ini yang membolehkan saya berhubung rapat dengan masyarakat dan meningkatkan mutu kesihatan rakyat. Namun, saya amat terkilan dan sedih dengan kegagalan Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam di atas diskriminasi yang cuba menyamakan kepakaran kami dengan kepakaran lain. Marilah kita sama-sama bertindak secara profesional dalam menjalankan proses kenaikan pangkat segolongan skim, janganlah mencantas hak orang lain sehingga kami yang berkhidmat lebih 11 tahun dan memiliki kepakaran dalam kesihatan awam masih pada tahap UD 41 (hampir 100 orang Pakar Perubatan Kesihatan Awam masih di Gred UD41). Jawapan yang diberikan Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan yang menyatakan mereka sedang aktif bertindak bagi mengatasinya adalah jawapan dan retorik yang lama berkumandang, terutama pegawai yang bertugas di Bahagian Naik Pangkat Golongan Profesional. Sudah tiba masanya, Menteri Kesihatan menyelidik secara terus masalah ini (berbincang dengan Pakar Perubatan Kesihatan Awam) kerana tiada pegawai atasan yang memahami dan dapat membantu memperjuangkan hak kami.

PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM, Kota Bharu, Kelantan.

Saturday, June 28, 2008

Lagi cadangan membina

Mohon sesiapa counter balik Jawapan SM dalam Berita Harian 19 Jun....kita tak nak orang yang sama je hantar.....isi yang dicadangkan:
1. Isu utama bukan elaun pakar, tetapi kelewatan naik pangkat. Kenapa pelaksanaan tidak sama dengan buku "carrer development" terbitan Sumber Manusia, KKM, ms 36. Malah kenaikan pangkat lebih teruk daripada skim lain.
2. Kenapa proses pengesahan jawatan terlalu lambat sehingga melebihi 2 tahun. Akibatnya PTK tidak boleh ambik. Adakah Sumber Manusia Tidak Cekap (lembab). Kenapa masih lagig "dalam tindakan aktif".
3. Dalam jawapan tu, SM ada kata "sentiasa hubungi sumber manusia untuk mengtahui status kenaikan pangkat"...kita kena counter balik jawapan bullshit ni..........jawapan merangkumi: memang tulah yang kita buat selama ini tetapi jawapan-jawapan yang diberikan "bullshit", pegawai pulak kurang "lidah bercabang".....

SAYA CADANGKAN ADA BEBERAPA SALURAN YANG BOLEH DIAMBIL SEKARANG....
1)AKHBAR. BERITA HARIAN PALING BAGUS. UTUSAN TU TAK PAYAH BELI LA COZ DEPA TAK PERNAH PUN PUBLISH ISU NI. PATUT LA ADA CADANGAN BOIKOT AKHBAR UTUSAN MALAYSIA.
2)CEUPACS
3)SUHAKAM
4)PAKATAN RAKYAT
5)SURAT KEPADA PERDANA MENTERI
6)BLOG....MACAM I BUAT NI LA..... TOLONG LA PAKAT UNDI....
7)ADUAN KEPADA JPA
8)TEAM WORK YANG BERGERAK DI KKM PUTRAJAYA UNTUK JUMPA BOS ITU DAN INI
9)IKUT LA APA-APA CARA PUN........

Cadangan geng kita juga

Dear all,
I dah kata awal-awal lagi dulu...kita semakin menempuh jalan buntu pula.....Macam mana kalau kita ramai-ramai berpiket / berkumpul / berkerumun sambil-sambil tu kita buat sesi press di pejabat menteri, pejabat JPA, pejabat BSM atau mana-mana yang difikirkan terbaik. Kalau buat ramai-ramai tak kan lah they all nak ambil tindakan untuk semua kita..... lagi pun they all sekarang ni tengah tergugat dengan pembangkang.....if we do not change, who else?????????? We are toooooo slow in our reaction .... or 'lembut' or 'lembik' or 'penakut'... yang menyebabkan urusan kenaikan pangkat atau karier developement kita dimanipulasi oleh golongan PTD yang tak profesional (SPM, SRP borderline!!!!!)...now is time untuk sedar, bangkit, do something yang berkesan, tunjukkan 'kejantanan' MPH...
Regards.....


Would someone be able to reply to the Berita Harian letter written by Unit Perhubungan Awam urgently - Bhg. Sumber Manusia shouldn't think that they have managed to silence us. It is not only the the UD41/44 group who are affected but apparently up to the UD54 group - and all these promotions have been handled by M....... (and she has been rewarded for her incompetency by being promoted to M48 even though she is only 4 years in service). I have spoken to the SUSK and he has asked for more time as the Minister is busy with the parliament sessions. We will wait until when?. In the mean time, can someone who is good in writing, please reply to berita harian.
Regards.....

Friday, June 27, 2008

Isu MPH=Berita=23 Jun 2008=Pakar kesihatan awam dianak tiri

Pakar kesihatan awam dianak tiri

TERIMA kasih kepada jawapan yang diberikan pihak Sumber Manusia Kementerian Kesihatan dalam ruangan ini, 19 Jun lalu. Namun, persoalan yang ditimbulkan masih tidak terjawab berhubung kenaikan pangkat. Kami ingin mengetahui mengapa kenaikan pangkat Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang mengambil pengajian Sarjana Perubatan selama empat tahun tidak secara automatik kepada Gred UD48. Ada di antara kami yang lulus sarjana pada 2004 masih pada gred hakiki UD41. Pegawai Perubatan lain yang tidak mengambil apa-apa kursus Sarjana nampaknya menikmati kenaikan pangkat lebih baik daripada kami.
Lebih teruk sekiranya dibandingkan pegawai tadbir diplomatik yang tanpa ijazah Sarjana dan hanya bekerja selama empat hingga lima tahun sudah naik ke Gred M48. Alasan yang diberikan pihak Sumber Manusia bahawa tiada penyisihan dalam mana-mana skim perkhidmatan hanya kata-kata manis dan bersifat retorik kerana kerap kali surat kenaikan pangkat berbunyi seperti berikut 'Tawaran Kenaikan Pangkat Pakar Perubatan (Pelbagai Disiplin) U41 ke U48 kecuali Pakar Kesihatan Awam'. Perkataan kecuali di sini adalah satu bentuk penyisihan secara formal. Jawapan yang diberikan berhubung perbezaan elaun kepakaran adalah disebabkan bidang tugas berbeza. Di sini kami ingin menekankan bahawa sememangnya ia berbeza. Seperti pakar kanak-kanak dan pakar patologi juga mempunyai tugas berbeza. Bagi pakar kesihatan awam, pesakit kami adalah masyarakat. Kejadian sesuatu wabak adalah sesuatu yang begitu mencabar profesion kami dari segi tindakan kawalan dan menyiasat punca wabak. Masa yang kami habiskan seperti doktor pakar perubatan yang 'on call' atau seorang pakar bedah yang membedah pesakit dalam dewan bedah melebihi lapan jam.
Harus diingat, apabila wabak serius berlaku, kami akan bekerja siang dan malam di bilik gerakan dan di lapangan untuk menghalang sesuatu wabak daripada merebak. Kejadian keracunan di sekolah yang semakin menjadi-jadi sekarang adalah satu lagi masalah kesihatan awam. Sahabat kami di daerah, terpaksa turun padang dan menutup premis dapur atau kantin sekolah setiap kali keracunan makanan terjadi. Kami juga berperanan dalam menjalankan tugas seperti penguatkuasaan. Sekiranya pemeriksaan premis makanan dilakukan dan penutupan harus dilakukan, maka tindakan penyitaan ini dilakukan oleh kami yang mempunyai kuasa dan kadang-kadang terpaksa berdepan pelbagai risiko. Jadi, di mana rasionalnya perbezaan elaun kepakaran ini? Di sini kami ingin menekankan bahawa kami bukan hanya berada di pejabat membuat pengurusan mengenai kakitangan, perbelanjaan, aduan awam (yang juga bukan tugas mudah) tetapi juga menjalankan tugas lain dan memantau perkhidmatan rawatan dan rehabilitasi pada peringkat klinik kesihatan.


DOKTOR PAKAR, Kelantan.

YANG INI ADALAH FULL VERSION BEFORE EDITED BY AKHBAR:SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN KESIHATAN: JAWAPAN BASI LAGI

Terima kasih kepada Jawapan yang telah diberikan oleh Sumber Manusia Kementerian Kesihatan di dalam ruangan ini pada 19 hb Jun 2008. Namun, persoalan yang ditimbulkan masih lagi tidak terjawab. Kami ingin mengetahui mengapakah kenaikan pangkat Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang telah mengambil pengajian sarjana/master perubatan selama 4 tahun tidak seperti pakar perubatan yang lain yang secara automatiknya selepas proses perwartaan akan mendapat gred UD48. Ada di antara kami yang telah lulus sarjana pada tahun 2004 masih lagi digred hakiki UD41!. Pegawai Perubatan lain yang tidak mengambil apa-apa kursus sarjana/ master nampaknya mempunyai kenaikan pangkat yang lebih baik dari kami. Lebih teruk sekiranya dibandingkan dengan pegawai pentadbiran di mana tanpa ijazah sarjana dan hanya bekerja selama 4-5 tahun sudah naik ke gred M48. Alasan yang diberikan oleh Sumber Manusia bahawa tiada penyisihan dalam mana-mana skim perkhidmatan juga hanya kata-kata manis dan bersifat retorik semata-mata kerana kerapkali surat kenaikan pangkat berbunyi seperti berikut ”Tawaran Kenaikan Pangkat Pakar Perubatan (Pelbagai Disiplin) U41 ke U48 kecuali Pakar Kesihatan Awam”. Adanya perkataan KECUALI di sini adalah merupakan satu bentuk penyisihan secara formal.
Jawapan yang diberikan oleh Sumber Manusia tentang perbezaan elaun kepakaran adalah disebabkan bidang tugas yang berbeza. Di sini kami ingin menekankan bahawa sememangnya ia berbeza. Seperti juga Pakar Kanak-kanak dan Pakar Patologi juga mempunyai tugas yang berbeza. Kami, Pakar Kesihatan Awam, pesakit kami adalah masyarakat. Kejadian sesuatu wabak adalah merupakan sesuatu yang begitu mencabar profesion kami dari segi tindakan kawalan dan menyiasat punca wabak. Masa yang kami habiskan adalah sebagaimana seorang doktor pakar perubatan yang ’on call’ atau seorang pakar bedah yang membedah pesakit dalam dewan bedah melebih 8 jam. Kerana apabila wabak yang serius berlaku, kami akan bekerja siang malam di bilik gerakan dan di lapangan untuk menghalang sesuatu wabak dari menjadi tidak terkawal. Sahabat kami di bahagian vektor contohnya, terpaksa berkampung di sesuatu lokaliti atau tempat untuk memastikan aktiviti kawalan mitigasi dan preventif berjalan dengan sepenuhnya. Sekiranya tindakan kawalan yang tidak berkesan, sudah pasti lebih ramai pesakit akan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital dan seterusnya meningkatkan beban kerja rakan-rakan kami yang bekerja di hospital. Kejadian keracunan di sekolah-sekolah yang semakin menjadi-jadi sekarang ini juga merupakan satu lagi masalah kesihatan awam yang berlaku. Sahabat kami di daerah, terpaksa turun padang dan menutup premis dapur atau kantin sekolah setiap kali keracunan makanan terjadi. Kami juga berperanan dalam menjalan tugas seperti penguatkuasaan. Sekiranya pemeriksaan premis makanan dilakukan dan penutupan harus dilakukan, maka tindakan penyitaan ini dilakukan oleh kami yang mempunyai kuasa dan kadang-kadang terpaksa berdepan dengan risiko seperti kecederaan dan ugutan oleh segelintir pemilik premis yang engkar. Jadi, di mana rasionalnya perbezaan elaun kepakaran ini?
Di sini Kami ingin menekankan bahawa kami bukan hanya berada di pejabat membuat pengurusan tentang kakitangan, perbelanjaan, aduan awam (yang juga merupakan bukan tugas mudah) tetapi juga menjalankan ’community diagnosis’, ”promotion”, ”preventive and mitigative actions”, ”infectious disease surveillance” dan memantau perkhidmatan rawatan dan rehabilitasi di peringkat klinik kesihatan seperti perkhidmatan pesakit luar, kecemasan dan perkhidmatan ibu dan kanak-kanak.
Untuk menyelesaikan kemelut ini, sudah tiba masanya pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (termasuk Ketua Pengarah Kesihatan), Jabatan Perkhidmatan Awam, Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti tempatan, SUHAKAM, CUEPACS dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak, untuk bersama-sama berbincang dan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang kedudukan Pakar Kesihatan Awam ini yang tidak mendapat pengiktirafan selayaknya dan nampaknya seperti tidak akan berkesudahan ini. Janganlah kerana pengalaman pada masa lalu, kami generasi baru dalam ’Public Health’ ini turut dijadikan mangsa. Sama-samalah kita berusaha agar kepentingan rakyat atau Masyarakat Umum (Public Health) untuk mendapat status kesihatan yang cemerlang tidak tergugat semata-mata kemelut yang berlaku ini. Rakyat berhak untuk tidak terdedah kepada risiko penyakit berjangkit (seperti denggi dan malaria) dan berhak untuk menerima perkhidmatan yang berkesan dalam pengurusan penyakit tidak berjangkit (seperti kencing manis dan darah tinggi) yang mana merupakan antara tugas teras kami.
SEKIAN.

Dr.Public Health Physician.

Beberapa Pandangan Dari Geng Kita

I just heard that Medical Development Division has met up with the HRD to allow us to use our CPD for our PTK3 to enable us to get promoted. Everyone should ensure that you have at least 40 CPD points till July which will cover for PTK3 -khusus. While for PTK3 UMUM - we will be given assignment to complete. This will help us to get PTK3 and hence help with our promotion.
In the meantime, for those who are not gazetted, I would encourage everyone to work on your gazettement. Apparently, for the clinical specialists, their UD48 promotion is backdated to the date of gazettement. If they should apply the same criteria, then we will be prepared.


I think one of the issue we need to bring up is that why is it only for doctors, they need a masters or become a specialist before they can be promoted faster. While for other professionals, e.g. pharmacists, engineers, PTDs, biochemists, etc. are on fast promotion even though they don't have any second degree. This is inspite of assurance given that doctors are promoted faster. It appears that the doctors have the slowest promotion in the civil services as it is the only professional service which still doesn't have confirmed UD44. While for engineers, pharmacists, optometrist (BSM iklan) - they are already processing promotion from gred 44 to 48.

Regards....

Dr Rosmah's article have been answered in BH today by Dr Rosnah , Pengarah JKN Pahang. I'm sure the text of the answer which is very stupid had been prepared by a brainless PTD officer in JKN Pahang. The most bloody stupid word that I can quot is "sedang mengemaskini".
The most appropriate person who suppose to answer the Dr Rosmah's article is actually SUB Sumber Manusia or JPA, not Dr Rosnah.


ASM n Salam Sejahtera Semua,
Melihat kepada halatuju perbincangan, terlampau banyak yang ingin saya ulas. Terlebih dahulu pohon maaf jika idea saya ini sedikit kontra. Namun saya ringkaskan dahulu kepada 2 isu.
1. Isu pertama: Urusan Pengisian jawatan UD48 Hakikatnya kali terakhir secara rasminya tawaran pengisian jawatan U48 ialah pada tahun 2003 bagi kategori pegawai perubatan (bukan pakar klinikal). Selepas itu pelbagai cara n kaedah digunakan oleh pelbagai individu atau jawatan atau jabatan dalam pengisian jawatan U48. Dalam kita memaki hamun dan menyalahkan pihak Sumber Manusia KKM, kita juga kena melihat di luar dari Sumber Manusia KKM yang juga menyumbangkan kepada kecelaruan makluman urusan kenaikan pangkat. Ada yang memohon dengan mengisi borang kenaikan pangkat atau pemangkuan dan menghantarnya samada secara rasmi melalui ketua jabatan masing2 atau ada juga yang mungkin hanya menulis melalui saluran tertentu, SEDANGKAN TIADA TAWARAN ATAU IKLAN PEMBERITAHUAN RASMI DIKELUARKAN menyatakan ada proses kenaikan pangkat. Selepas itu membuat pula susulan dan pertanyaan kepada pihak Sumber Manusia KKM adakah proses telah dibuat. Ada juga melalui ketua jabatan, menghantar surat kepada KSU memohon kenaikan secara khas. Ada juga samada TPKN di negeri atau di mana jua atau siapa jua, yang menghantar rekomendasi untuk kenaikan pangkat dengan saluran tertentu bagi pegawai tertentu dan selepas itu membuat pula susulan pelbagai pertanyaan kepada pihak Sumber Manusia KKM. Tak perlu disebut kecelaruan yang dicetus pula oleh pihak Sumber Manusia KKM yang mengunakan pelbagai kaedah untuk memohon senarai nama yang entah datang dari mana sumbernya yang mengakibatkan kecelaruan dan ketidakadilan pegawai perubatan yang sepatutnya telah pun berada di gred UD 48 sekarang, sehingga menghasilkan pemangkuan jawatan UD 48 dari UD41 secara sulit pada tahun 2007 Apa yang saya ingin ketengahkan dalam isu pertama di atas ialah dalam kita asyik menyalahkan Sumber Manusia KKM, sebahagian kesalahan juga juga disumbangkan dari bawah dan oleh pelbagai pihak. Tidak perlu disebut peranan Unit Kualiti JKA yang sudah pasti ada pemberat dalam keadaan sekarang ini. Tetapi isu pertama ini juga kalau cuba difahami masih tidak menyelesaikan masalah dan isu utama kita. Semuanya telah berlaku. So, apakah isu kita.

2. Isu kedua: Apakah isu yang ingin kita perjuangkan? Dalam kita memperjuangkan isu kita, problem statement kita juga kena bersesuaian kerana jangan berperang kalau tahu kita akan kalah. Kalau kita cuba menyakinkan orang luar bahawa terdapat “sekumpulan Pakar Kesihatan Awam masih berada di Gred UD 41, sudah tentu sukar untuk sesiapa juga (samada KSU, DG , Perdana menteri, Parlimen, Dewan Negara atau sesiapa juga) akan simpati selagi Bidang Public Health tidak visible dan selagi Public Health Specialist masih kelihatan tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Why? Anyone know the mess. Maka isu yang lebih meyakinkan (buat masa ini.....saya ulangai buat masa ini) ialah dengan menimbulkan isu berlaku ketidakadilan kerana sekumpulan pegawai perubatan yang senior dalam perkhidmatan masih berada di gred UD 41 berbanding sekumpulan pegawai perubatan junior yang telah pun berada di gred UD 48 samada secara hakiki atau pun secara pemangkuan. Problem statement sedemikian lebih mudah untuk difahami oleh orang yang berkecuali. Kemudian barulah dimasukkkan perkara2 bonus seperti kumpulan MO yang tertindas ini dah pun ada kepakaran MPH, ada buat research paper, menyumbangkan kepada garispanduan pengurusan penyakit samada di KKM atau di negeri dan sebagainya; kalau nak dibandingkan dengan mereka MO yang di Gred UD 48, tapi bukan MPH. Tetapi problem statement sahaja tidak mencukupi. Problem statement sekumpulan Pakar Kesihatan Awam masih berada di Gred UD41 perlu disokong dengan data siapa MO senior masih digred UD41 secara hakiki dan siapa yang junior telah berada di gred UD48 samada secara hakiki atau memangku. Maka perlulah ada senarai nama siapa yang junior tapi dahpun UD 48 dan siapa yang senior tapi masih UD 41. Benda ni kena ada (siapa, jawatan, di mana bertugas dan tahun dilantik). Tetapi consensus juga perlu dibuat siapakah yang dikategorikan junior; siapa senior dalam perkhidmatan? Berapa tahun dalam perkhidmtana yang kita semua perlu persetujui dalam melabelkan keadilan kepada semua. Selepas ini semua ada, barulah sesuai kita nak buat apa juga tindakan atau perjumpaan ataupun surat layang kepada BPR ke pasal penyalahgunaan kuasa dalam kenaikan pangkat, atau dibawa ke soalan-soalan lisan atau bertulis dalam parlimen ke atau memo kepada PM dan sebagainya. Kalu setakat kita sembang penindasan terhadap kumpulan kita tanpa MEMBANDINGKAN kumpulan yang telah pun berada di UD 48 secara objektif, susah la. Of course isu seterusnya. WHO WILL LEAD?

Dear all,
I think we shouldn't give up. We have always brought this up to the DG but to no avail. If we bring this up to the KSU, might help but I think he depends too much on DG for matters related to doctors. If we bring this up to the Minister, then at least he can put some pressure on DG and KSU.
I think the best alternative is still the Minister. Since he is still new, he may want to fight for the doctors. The MOH has been saying the promotion for the doctors will be hastened, but what we see is that the promotion for doctors is the slowest compared to all other profession - and if we can bring this matter ot him, I am sure he will act!
I will bring this matter to the SCHOMOS president too to bring this matter to the minister as they may be unaware.
I am not in favour of condemning the PTDs because whether we like it or now we have to live with them. Fighting them may not help because JPA may be obliged to listen to them rather than us.
By the way, has anyone met Pn. Sabariah recently - and what was her response?

Monday, June 23, 2008

Star=30 May 2008

Acute shortage of doctors in Sarawak

By Stephen Then

KUCHING: Sarawak wants the Health Ministry to quickly resolve the acute shortage of medical officers and specialists in its hospitals.
Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud said that of the 1,334 medical officers' posts, only 510 or 38.2% had been filled.
He said about 90 of the 510 medical officers were housemen.
“The situation in health clinics is even more dire as only 22.2% of the 373 medical officers’ posts are filled.
“This severe shortage, if left uncorrected, will adversely affect the quality of healthcare services in the state,” he added when opening the 48th Malaysian Medical Association annual general meeting Santubong near here.
On the shortage of specialists, Taib said of the 175 such posts in the Sarawak General Hospital here, Sibu, Miri and Bintulu hospitals, 135 or 77.5% had been filled.
He said specialist posts should also be created for other larger divisional hospitals like in Sri Aman, Sarikei and Kapit.
“I appeal to the ministry to fill the vacant posts (specialist and medical officers) as soon as possible so that our people can enjoy better healthcare.”
Taib said only about 70% of the state’s 2.3 million people had access to hospitals and clinics, compared to 95% in the peninsula.
He said the high immunisation coverage in remote areas was largely maintained through the flying doctor service.
Taib said 2,000 village health officials had been trained to provide basic healthcare to 300,000 villagers in nearly 1,800 rural settlements throughout the state.