Friday, May 8, 2009

Tidak senyum kerana keletihan=Utusan Malaysia=01/05/2009

Tidak senyum kerana keletihan

DEWASA ini hangat diperkatakan mengenai mutu perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan. Ada sesetengah warga Malaysia kini memandang negatif perkhidmatan kesihatan kerajaan apabila mereka gagal untuk mendapatkan layanan serta perkhidmatan seperti yang diharapkan.
Bilangan doktor di Malaysia dan kakitangan perawatan yang lain masih tidak mencukupi dan sangat kritikal di daerah tertentu. Nisbah doktor pada 2007 adalah seorang doktor bagi 1,145 penduduk. Bilangan doktor yang ditugaskan di klinik-klinik kesihatan dan hospital-hospital daerah masih belum mencukupi. Sebagai contoh, doktor di hospital daerah bertanggungjawab untuk merawat pesakit di dalam wad, merawat pesakit di klinik dan melaksanakan tugasan on-call mengikut giliran.
Selepas menamatkan tugasan on-call doktor tersebut akan terus menyambung tugasan sama ada di wad atau terus ke klinik pesakit luar sehinggalah tamat waktu pejabat hari tersebut. Adalah tidak adil untuk mengatakan seseorang doktor itu kurang mesra pesakit sekiranya beliau kurang senyum dan beramah mesra pada hari tersebut. Mereka keletihan setelah bekerja secara berterusan lebih daripada 24 jam.
Kakitangan kesihatan yang lain juga harus ditambah bagi membantu doktor melaksanakan perawatan. Sebagai contoh, para jururawat terlatih seharusnya dapat melakukan pemeriksaan ultrasound rutin kepada ibu-ibu yang mengandung. Ini pasti dapat mengurangkan waktu menunggu pesakit dan membolehkan doktor menumpukan aspek perawatan dan kaunseling pesakit. Mereka juga hendaklah dilatih dengan panduan terkini semasa menyaring pesakit yang datang agar kes-kes kecemasan dapat diberikan keutamaan sewajarnya.
Pesakit juga hendaklah mematuhi waktu temu janji kerana setiap pesakit biasanya akan dilihat oleh doktor untuk lima hingga 15 minit mengikut keperluan. Cubalah menjadi seorang pesakit yang beretika dan berhemah tinggi kerana para doktor dan perawat kesihatan yang lain sentiasa bersedia memberikan khidmat yang terbaik untuk anda.

WARISAN 27643
Kota Bharu, Kelantan

Luahan rasa doktor yang penat=Utusan Malaysia=01/05/2009

Luahan rasa doktor yang penat

SAYA merupakan salah seorang pegawai perubatan di salah sebuah hospital di ibu negara. Buat pengetahuan umum, malam semalam saya pulang ke rumah pukul 9 malam setelah keluar bertugas mulai pukul 7 pagi pada hari sebelumnya. Saya pulang setelah habis menjalankan tugas on-call. Cuba bayangkan bekerja selama 36 jam tanpa henti. Mungkin dapat tidur sejam dua (lebih baik tidak tidur langsung). Pulang ke rumah dengan harapan dapat bermesra dengan anak dan isteri, tetapi ternyata saya terlalu penat.
Biar saya jelaskan bagaimana tugas seorang doktor secara kasarnya. Kami akan memulakan kerja seawal pukul tujuh pagi dengan berada di wad bagi menyiapkan data pesakit di wad bagi tujuan ward round bersama doktor pakar. Secara amnya, ward round akan tamat sekitar pukul 10 hingga 11 pagi. Ini mengambil kira purata 30 orang pesakit di dalam wad.
Selepas itu, kami mesti bergegas ke klinik untuk merawat pesakit luar. Ini menjawab rungutan pembaca yang mempertikaikan mengapa mereka perlu tunggu lama di klinik pesakit luar. Secara purata kami memeriksa dalam 100 - 200 pesakit luar setiap hari. Secara puratanya juga akan terdapat lima hingga tujuh orang doktor di klinik. Jadi seorang doktor akan memeriksa antara 20 hingga 30 orang pesakit.
Harus diingat kami mesti kembali ke wad selepas itu untuk melihat perkembangan pesakit yang lebih tenat di dalam wad. Maka secara kebiasaannya kami akan tamat merawat pesakit dalam pukul 6 hingga 7 petang. Tugas itu disambung oleh doktor on call. Maka andainya saya merupakan doktor on call (yang perlu menjaga seluruh hospital, bukan sekadar wadnya) pada hari tersebut, saya akan menyambung tugas saya dari pukul 7 malam itu hingga 7 malam keesokan harinya di wad dan klinik seperti biasa.
Maka, wahai pesakit hospital kerajaan Malaysia, renungkan dan fikirkanlah. Seandainya anda ternampak kami berbual, makan atau membaca surat khabar, sebenarnya kami hanya ingin 'mencuri' sesaat dalam 36 jam itu untuk merasai kehidupan manusia biasa.

DOKTOR HOSPITAL KERAJAAN
Kuala Lumpur

Doktor cuma 'berdiam' bila rakyat kritik khidmat mereka=Utusan Malaysia=02/05/2009

Doktor cuma 'berdiam' bila rakyat kritik khidmat mereka

Oleh AZMAN ANUARrencana@utusan.com.my

PENDEDAHAN berhubung isu penemuan dua doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) 'mencuri tulang' oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan sedangkan lebih 20 orang pesakit masih menunggu dalam kesakitan - memang menghangat.
Susulannya, pelbagai pihak lain turut mendedahkan versi pengalaman dengan doktor di hospital kerajaan. Semua doktor hospital kerajaan telah dicemuh oleh masyarakat.
Tetapi akhirnya lain pula cerita sebenarnya. Dua doktor yang dituduh curi tulang itu sebenarnya doktor pelatih yang baru habis bertugas sejak hari sebelumnya. Bilangan pesakit yang menunggu hanya lapan orang (selebihnya ahli keluarga yang menunggu).
Inilah bahana apabila membuat tuduhan tanpa usul periksa. Tidak rasa sedih dan terhinakah doktor dituduh sedemikian. Sedangkan kita tahu mereka bertugas dengan dedikasi, merawat pesakit berbilang kaum tanpa jemu, bekerja siang mahupun malam tanpa hirau penat dan lesu - tiba-tiba dituduh secara melulu sedemikian!
Jika ada pun doktor yang bersikap 'curi tulang' jangan dibuat andaian semua doktor begitu. Tempias nama buruk terpalit kepada institusi hospital kerajaan.
Pada hakikatnya ramai doktor masih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Sebagai rakyat Malaysia, mungkin kita pernah menjadi pesakit di hospital mahupun di klinik-klinik kerajaan.
Soal menunggu lama adalah lumrah kerana kita maklum jumlah pesakit yang ramai. Cuma sikap sewaktu memeriksa pesakit perlu dilakukan dengan penuh dedikasi - bukan menunjukkan reaksi kurang selesa dan kurang berminat untuk merawat pesakit.
Pun begitu, kita percaya masih ramai doktor yang komited dengan tugas mereka. Mungkin hanya satu dua orang sahaja yang tidak beretika dan sanggup mencalitkan lumpur kepada nama baik hospital.
Doktor dan pembantunya, jururawat telah diberi kursus dalam membentuk etika yang baik sewaktu bertugas. Mereka tahu cara untuk berhadapan dengan jumlah pesakit yang terlalu ramai termasuk melayan pelbagai kerenah pesakit.
Petugas di hospital kerajaan harus memberi layanan terbaik kepada setiap orang tanpa mengira status dan kedudukan. Jangan kerana pesakit terdiri dari golongan kurang mampu dan ditempatkan di kelas kedua atau ketiga, mereka dilayan bagai orang yang tiada perasaan - diherdik dan ditengking sesuka hati.
Profesion doktor cukup mulia. Tetapi naluri manusia sentiasa mahu dilayan dengan cepat dan tidak sabar jika terpaksa menunggu lama.
Perkara ini dilalui oleh para doktor. Bilangan doktor tidak pernah bertambah. Seorang rakan yang memilih bidang ini pernah meluahkan 'tidak ada masa yang cukup' untuk mereka.
Ada masa mereka terlepas waktu makan tengah hari. Kalau mahu ke tandas pun perlu bergilir-gilir. Perkara-perkara seumpama itu adalah biasa bagi seseorang doktor.
Namun, kita belum lagi mendengar doktor menjerit marah kerana kepenatan. Belum pernah kita lihat mereka memberontak dan mogok tidak mahu merawat pesakit.
Kita pun tidak pernah melihat para doktor berpiket menuntut hak mereka. Tak dengar oun mereka meminta dihargai. Sebaliknya mereka terus bekerja penuh dedikasi siang dan malam tanpa jemu merawat pesakit.
Sebenarnya tidak ramai antara kita sedar bahawa waktu bila doktor bekerja. Mereka memulakan tugas sebelum pukul 8 pagi, dan jika on call kena bertugas hingga 36 jam.
Banyak masa mereka korbankan untuk pesakit daripada bersama di sisi ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak.
Mereka tidak pernah merungut tentang gaji. Tidak ada siapa antara kita yang serius memikirkan soal menjaga kebajikan doktor.
Sekarang, amat jarang pesakit atau waris pesakit yang mengucapkan 'terima kasih' kepada doktor. Sebaliknya ada pesakit yang berani menghentak fail ke atas kepala doktor semata-mata kerana tidak diberi cuti sakit.
Tetapi doktor hanya diam, senyum dan meneruskan kerja. Bukanlah bermakna mereka tiada perasaan. Sebaliknya mereka dididik dan dipesan untuk bersabar dengan semua kerenah pesakit.
Jangan kerana desakan sesetengah pihak berkepentingan tertentu, mereka ini dijadikan mangsa dan bekerja dalam tekanan. Kelak ia hanya mendatangkan masalah kepada diri doktor, keluarga dan pesakitnya.
Mulai hari ini dan mengambil semangat baru sempena Hari Pekerja semalam, eloklah kita ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih kepada setiap doktor yang merawat kita.

Tawar insentif tarik doktor kita berkhidmat di negara sendiri=Utusan Malaysia=03/05/2009

Tawar insentif tarik doktor kita berkhidmat di negara sendiri

KOTA KINABALU 2 Mei – Kerajaan akan menawar insentif kepada golongan pakar dan doktor dari negara ini yang bekerja di luar negara dalam usaha memujuk mereka pulang dan berkhidmat di tanah air sendiri.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, insentif itu adalah wajar kerana negara masih lagi berdepan dengan masalah kekurangan pakar dan doktor.
“Bagi mengatasi kekurangan doktor, pengambilan tenaga pakar dari luar negara seperti India, Myanmar dan lain-lain negara terus lagi dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, dilaporkan seramai 236 lulusan bidang perubatan yang menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak pulang ke tanah air selepas menamatkan pengajian di luar negara.
Tenaga profesional itu sebaliknya berkhidmat di luar negara berikutan tawaran gajinya yang lebih tinggi berbanding di Malaysia.
Keadaan itu menjejaskan perkhidmatan kesihatan negara sedangkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk melatih doktor di luar negara iaitu hampir RM1 juta bagi setiap seorang doktor.
Rosnah berkata, golongan tersebut seharusnya mengutamakan keperluan rakyat di negara ini daripada berkhidmat untuk rakyat di luar negara.
Mengenai perkembangan influenza A (H1N1) yang kini menjadi fenomena sejagat, beliau berkata, kerajaan Malaysia melakukan pelbagai langkah pencegahan awal.
Antaranya kata beliau, dengan mengawal ketat di semua pintu-pintu masuk utama negara melalui alat-alat pengesan yang berteknologi tinggi.
“Rakyat tidak perlu bimbang dengan selesema babi atau sekarang dikenali sebagai influenza A (H1N1) kerana persiapan rapi sudah pun dilakukan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh=Utusan=06/05/2009

Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda.
Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.
Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million.
Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.
Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku.
Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.
Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara.
Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.
Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.
Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.
Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.
Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''
Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu.
Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku.
Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya.
Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari.
Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan.
Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak.
Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku.
Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali.

MOHD. ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran
dan Kefahaman Islam
UiTM Kampus Bandaraya,
Johor Bahru

On call bukan kes terpencil=Utusan Malaysia=05/05/2009

On call bukan kes terpencil

SEJAK kebelakangan ini, saya mendapati banyak komen diberikan terhadap tugas on call seorang pegawai perubatan. Namun kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang memberi reaksi kepada isu tersebut baru-baru ini mengejutkan dan mengecewakan saya. Menurutnya, kes seseorang doktor bertugas on call 24 jam tanpa henti adalah perkara terpencil.
Tugasan on call 24 jam sehari dan kemudiannya menyambung kerja harian selama sembilan jam seterusnya adalah perkara biasa di kebanyakan hospital kerajaan. Oleh itu, ia bukanlah kes terpencil.
Tanggapan ini perlu dibetulkan. Ini juga menunjukkan seolah-olah pihak kementerian tidak pernah turun padang untuk menilai sendiri keadaan sebenar.
Biar saya jelaskan beberapa perkara. Saya sendiri adalah seorang pegawai perubatan yang telah berkhidmat hampir enam tahun di hospital kerajaan.
Antaranya saya pernah bertugas di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, dan sekarang sedang melanjutkan pengajian di bidang sarjana perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Saya pernah bertugas di Jabatan Perubatan, Jabatan Pediatrik (Kanak-Kanak) dan sekarang di Jabatan Perubatan dalam Bidang Sarjana Perubatan (Internal Medicine).
Sepanjang perkhidmatan ini, setahu saya, saya dikehendaki menjalani tugasan on call 24 jam dan menyambung semula tugasan keesokan harinya seperti biasa sekiranya ia jatuh pada hari bekerja.
Tidak pernah pula saya diberitahu yang saya boleh mengambil off pada keesokan harinya. Alasan yang selalu diberikan ialah kekurangan doktor.
Sesebuah hospital besar kerajaan atau hospital universiti mempunyai banyak jabatan atau kepakaran, umumnya Jabatan Perubatan, Jabatan Surgeri, Jabatan Bius, Jabatan Pediatrik, Jabatan Perbidanan (OnG), Jabatan Ortopedik dan Jabatan Kecemasan.
Bagi pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Perubatan, Jabatan Surgeri, Jabatan Ortopedik dan Jabatan Pediatrik serta Jabatan Perbidanan, mereka dikehendaki bertugas seperti mana aduan seorang doktor baru-baru ini (bekerja tanpa henti melebihi 30 jam termasuk on call dan tugas biasa).
Isu on call tidak timbul bagi mereka yang bertugas di Jabatan Trauma dan Kecemasan kerana mereka bertugas mengikut syif, iaitu lapan jam pada satu satu masa.
Bagi pegawai perubatan di jabatan-jabatan lain, tugasan on call tidak memerlukan mereka berlari ke sana ke mari ketika bertugas, maka mereka dibenarkan menjalankan on call dari rumah sahaja.
Maka diharap pembaca jelas dengan situasi di atas. Bayaran on call adalah sama iaitu sebanyak RM150 untuk sekali on call, tidak kira jabatan dan beban tugas yang dijalankan.
Jika Dr. A, seorang pegawai perubatan Jabatan Perubatan dan Dr. B, pegawai perubatan Jabatan Oftalmologi (Mata) bertugas pada hari tersebut, bayaran on call mereka tetap sama.
Isunya kini, adakah ia perkara terpencil? Jawabnya, tidak! Isu tidak tidur satu malam dan kelihatan keletihan pada keesokkan harinya adalah perkara biasa. Tetapi kebanyakan kami tidak menjadikannya satu isu kerana kami tahu ia adalah satu tanggungjawab.
Tetapi apabila ia dilabelkan sebagai satu perkara terpencil, bayangkanlah perasaan kecewa dan marah yang bakal timbul selepas ini.
Namun, ingin saya ketengahkan isu yang paling penting di sini. Adakah anda sebagai seorang pesakit yakin menerima rawatan daripada seorang doktor yang telah kepenatan bekerja semalaman?
Saya sendiri tidak tidur malam ketika on call di PPUM. Di PPUM sendiri, kami akan menjaga hampir lapan buah wad di dua menara berlainan ketika on call.
Bukan sahaja kami perlu berjaga tetapi kami juga perlu mempunyai stamina yang kuat untuk berlari ke sana ke mari.
Tanya sahaja mana-mana pegawai perubatan atau surgeri di PPUM atau HKL sendiri. Perkara yang sama berlaku di HTAR dan Hospital Selayang serta Hospital Serdang. Tak tahulah pula keadaannya di Pulau Pinang atau Johor Bahru.
Oleh itu, saya amat berharap pihak kementerian turun padang dan mengikuti kami bertugas on call untuk mengetahui keadaan sebenar.
Diharapkan juga pihak kementerian dapat mengeluarkan satu surat pekeliling bagi menangani isu ini dengan jelas.

DOKTOR TERPENCIL
Kuala Lumpur

Tiada masa doktor berehat=Utusan Malaysia=05/05/2009

Tiada masa doktor berehat

MERUJUK kepada jawapan Menteri Kesihatan di akhbar ini baru-baru ini berhubung isu 'Luahan rasa doktor yang penat' dan 'Tidak senyum kerana keletihan' dalam ruangan Forum akhbar ini bertarikh 1 Mei lalu, saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya sebagai seorang pegawai perubatan di salah satu hospital kerajaan di Pantai Timur.
Saya bersetuju dengan luahan Doktor Hospital Kerajaan pada 1 Mei lalu berkenaan rutin harian seorang doktor seperti kami.
Kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa perkara yang terjadi itu adalah kes terpencil adalah tidak benar sama sekali. On call adalah tugasan 24 jam, bermula dari pukul 8 pagi hari ini sehingga 8 pagi hari keesokannya.
Sekiranya hari keesokannya adalah hari bekerja, kami akan menyambung membuat tugasan rutin di dalam wad atau klinik sehingga pukul 5 petang pada hari itu. Secara lazimnya, tugasan seorang doktor yang dalam tugasan on call adalah seperti berikut (contoh di sini ialah bagi Pegawai Perubatan Latihan Siswazah atau Houseman):
l Mula bekerja seawal pukul 6.30 - 7 pagi (walaupun waktu rasmi pejabat sepatutnya bermula pukul 8 pagi) bagi penyediaan data pesakit dalam wad bagi tujuan ward round sebelum kehadiran doktor senior.
l Melakukan ward round bersama pegawai perubatan senior (medical officer) dan pakar - selalunya berlanjutan sehingga ke petang sekiranya pesakit di wad terlalu ramai seperti di wad-wad Perubatan Am.
l Menyiapkan tugasan wad yang telah diputuskan semasa ward round bersama pakar (selalunya berlanjutan sehingga selepas waktu pejabat).
Bagi yang tidak on call pada hari itu, kami hanya akan pulang selepas menyiapkan semua tugasan yang telah diputuskan semasa ward round bersama pakar.
Tetapi bagi yang dalam tugasan on call pada hari itu, kami akan terus berada di dalam wad bagi menyambung tugas-tugas kemasukan pesakit baru yang masuk ke wad selepas waktu pejabat sehinggalah pukul 8 pagi keesokan harinya.
Sekiranya ramai pesakit baru pada malam tersebut, kami perlu bersengkang mata menjaga dan merawat pesakit-pesakit baru ini, termasuklah pesakit di dalam wad yang sedia ada sekiranya terdapat masalah kepada pesakit tersebut. Kami hanya boleh berhenti berehat sekiranya kurang kemasukan pesakit baru selepas waktu pejabat atau pesakit dalam wad yang sedia ada tidak menghadapi apa-apa masalah.
l Selesai tugasan on call pukul 8 pagi, kami akan terus menyambung tugas rutin di wad atau klinik seperti biasa sehinggalah tamat waktu pejabat pada hari itu dan tugasan on call akan diteruskan oleh kawan-kawan kami secara bergilir-gilir seperti yang telah ditetapkan. Ini bermakna, bagi yang on call, kami bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang keesokan harinya secara berterusan (minimum 33 jam).
Ini adalah senario biasa bagi kami sebagai seorang doktor dan kami tidak pernah mengeluh menjalankan tugas kami.
Oleh itu, kenyataan Menteri Kesihatan bahawa setiap doktor yang on call diperuntukkan masa berehat dalam tempoh tugasannya dan doktor terbabit berhak untuk memohon berehat sehari selepas menjalankan tugasnya adalah tidak tepat sama sekali.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, cubalah memahami tugas kami ini dan janganlah hanya mengkritik sahaja.
Kita perlu bersyukur kerana Malaysia masih memiliki sistem kesihatan antara yang terbaik di dunia ini. Kepada semua doktor di negara ini, tahniah diucapkan kerana bukan semua orang sanggup dan layak menggalas tugas yang begitu berat tetapi mulia ini.
DR. KAM
Kuala Terengganu

Sunday, February 8, 2009

Isu Perkhidmatan Hospital=Utusan=24 Januari 2009=Memulih perkhidmatan hospital kerajaan

Oleh DR. IRFAN MOHAMAD
SEMINGGU dua ini begitu banyak komen dan berita yang tersiar mengaitkan layanan oleh staf-staf hospital kerajaan terutamanya doktor dan jururawat terhadap pelanggan yang mendapatkan rawatan. Baik dari masa menunggu, mahupun komunikasi kurang berkesan yang berlaku antara pesakit dan perawat.
Semuanya merupakan isu-isu yang telah lama tertera di akhbar, kadang-kadang tersensasi dengan adanya beberapa kes spesifik yang berlaku pada satu-satu masa.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pesakit berhak mendapat layanan yang sepatutnya. Gaya komunikasi yang jika kena caranya sudah cukup untuk menjadi ubat untuk menghilangkan kesengsaraan yang ditanggung.
Memang diakui sepatutnya tiada alasan yang boleh menjadikan suatu herdikan atau kemarahan seseorang petugas kesihatan itu suatu yang boleh dipertahankan. Ia sememangnya suatu kesilapan dan sewajarnya disusuli dengan permohonan maaf.
Profesion perawatan baik kedoktoran dan kejururawatan merupakan suatu yang memerlukan komitmen yang amat tinggi dalam segenap segi.
Adakalanya antisipasi seseorang yang datang untuk mendapatkan rawatan melebihi apa yang dapat diberikan. Dalam mencapai yang segalanya menginginkan situasi ideal, kekurangan di pihak perawat, walaupun bukanlah suatu alasan dalam menjustifikasikan kesilapan yang dilakukan, tetapi harus dilihat atas dasar mereka jua adalah seorang manusia biasa.
Ia tidak seharusnya dilihat sebagai suatu kanser yang sedang merebak dalam profesion itu sendiri, bahkan ia lebih berupa gigitan nyamuk pada kulit.
Jika dengan kaedah pencegahan yang baik, nescaya bilangan gigitan nyamuk ini lama-kelamaan akan berkurangan.
Dari masa ke masa, pihak kerajaan telah sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam sistem kesihatan di negara kita.
Pemberian elaun yang lebih baik, menambahkan jumlah doktor dalam pasaran hospital kerajaan, memperkenalkan ISO dan pelbagai pengukur kualiti perkhidmatan hospital adalah bertujuan untuk mencapai situasi ideal seperti yang diidamkan semua.
Adalah juga tidak adil untuk membandingkan mutu di hospital kerajaan dengan hospital swasta. Banyak faktor yang harus dilihat yang menyumbang kepada perbezaan ini termasuklah jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan jauh lebih rendah di hospital swasta, gaji dan elaun yang lebih tinggi bagi kakitangan swasta. Pihak Kementerian Kesihatan dari masa ke masa telah cuba untuk merapatkan jurang ini.
Selain faktor tekanan kerja yang adakalanya menyebabkan seorang doktor itu berkelakuan seperti seorang manusia biasa, ramai juga pesakit yang merungut tentang tempoh masa menunggu. Iltizam kerajaan untuk memendekkan masa tersebut kepada 30 minit masih lagi menjadi suatu harapan yang dikejar belum kesampaian.
Di samping faktor pesakit di hospital kerajaan yang ramai, dan faktor kekurangan bilangan doktor dinisbahkan kepada bilangan pesakit, serta komitmen doktor yang sedia ada terhadap aktiviti perawatan yang lain seperti lawatan ke wad, menguruskan kes-kes kecemasan yang tiada dalam jadual, perbincangan kes pesakit tertentu yang memerlukan penyiasatan yang lebih terperinci mungkin menyebabkan tempoh singkat rawatan pesakit yang lebih awal, menjadi lebih panjang.
Melihat dan merawat seorang pesakit lebih-lebih lagi pesakit baru adalah jauh lebih lama daripada pesakit yang ada dalam rawatan susulan. Justeru, faktor terlebih masa untuk seorang pesakit mungkin sentiasa ada pada mana-mana pesakit.
Tiada doktor yang ingin atau sengaja melewat-lewatkan konsultasi di klinik, baik waktu mula mahupun waktu akhir. Pasti ada sesuatu yang berlaku atau perlu dilakukan yang hanya organisasi jabatannya atau hanya dia dan Tuhannya yang tahu.
Mungkin ada antara kita yang tidak pernah terfikir yang begitu ramai sekali doktor yang tidak dapat makan tengah hari atau setidak-tidaknya makan tengah hari pada masanya disebabkan mereka tidak mahu pesakit menunggu.
Jauh sekali untuk mendapatkan masa yang begitu tenang untuk meneguk secawan kopi pada masa yang orang lain memanggilnya sebagai 'tea break' pada jam 10 pagi.
Bagi mereka yang lebih selesa dan berkemampuan untuk ke hospital swasta teruskanlah kerana ia juga akan menggalakkan agihan pesakit kepada jumlah doktor yang lebih luas.
Bagi yang lain, pintu hospital sentiasa terbuka menanti kedatangan anda. Kami cuba untuk memberikan yang terbaik buat semua, namun atas kudrat dan kapasiti yang ada, mungkin ada kekurangan di sini dan sana.
Kepada perawat sekalian, profesion anda adalah suatu yang dimuliakan. Teruskan khidmat bakti anda kerana anda mempunyai suatu yang amat sedikit orang memilikinya tetapi amat banyak orang yang memerlukannya.
Percayalah, anda tetap seorang doktor yang dikenang bukan sahaja hingga ke akhir hayat bahkan selepas anda meninggal dunia pun, mereka masih lagi memanggil anda sebagai doktor.

ANALISA UNDI

Apakah cara PALING BERKESAN untuk memperjuangkan isu MPH dan naik pangkat ini?

Media seperti akhbar=13 (59%)
Surat aduan ke KKM=0 (0%)
Parti politik seperti BN, PAS, PKR dll=3 (13%)
Melalui Ceupacs / SUHAKAM / BPR dll=4 (18%)
Surat aduan kepada Pak Lah=2 (9%)
Buat senyap aje.....=0 (0%)

BANYAK KOMEN SAYA TERIMA

Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi untuk melayari blog ini. Blog ini saya create supaya dapat berinteraktif dengan semua pihak terutamanya doktor-doktor di malaysia.

Banyak komen telah saya terima, ada menyokong dan tidak kurang yang membantah. Apa pun, semua itu adalah pendapat masing-masing.

Saya berpegang kepada prinsip saya dan sama ada anda setuju atau tidak, itu masalah anda. Dalam isu kenaikan pangkat, mungkin ada yang puas hati dengan kedudukan sekarang, so..... go in. Tapi siapa yang rasakan dirinya teraniaya, kita ada peluang untuk mendapatkan hak kita. Banyak caranya. Komplain adalah salah satu cara. Jika tak komplain, maka orang tidak tahu.

Junior saya, dari bahagian pengurusan, dah pun memangku 52. Saya dan rakan-rakan???? Baru confirm 44. Jika rasa puas hati dengan keadaan ini, so better senyap dan biarkan orang buat anda seperti bola. Sepak ke sana ke mari. Tapi jika merasakan hak anda diperkotak-katikkan kan, maka salah satu cara ialah KOMPLAIN dan BERI TAHU RASA TAK PUAS HATI. Kita bukan menderhaka, tetapi perlukan hak yang adil dan saksama.

TEPUK DADA, TANYA SELERA.....TAPI MACAM MANA JIKA SELERA DAH TAK ADA KERANA REZEKI DAH TIADA.....

Thursday, August 21, 2008

SM=SUMBER MENATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua rakan-rakan.

Untuk kesekian kalinya saya menulis agak panjang kali ini. Bukan kerana malas, tetapi sekadar ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada rakan-rakan yang telah berjaya mendapat pemangkuan ke UD48 dan kepada yang tidak berjaya walaupun sepatutnya berjaya, anggaplah diri telah dianiaya.

Kini, sudah jelas, siapa yang berjaya dan siapa yang tidak berjaya. Hakikatnya, sejarah tahun 2007 kini berulang kembali. Hanya segelintir sahaja yang berjaya mendapat pemangkuan ke 48 tanpa justifikasi yang jelas. Tetapi yang pasti, semua yang berjaya adalah yang memangku 44 tahun 2006 manakala yang memangku 44 tahun 2007, masih berputih mata. Justifikasi tempoh perkhidmatan, kepakaran, nilai SKT tidak digunapakai, tetapi justifikasi yang SYAITAN ILHAMKAN telah digunakan. Kepada rakan-rakan yang memangku 44 tahun 2006 tetapi tidak berjaya, rasailah nasib seperti nasib yang saya rasai.

Apapun, inilah kerja bahagian SM (saya secara PERSONAL memanggil SUMBER MENATANG bukan SUMBER MANUSIA). Kerja mereka jelas menunjukkan meraka sebenarnya TIDAK BUAT KERJA dan MAKAN GAJI BUTA. Tak apalah, yang pasti, Tuhan Maha Besar.

Seperti yang saya jangkakan juga, tawaran keluar secara individu dan senarai adalah sulit, lebih sulit dari dalam pakaian mereka. Alasan???? SULIT.......

Dan kini jugalah, seperti saya jangkakan, suara kita semua sudah mula mengecil. Tiada lagi ngauman, tiada lagi protes, tiada lagi suara-suara mendesak, tiada lagi emel-emel, tiada lagi pandangan peribadi kerana rakan-rakan yang telah berjaya pastinya mula sibuk dengan tugas baru, memangku gred baru yang lebih tinggi dan sebagainya. Yang tinggal hanyalah segelintir yang ketinggalan dan teraniaya, menunggu hak yang tidak pasti bila akan diperolehi. Sesungguhnya rezeki itu adalah ditentukan oleh Tuhan bukannnya SM (Sumber Menatang).

Kini, sebagai mekanisma mengurangkan tekanan, saya mengambil beberapa langkah dan terpulanglah kepada rakan-rakan untuk mempraktikkan seperti yang saya sebagai seorang pegawai perubatan, diiktiraf sebagai pakar melebihi 4 tahun dan telah bertugas lebih 13 tahun, mula praktikkan. Sebagai seorang pegawai yang kini tiada motivasi, tetapi masih bertanggungjawab dengan Tuhan kerana bekerja makan gaji, saya akan pastikan gaji yang saya terima adalah mengikut hak dan tugas saya tanpa sedikit pun mendapat pendapatan yang boleh dianggap gaji buta. Saya masih mengamalkan sikap memastikan pendapatan dari kerajaan adalah pendapatan yang halal......

Kini, saya masih di tangga gaji 41, memangku 44, maka langkah berikut akan saya amalkan berkuat-kuasa serta-merta sebagai mengurang dan mengubat kekecewaan.

1) Memastikan semua tugas, kerja dan tanggungjawab adalah yang diperuntukkan untuk pegawai gred 41 memangku 44. Tiada lagi ”hard working” atau ”extra working” yang akan saya amalkan. Saya akan masuk kerja jam 8.30 pagi dan balik jam 5.30 petang walaupun kerja masih belum siap kerana saya masih mempunyai masa kerja untuk hari berikutnya.

2) Tiada lagi kerja pejabat akan saya bawa pulang ke rumah. Kerja pejabat hanya untuk di pejabat dan di rumah, saya akan peruntukkan masa saya sepenuhnya untuk anak, isteri dan keluarga saya. Sekiranya pegawai atasan bertanya, saya akan pastikan jawapan saya memuaskan beliau iaitu ”saya sudah berusaha menyiapkan kerja tersebut, tetapi kerana kesuntukan masa, maka kerja tersebut akan saya siapkan di waktu kerja berikutnya”.... Harap mereka memahami dan sekiranya mereka masih tidak memahami, maka jawapan saya ialah ”janganlah jangkakan pegawai gred 41 memangku 44, tidak dinaikkan pangkat walaupun layak, dapat menyiapkan semua kerja yang diberi”......

3) Saya akan pastikan semua hak dan kelayakan digunakan sepenuhnya dan secara halal. Tiada ponteng kerja walaupun saya tidak pernah ponteng kerja, tetapi cuti gantian, masa rehat, cuti-cuti lain serta kelayakan-kelayakan lain seperti ”traveling day, off day” dan sebagainya digunakan sepenuhnya 100% kerana sebelum ini, saya tidak pernah mengambil tindakan serius terhadap perkara ini. Inilah silap saya dan kini saya belajar dari kesilapan.

4) Tiada lagi tindakan seperti sanggup menjalankan tugas itu dan ini secara sukarela kecuali diarahkan. Tiada lagi tindakan ”mahu tunjuk rajin” dengan menerima ugas itu dan ini seperti yang ditawarkan oleh pegawai-pegawai atasan.

5) Saya akan pastikan tugas jabatan tidak memberi tekanan kepada saya dari segi masa dan tenaga. Sekiranya ada pihak yang memerlukan bantuan saya bagi kepentingan jabatan, maka akan dipastikan ianya tidak mendatangkan beban kepada saya. Contohnya, tiada lagi persetujuan untuk hadir memberi komitmen pada hari cuti kecuali atas kehendak saya sendiri dan dipastikan gantian masa yang sepatutnya untuk keluarga dan diri sendiri mendapat ganti. Tiada lagi input seperti ceramah dan sebagainya secara percuma kecuali mendapat hak dan ganjaran seperti yang diarahkan dalam pekeliling mengenai bayaran untuk penceramah dan sebagainya. Sekiranya tidak layak menuntut, pastikan ianya dijalankan sebagai tugas rasmi di waktu pejabat.

6) Saya juga akan memastikan keperluan dan kebenaran menghadiri majlis-majlis tertentu seperti majlis pelancaran, kursus dan seminar adalah selaras dengan keperluan pembentukkan modal insan. Tiada lagi keperluan menghadiri program yang dirasakan tidak mendatangkan kepentingan kepada jabatan dan diri sendiri. Kehadiran ke mesyuarat yang dirasakan tidak berkaitan dengan fungsi dan tugas seperti yang telah dimeterai dalam fail meja tidak lagi akan dihadiri kerana ia akan merugikan jabatan sendiri. Kehadiran ke kursus dan seminar adalah sebagai menjana dan menambah pengetahuan dan kepakaran supaya dapat berfungsi lebih baik sebagai pegawai gred 41 memangku 44 untuk jabatan. Tuntutan walau sekecil mana sekalipun perlu dituntut seperti tuntutan meletak kereta, bayaran cukai perkhidmatan dan tax penginapan hotel dan sebagainya kerana kita telah diarahkan oleh bahagian yang ”menganiaya” kita untuk membuat tuntutan.

Sesungguhnya saya menganggap penganiayaan ini sebagai satu hikmah kepada diri saya. Sekurang-kurangnya, saya tidak akan ditekan oleh pegawai atasan yang menyedari hakikat penganiayaan ini. Saya masih menganggap tugas, tanggungjawab dan keperluan kehadiran saya di jabatan masih relevan dan saya tidak risau sekiranya sesuatu tugas dan tanggungjawab itu gagal dilaksanakan kerana itulah realitinya keadaan pegawai yang dianiaya membalas kembali kepada pihak yang menganiaya.

Sesungguhnya, sekiranya itu adalah hak saya dan dirampas dengan tidak adil dan penganiayaan, maka tidaklah akan saya halalkan. Saya berdoa kehadrat Tuhan agar membalas penganiayaan ini.

Terima kasih.

Thursday, July 3, 2008

Isu MPH=Berita=4 Julai 2008=Tiada pegawai perubatan disahkan dalam gred UD44

JAWAPAN Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan bertajuk 'Masalah pegawai perubatan diteliti' yang disiarkan di dalam ruangan ini, pada 19 Jun lalu menarik perhatian saya untuk mengulasnya. Sebagai pegawai perubatan, jawapan seperti itu hanya untuk menyedapkan hati kami yang sejak sekian lama menuntut keadilan, terutama bagi kenaikan pangkat. Jawapan itu tidak meyakinkan apabila secara realiti proses kenaikan pangkat adalah terlalu perlahan, malah tiada pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan disahkan dalam gred UD44 sejak enam tahun lalu. Iklan kenaikan pangkat dikeluarkan pada 2004 dan surat pemangkuan hanya dikeluarkan pada 2006 dan sehingga sekarang tidak ada pegawai perubatan disahkan dalam gred UD44 kecuali Pakar Perubatan yang terus dinaikkan pangkat ke gred UD48. Mengapakah perlu ambil lebih empat tahun hanya untuk proses kenaikan pangkat. Harap maklum, kebanyakan pegawai perubatan ini sudah berkhidmat lebih lapan tahun dan ada yang berkhidmat 16 tahun dengan penuh dedikasi dan setia. Pada hal ada pegawai tadbir yang dinaikkan pangkat ke gred 48 walaupun hanya empat tahun berkhidmat. Alasan jumlah pegawai perubatan terlalu ramai untuk diproses adalah tidak munasabah. Walaupun beberapa langkah diambil untuk mengatasi kekurangan pegawai perubatan di sektor kerajaan, perkara beginilah yang menyebabkan rasa tidak puas hati untuk terus berkhidmat di Kementerian Kesihatan. Pegawai perubatan perlulah diberi dorongan untuk sambung berkhidmat dengan kerajaan untuk mengatasi kekurangan yang agak ketara. Kebanyakan pegawai perubatan sudah muak untuk merujuk ke Unit Naik Pangkat, Bahagian Sumber Manusia kerana yang diberikan adalah janji kosong dan menyakitkan hati. Mereka sering kali tidak telus dan sentiasa cuba untuk meletakkan kesalahan di atas bahu pihak lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau bahagian lain di kementerian. Amalan 'tidak penyayang' dan tidak profesional seperti ini sepatutnya tidak wujud di Kementerian Kesihatan. Sebagai contoh, pada awal 2007, bahagian itu pernah menguruskan kenaikan pangkat melangkaui gred dari gred UD41 ke UD48 secara tidak adil kerana tiada kriteria pemilihan yang jelas dan ramai yang layak tidak tersenarai manakala ramai yang tidak layak tersenarai. Seperti yang dijangkakan pegawai di bahagian itu menyalahkan JPA dan Lembaga Naik Pangkat, sedangkan mereka tidak rasa bersalah. Bila diajukan kriteria yang diguna pakai, mereka tidak telus dan tidak dapat menjawab sehingga kini. Begitu juga masalah yang dihadapi pegawai perubatan gred UD41 yang belum disahkan ke jawatan gred UD44 walaupun memangku sejak Jun 2006. Kami juga dimaklumkan pegawai perubatan yang berkhidmat sejak 1999 atau sebelumnya akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke UD48, namun ia hanyalah janji manis yang diberikan. Secara ikhlas kami berharap Menteri Kesihatan dapat melihat masalah yang kami hadapi sekarang dan jangan hanya mendapat maklum balas daripada Bahagian Sumber Manusia, sebaliknya dapat mengadakan pertemuan terus dengan kami supaya semua masalah dapat diselesaikan. Jangan biarkan kami saja menghayati dan mengamalkan budaya korporat KKM iaitu penyayang, kerja berpasukan dan profesional, sedangkan pihak lain seolah-olah lupa pada budaya berkenaan.

DOKTOR UD41 SAKIT, Puchong, Selangor.

Tuesday, July 1, 2008

Analisa komen blog saya....

Berikut adalah maklumbalas yang saya terima berkenaan blog ini:

Soalan : Apakah komen anda tentang blog saya?

Jawapan : Jumlah undi diterima sehingga undian ditutup pada 30 Jun 2008 ialah 9 undi

Amat berfaedah = 8 undi
Ok lah, membantu = 1 undi
Biasa aje = 0 undi
Tak membantu langsung = 0 undi

Tapi ada sorang mamat ni, dia bagi komen macam ni.....

Nak tau kenapa anda tak layak dapat elaun pakar macam pakar klinikal? senang saja:
1. tugas anda hanyalah dipenuhi dengan meeting yg tak berfaedah yg sengaja diada-adakan.
2. tugas-tugas pentadbiran yg anda lakukan boleh dijalankan oleh bukan doktor pun.
3. kerja anda hanyalah meminta report dr pakar klinikal.
4. wabak penyakit berluasa...so anda tak buat kerja.
5. yang paling penting sekali...anda tidak menjalankan tugas doktor, hanya menulis dan bercakap.
6. promosi & pencegahan penyakit yang saudra kata pakar...tak berkesan.
7. claim on-call buta saja bulan2.
So sapa kata anda layak?

cc
(Anonymous)


Tak apa lah, at least dia bagi juga komen dia....saya happy je....

Monday, June 30, 2008

Isu MPH=Berita=1 Julai 2008=Jawapan isu jawatan pakar perubatan tak memuaskan

SAYA ingin merujuk kepada jawapan Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan, Mohd Sabri Abdullah berkaitan perjawatan bagi pakar kesihatan yang disiarkan dalam ruangan ini, baru-baru ini. Jawapan yang diberikan itu tidak dapat meleraikan kemelut dan penantian kami selama ini. Saya masih berprasangka ada pihak tertentu tidak nampak atau sengaja buat tidak nampak fungsi Pakar Perubatan Kesihatan Awam (PPKA). Saya mahu berkongsi pengalaman sebagai Penolong Pengarah Kawalan Penyakit Tibi di Jabatan Kesihatan Negeri agar semua pihak memahaminya termasuk Menteri Kesihatan, ketua setiausaha dan ketua pengarah kesihatan. Bilangan kes pesakit tibi adalah antara tertinggi di kalangan penyakit berjangkit yang lain di negara ini (lebih 16,000 kes tibi baru di Malaysia pada 2006). Antara petunjuk dalam Matlamat Pembangunan Alaf Baru (MDG) ialah untuk mengurangkan kadar kematian disebabkan tibi. Sasaran utama di dalam Rancangan Kawalan Tibi Kebangsaan (selaras dengan WHO) adalah bagi mengesan awal dan merawat awal penyakit itu. Ia dilakukan melalui usaha memperkasakan anggota kesihatan, pendidikan kesihatan kepada masyarakat, meningkatkan kadar saringan di jabatan pesakit luar, mengadakan siri latihan kepada anggota, lawatan pemantauan ke hospital dan juga klinik kesihatan dan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.
Umumnya, masyarakat maklum mengenai wad tibi beberapa tahun lalu dimansuhkan dan kepada siapakah tanggungjawab memantau rawatan pesakit tibi ini diberi? Jawapannya adalah kepada kami yang setiap hari berusaha dengan anggota di bahagian kesihatan lain memastikan pesakit tibi menerima rawatan setiap hari untuk dua bulan dan dua kali seminggu selama sekurang-kurangnya empat bulan. Kami bertanggungjawab memastikan pesakit tibi yang cicir rawatan dikesan dan dipujuk semula untuk menyambung rawatan. Setiap kes tibi yang meninggal dunia perlu dijalankan audit kematian bagi mengenal pasti faktor berkaitan dan seterusnya langkah tambah baik dapat dilakukan. Pendeknya bermula dari setiap kes tibi didiagnosis sehingga kepada tamatnya rawatan dipantau oleh kami. Memandangkan kuman tibi berjangkit melalui udara, setiap kes akan dipastikan hubungannya (orang yang tinggal bersama) dikesan dan diperiksa.
Saya jangka tanpa tindakan atau aktiviti terbabit, sudah pasti hospital tidak mampu merawat semua pesakit tibi dan kadar kematian berkaitan tibi akan meningkat disebabkan kelewatan diagnosis dan rawatan. Tanpa peranan dan komitmen PPKA, mampukah negara setanding dengan negara lain dalam memerangi tibi? Saya sebenarnya bangga dan bersyukur dengan kepakaran saya dalam kesihatan awam ini yang membolehkan saya berhubung rapat dengan masyarakat dan meningkatkan mutu kesihatan rakyat. Namun, saya amat terkilan dan sedih dengan kegagalan Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam di atas diskriminasi yang cuba menyamakan kepakaran kami dengan kepakaran lain. Marilah kita sama-sama bertindak secara profesional dalam menjalankan proses kenaikan pangkat segolongan skim, janganlah mencantas hak orang lain sehingga kami yang berkhidmat lebih 11 tahun dan memiliki kepakaran dalam kesihatan awam masih pada tahap UD 41 (hampir 100 orang Pakar Perubatan Kesihatan Awam masih di Gred UD41). Jawapan yang diberikan Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan yang menyatakan mereka sedang aktif bertindak bagi mengatasinya adalah jawapan dan retorik yang lama berkumandang, terutama pegawai yang bertugas di Bahagian Naik Pangkat Golongan Profesional. Sudah tiba masanya, Menteri Kesihatan menyelidik secara terus masalah ini (berbincang dengan Pakar Perubatan Kesihatan Awam) kerana tiada pegawai atasan yang memahami dan dapat membantu memperjuangkan hak kami.

PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM, Kota Bharu, Kelantan.

Saturday, June 28, 2008

Lagi cadangan membina

Mohon sesiapa counter balik Jawapan SM dalam Berita Harian 19 Jun....kita tak nak orang yang sama je hantar.....isi yang dicadangkan:
1. Isu utama bukan elaun pakar, tetapi kelewatan naik pangkat. Kenapa pelaksanaan tidak sama dengan buku "carrer development" terbitan Sumber Manusia, KKM, ms 36. Malah kenaikan pangkat lebih teruk daripada skim lain.
2. Kenapa proses pengesahan jawatan terlalu lambat sehingga melebihi 2 tahun. Akibatnya PTK tidak boleh ambik. Adakah Sumber Manusia Tidak Cekap (lembab). Kenapa masih lagig "dalam tindakan aktif".
3. Dalam jawapan tu, SM ada kata "sentiasa hubungi sumber manusia untuk mengtahui status kenaikan pangkat"...kita kena counter balik jawapan bullshit ni..........jawapan merangkumi: memang tulah yang kita buat selama ini tetapi jawapan-jawapan yang diberikan "bullshit", pegawai pulak kurang "lidah bercabang".....

SAYA CADANGKAN ADA BEBERAPA SALURAN YANG BOLEH DIAMBIL SEKARANG....
1)AKHBAR. BERITA HARIAN PALING BAGUS. UTUSAN TU TAK PAYAH BELI LA COZ DEPA TAK PERNAH PUN PUBLISH ISU NI. PATUT LA ADA CADANGAN BOIKOT AKHBAR UTUSAN MALAYSIA.
2)CEUPACS
3)SUHAKAM
4)PAKATAN RAKYAT
5)SURAT KEPADA PERDANA MENTERI
6)BLOG....MACAM I BUAT NI LA..... TOLONG LA PAKAT UNDI....
7)ADUAN KEPADA JPA
8)TEAM WORK YANG BERGERAK DI KKM PUTRAJAYA UNTUK JUMPA BOS ITU DAN INI
9)IKUT LA APA-APA CARA PUN........

Cadangan geng kita juga

Dear all,
I dah kata awal-awal lagi dulu...kita semakin menempuh jalan buntu pula.....Macam mana kalau kita ramai-ramai berpiket / berkumpul / berkerumun sambil-sambil tu kita buat sesi press di pejabat menteri, pejabat JPA, pejabat BSM atau mana-mana yang difikirkan terbaik. Kalau buat ramai-ramai tak kan lah they all nak ambil tindakan untuk semua kita..... lagi pun they all sekarang ni tengah tergugat dengan pembangkang.....if we do not change, who else?????????? We are toooooo slow in our reaction .... or 'lembut' or 'lembik' or 'penakut'... yang menyebabkan urusan kenaikan pangkat atau karier developement kita dimanipulasi oleh golongan PTD yang tak profesional (SPM, SRP borderline!!!!!)...now is time untuk sedar, bangkit, do something yang berkesan, tunjukkan 'kejantanan' MPH...
Regards.....


Would someone be able to reply to the Berita Harian letter written by Unit Perhubungan Awam urgently - Bhg. Sumber Manusia shouldn't think that they have managed to silence us. It is not only the the UD41/44 group who are affected but apparently up to the UD54 group - and all these promotions have been handled by M....... (and she has been rewarded for her incompetency by being promoted to M48 even though she is only 4 years in service). I have spoken to the SUSK and he has asked for more time as the Minister is busy with the parliament sessions. We will wait until when?. In the mean time, can someone who is good in writing, please reply to berita harian.
Regards.....

Friday, June 27, 2008

Isu MPH=Berita=23 Jun 2008=Pakar kesihatan awam dianak tiri

Pakar kesihatan awam dianak tiri

TERIMA kasih kepada jawapan yang diberikan pihak Sumber Manusia Kementerian Kesihatan dalam ruangan ini, 19 Jun lalu. Namun, persoalan yang ditimbulkan masih tidak terjawab berhubung kenaikan pangkat. Kami ingin mengetahui mengapa kenaikan pangkat Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang mengambil pengajian Sarjana Perubatan selama empat tahun tidak secara automatik kepada Gred UD48. Ada di antara kami yang lulus sarjana pada 2004 masih pada gred hakiki UD41. Pegawai Perubatan lain yang tidak mengambil apa-apa kursus Sarjana nampaknya menikmati kenaikan pangkat lebih baik daripada kami.
Lebih teruk sekiranya dibandingkan pegawai tadbir diplomatik yang tanpa ijazah Sarjana dan hanya bekerja selama empat hingga lima tahun sudah naik ke Gred M48. Alasan yang diberikan pihak Sumber Manusia bahawa tiada penyisihan dalam mana-mana skim perkhidmatan hanya kata-kata manis dan bersifat retorik kerana kerap kali surat kenaikan pangkat berbunyi seperti berikut 'Tawaran Kenaikan Pangkat Pakar Perubatan (Pelbagai Disiplin) U41 ke U48 kecuali Pakar Kesihatan Awam'. Perkataan kecuali di sini adalah satu bentuk penyisihan secara formal. Jawapan yang diberikan berhubung perbezaan elaun kepakaran adalah disebabkan bidang tugas berbeza. Di sini kami ingin menekankan bahawa sememangnya ia berbeza. Seperti pakar kanak-kanak dan pakar patologi juga mempunyai tugas berbeza. Bagi pakar kesihatan awam, pesakit kami adalah masyarakat. Kejadian sesuatu wabak adalah sesuatu yang begitu mencabar profesion kami dari segi tindakan kawalan dan menyiasat punca wabak. Masa yang kami habiskan seperti doktor pakar perubatan yang 'on call' atau seorang pakar bedah yang membedah pesakit dalam dewan bedah melebihi lapan jam.
Harus diingat, apabila wabak serius berlaku, kami akan bekerja siang dan malam di bilik gerakan dan di lapangan untuk menghalang sesuatu wabak daripada merebak. Kejadian keracunan di sekolah yang semakin menjadi-jadi sekarang adalah satu lagi masalah kesihatan awam. Sahabat kami di daerah, terpaksa turun padang dan menutup premis dapur atau kantin sekolah setiap kali keracunan makanan terjadi. Kami juga berperanan dalam menjalankan tugas seperti penguatkuasaan. Sekiranya pemeriksaan premis makanan dilakukan dan penutupan harus dilakukan, maka tindakan penyitaan ini dilakukan oleh kami yang mempunyai kuasa dan kadang-kadang terpaksa berdepan pelbagai risiko. Jadi, di mana rasionalnya perbezaan elaun kepakaran ini? Di sini kami ingin menekankan bahawa kami bukan hanya berada di pejabat membuat pengurusan mengenai kakitangan, perbelanjaan, aduan awam (yang juga bukan tugas mudah) tetapi juga menjalankan tugas lain dan memantau perkhidmatan rawatan dan rehabilitasi pada peringkat klinik kesihatan.


DOKTOR PAKAR, Kelantan.

YANG INI ADALAH FULL VERSION BEFORE EDITED BY AKHBAR:SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN KESIHATAN: JAWAPAN BASI LAGI

Terima kasih kepada Jawapan yang telah diberikan oleh Sumber Manusia Kementerian Kesihatan di dalam ruangan ini pada 19 hb Jun 2008. Namun, persoalan yang ditimbulkan masih lagi tidak terjawab. Kami ingin mengetahui mengapakah kenaikan pangkat Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang telah mengambil pengajian sarjana/master perubatan selama 4 tahun tidak seperti pakar perubatan yang lain yang secara automatiknya selepas proses perwartaan akan mendapat gred UD48. Ada di antara kami yang telah lulus sarjana pada tahun 2004 masih lagi digred hakiki UD41!. Pegawai Perubatan lain yang tidak mengambil apa-apa kursus sarjana/ master nampaknya mempunyai kenaikan pangkat yang lebih baik dari kami. Lebih teruk sekiranya dibandingkan dengan pegawai pentadbiran di mana tanpa ijazah sarjana dan hanya bekerja selama 4-5 tahun sudah naik ke gred M48. Alasan yang diberikan oleh Sumber Manusia bahawa tiada penyisihan dalam mana-mana skim perkhidmatan juga hanya kata-kata manis dan bersifat retorik semata-mata kerana kerapkali surat kenaikan pangkat berbunyi seperti berikut ”Tawaran Kenaikan Pangkat Pakar Perubatan (Pelbagai Disiplin) U41 ke U48 kecuali Pakar Kesihatan Awam”. Adanya perkataan KECUALI di sini adalah merupakan satu bentuk penyisihan secara formal.
Jawapan yang diberikan oleh Sumber Manusia tentang perbezaan elaun kepakaran adalah disebabkan bidang tugas yang berbeza. Di sini kami ingin menekankan bahawa sememangnya ia berbeza. Seperti juga Pakar Kanak-kanak dan Pakar Patologi juga mempunyai tugas yang berbeza. Kami, Pakar Kesihatan Awam, pesakit kami adalah masyarakat. Kejadian sesuatu wabak adalah merupakan sesuatu yang begitu mencabar profesion kami dari segi tindakan kawalan dan menyiasat punca wabak. Masa yang kami habiskan adalah sebagaimana seorang doktor pakar perubatan yang ’on call’ atau seorang pakar bedah yang membedah pesakit dalam dewan bedah melebih 8 jam. Kerana apabila wabak yang serius berlaku, kami akan bekerja siang malam di bilik gerakan dan di lapangan untuk menghalang sesuatu wabak dari menjadi tidak terkawal. Sahabat kami di bahagian vektor contohnya, terpaksa berkampung di sesuatu lokaliti atau tempat untuk memastikan aktiviti kawalan mitigasi dan preventif berjalan dengan sepenuhnya. Sekiranya tindakan kawalan yang tidak berkesan, sudah pasti lebih ramai pesakit akan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital dan seterusnya meningkatkan beban kerja rakan-rakan kami yang bekerja di hospital. Kejadian keracunan di sekolah-sekolah yang semakin menjadi-jadi sekarang ini juga merupakan satu lagi masalah kesihatan awam yang berlaku. Sahabat kami di daerah, terpaksa turun padang dan menutup premis dapur atau kantin sekolah setiap kali keracunan makanan terjadi. Kami juga berperanan dalam menjalan tugas seperti penguatkuasaan. Sekiranya pemeriksaan premis makanan dilakukan dan penutupan harus dilakukan, maka tindakan penyitaan ini dilakukan oleh kami yang mempunyai kuasa dan kadang-kadang terpaksa berdepan dengan risiko seperti kecederaan dan ugutan oleh segelintir pemilik premis yang engkar. Jadi, di mana rasionalnya perbezaan elaun kepakaran ini?
Di sini Kami ingin menekankan bahawa kami bukan hanya berada di pejabat membuat pengurusan tentang kakitangan, perbelanjaan, aduan awam (yang juga merupakan bukan tugas mudah) tetapi juga menjalankan ’community diagnosis’, ”promotion”, ”preventive and mitigative actions”, ”infectious disease surveillance” dan memantau perkhidmatan rawatan dan rehabilitasi di peringkat klinik kesihatan seperti perkhidmatan pesakit luar, kecemasan dan perkhidmatan ibu dan kanak-kanak.
Untuk menyelesaikan kemelut ini, sudah tiba masanya pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (termasuk Ketua Pengarah Kesihatan), Jabatan Perkhidmatan Awam, Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti tempatan, SUHAKAM, CUEPACS dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak, untuk bersama-sama berbincang dan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang kedudukan Pakar Kesihatan Awam ini yang tidak mendapat pengiktirafan selayaknya dan nampaknya seperti tidak akan berkesudahan ini. Janganlah kerana pengalaman pada masa lalu, kami generasi baru dalam ’Public Health’ ini turut dijadikan mangsa. Sama-samalah kita berusaha agar kepentingan rakyat atau Masyarakat Umum (Public Health) untuk mendapat status kesihatan yang cemerlang tidak tergugat semata-mata kemelut yang berlaku ini. Rakyat berhak untuk tidak terdedah kepada risiko penyakit berjangkit (seperti denggi dan malaria) dan berhak untuk menerima perkhidmatan yang berkesan dalam pengurusan penyakit tidak berjangkit (seperti kencing manis dan darah tinggi) yang mana merupakan antara tugas teras kami.
SEKIAN.

Dr.Public Health Physician.

Beberapa Pandangan Dari Geng Kita

I just heard that Medical Development Division has met up with the HRD to allow us to use our CPD for our PTK3 to enable us to get promoted. Everyone should ensure that you have at least 40 CPD points till July which will cover for PTK3 -khusus. While for PTK3 UMUM - we will be given assignment to complete. This will help us to get PTK3 and hence help with our promotion.
In the meantime, for those who are not gazetted, I would encourage everyone to work on your gazettement. Apparently, for the clinical specialists, their UD48 promotion is backdated to the date of gazettement. If they should apply the same criteria, then we will be prepared.


I think one of the issue we need to bring up is that why is it only for doctors, they need a masters or become a specialist before they can be promoted faster. While for other professionals, e.g. pharmacists, engineers, PTDs, biochemists, etc. are on fast promotion even though they don't have any second degree. This is inspite of assurance given that doctors are promoted faster. It appears that the doctors have the slowest promotion in the civil services as it is the only professional service which still doesn't have confirmed UD44. While for engineers, pharmacists, optometrist (BSM iklan) - they are already processing promotion from gred 44 to 48.

Regards....

Dr Rosmah's article have been answered in BH today by Dr Rosnah , Pengarah JKN Pahang. I'm sure the text of the answer which is very stupid had been prepared by a brainless PTD officer in JKN Pahang. The most bloody stupid word that I can quot is "sedang mengemaskini".
The most appropriate person who suppose to answer the Dr Rosmah's article is actually SUB Sumber Manusia or JPA, not Dr Rosnah.


ASM n Salam Sejahtera Semua,
Melihat kepada halatuju perbincangan, terlampau banyak yang ingin saya ulas. Terlebih dahulu pohon maaf jika idea saya ini sedikit kontra. Namun saya ringkaskan dahulu kepada 2 isu.
1. Isu pertama: Urusan Pengisian jawatan UD48 Hakikatnya kali terakhir secara rasminya tawaran pengisian jawatan U48 ialah pada tahun 2003 bagi kategori pegawai perubatan (bukan pakar klinikal). Selepas itu pelbagai cara n kaedah digunakan oleh pelbagai individu atau jawatan atau jabatan dalam pengisian jawatan U48. Dalam kita memaki hamun dan menyalahkan pihak Sumber Manusia KKM, kita juga kena melihat di luar dari Sumber Manusia KKM yang juga menyumbangkan kepada kecelaruan makluman urusan kenaikan pangkat. Ada yang memohon dengan mengisi borang kenaikan pangkat atau pemangkuan dan menghantarnya samada secara rasmi melalui ketua jabatan masing2 atau ada juga yang mungkin hanya menulis melalui saluran tertentu, SEDANGKAN TIADA TAWARAN ATAU IKLAN PEMBERITAHUAN RASMI DIKELUARKAN menyatakan ada proses kenaikan pangkat. Selepas itu membuat pula susulan dan pertanyaan kepada pihak Sumber Manusia KKM adakah proses telah dibuat. Ada juga melalui ketua jabatan, menghantar surat kepada KSU memohon kenaikan secara khas. Ada juga samada TPKN di negeri atau di mana jua atau siapa jua, yang menghantar rekomendasi untuk kenaikan pangkat dengan saluran tertentu bagi pegawai tertentu dan selepas itu membuat pula susulan pelbagai pertanyaan kepada pihak Sumber Manusia KKM. Tak perlu disebut kecelaruan yang dicetus pula oleh pihak Sumber Manusia KKM yang mengunakan pelbagai kaedah untuk memohon senarai nama yang entah datang dari mana sumbernya yang mengakibatkan kecelaruan dan ketidakadilan pegawai perubatan yang sepatutnya telah pun berada di gred UD 48 sekarang, sehingga menghasilkan pemangkuan jawatan UD 48 dari UD41 secara sulit pada tahun 2007 Apa yang saya ingin ketengahkan dalam isu pertama di atas ialah dalam kita asyik menyalahkan Sumber Manusia KKM, sebahagian kesalahan juga juga disumbangkan dari bawah dan oleh pelbagai pihak. Tidak perlu disebut peranan Unit Kualiti JKA yang sudah pasti ada pemberat dalam keadaan sekarang ini. Tetapi isu pertama ini juga kalau cuba difahami masih tidak menyelesaikan masalah dan isu utama kita. Semuanya telah berlaku. So, apakah isu kita.

2. Isu kedua: Apakah isu yang ingin kita perjuangkan? Dalam kita memperjuangkan isu kita, problem statement kita juga kena bersesuaian kerana jangan berperang kalau tahu kita akan kalah. Kalau kita cuba menyakinkan orang luar bahawa terdapat â€Å“sekumpulan Pakar Kesihatan Awam masih berada di Gred UD 41, sudah tentu sukar untuk sesiapa juga (samada KSU, DG , Perdana menteri, Parlimen, Dewan Negara atau sesiapa juga) akan simpati selagi Bidang Public Health tidak visible dan selagi Public Health Specialist masih kelihatan tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Why? Anyone know the mess. Maka isu yang lebih meyakinkan (buat masa ini.....saya ulangai buat masa ini) ialah dengan menimbulkan isu berlaku ketidakadilan kerana sekumpulan pegawai perubatan yang senior dalam perkhidmatan masih berada di gred UD 41 berbanding sekumpulan pegawai perubatan junior yang telah pun berada di gred UD 48 samada secara hakiki atau pun secara pemangkuan. Problem statement sedemikian lebih mudah untuk difahami oleh orang yang berkecuali. Kemudian barulah dimasukkkan perkara2 bonus seperti kumpulan MO yang tertindas ini dah pun ada kepakaran MPH, ada buat research paper, menyumbangkan kepada garispanduan pengurusan penyakit samada di KKM atau di negeri dan sebagainya; kalau nak dibandingkan dengan mereka MO yang di Gred UD 48, tapi bukan MPH. Tetapi problem statement sahaja tidak mencukupi. Problem statement sekumpulan Pakar Kesihatan Awam masih berada di Gred UD41 perlu disokong dengan data siapa MO senior masih digred UD41 secara hakiki dan siapa yang junior telah berada di gred UD48 samada secara hakiki atau memangku. Maka perlulah ada senarai nama siapa yang junior tapi dahpun UD 48 dan siapa yang senior tapi masih UD 41. Benda ni kena ada (siapa, jawatan, di mana bertugas dan tahun dilantik). Tetapi consensus juga perlu dibuat siapakah yang dikategorikan junior; siapa senior dalam perkhidmatan? Berapa tahun dalam perkhidmtana yang kita semua perlu persetujui dalam melabelkan keadilan kepada semua. Selepas ini semua ada, barulah sesuai kita nak buat apa juga tindakan atau perjumpaan ataupun surat layang kepada BPR ke pasal penyalahgunaan kuasa dalam kenaikan pangkat, atau dibawa ke soalan-soalan lisan atau bertulis dalam parlimen ke atau memo kepada PM dan sebagainya. Kalu setakat kita sembang penindasan terhadap kumpulan kita tanpa MEMBANDINGKAN kumpulan yang telah pun berada di UD 48 secara objektif, susah la. Of course isu seterusnya. WHO WILL LEAD?

Dear all,
I think we shouldn't give up. We have always brought this up to the DG but to no avail. If we bring this up to the KSU, might help but I think he depends too much on DG for matters related to doctors. If we bring this up to the Minister, then at least he can put some pressure on DG and KSU.
I think the best alternative is still the Minister. Since he is still new, he may want to fight for the doctors. The MOH has been saying the promotion for the doctors will be hastened, but what we see is that the promotion for doctors is the slowest compared to all other profession - and if we can bring this matter ot him, I am sure he will act!
I will bring this matter to the SCHOMOS president too to bring this matter to the minister as they may be unaware.
I am not in favour of condemning the PTDs because whether we like it or now we have to live with them. Fighting them may not help because JPA may be obliged to listen to them rather than us.
By the way, has anyone met Pn. Sabariah recently - and what was her response?

Monday, June 23, 2008

Star=30 May 2008

Acute shortage of doctors in Sarawak

By Stephen Then

KUCHING: Sarawak wants the Health Ministry to quickly resolve the acute shortage of medical officers and specialists in its hospitals.
Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud said that of the 1,334 medical officers' posts, only 510 or 38.2% had been filled.
He said about 90 of the 510 medical officers were housemen.
“The situation in health clinics is even more dire as only 22.2% of the 373 medical officers’ posts are filled.
“This severe shortage, if left uncorrected, will adversely affect the quality of healthcare services in the state,” he added when opening the 48th Malaysian Medical Association annual general meeting Santubong near here.
On the shortage of specialists, Taib said of the 175 such posts in the Sarawak General Hospital here, Sibu, Miri and Bintulu hospitals, 135 or 77.5% had been filled.
He said specialist posts should also be created for other larger divisional hospitals like in Sri Aman, Sarikei and Kapit.
“I appeal to the ministry to fill the vacant posts (specialist and medical officers) as soon as possible so that our people can enjoy better healthcare.”
Taib said only about 70% of the state’s 2.3 million people had access to hospitals and clinics, compared to 95% in the peninsula.
He said the high immunisation coverage in remote areas was largely maintained through the flying doctor service.
Taib said 2,000 village health officials had been trained to provide basic healthcare to 300,000 villagers in nearly 1,800 rural settlements throughout the state.

Star=29 Mei 2008

Chances of local docs not compromised

I REFER to the letter by Another Doctor “Unfair Practice For Malaysian Doctors” (The Star, May 26).
To further improve the health services provided by the Government, one of the initiatives taken by the Health Ministry is to increase the number of doctors working with the MOH.
Among the major steps taken is the engagement of experienced foreign medical officers. The MOH affirmed that only medical officers from recognised universities are accepted to work as contract officers in line with the requirements of the Medical Act 1971.
As these experienced medical officers are from recognised universities, they are not required to sit for the exam to be registered.
These medical officers are given full registration and Annual Practicing Certificates as per their contracts. Therefore, they can only practise medicine at the specified MOH facilities. Hence under the Act, they cannot practise in universities or act as locums in private clinics or private hospitals.
To ensure the services provided by these medical officers are of good quality and they are competent in carrying out their work, regular assessment is carried out by the MOH.
While working with the MOH, these contract doctors are not allowed to join the Masters Programme in public universities.
If they wish to join the Masters Programme, they must first resign from the MOH and follow the specific rules and regulations set by the universities and the Ministry of Higher Education.
It is worth mentioning here that the presence of these contract medical officers does not deprive the local doctors of their chances to further their education in the Masters Programme.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH,
Deputy Director-General of Health (Medical),
Ministry Of Health Malaysia

Star=13 Jun 2008....Malu La Ini Macam

Docs shy away from service at govt hospitals

By CHRISTINA KOH and ONG YEE TING

IPOH: The Health Ministry has received dismal response from private doctors after its call for them to volunteer their services at government medical facilities, said minister Datuk Liow Tiong Lai.
Disappointed, Liow said only one doctor from the private sector had come forward since he made the call a month ago, making it just eight since the move was introduced half a year ago.
He doubted that the low take-up rate was because the Government was offering the private practitioners an allowance of up to RM80 an hour.
“When I made the statement a month ago, many private doctors praised the move because they would be able to come forward, not for the money but for the challenge of the job.
“Perhaps many of them don’t know where to sign up for the scheme,” speculated Liow, who urged those interested to do so at the ministry website (www.moh.gov.my).
He said the country was still facing a severe shortage of doctors in government , with only 60% or 13,000 posts filled so far.
This meant that the doctor to patient ratio was 1 to 1,145, when the ratio for developed countries was 1 to 600, said Liow.
In George Town later, Liow said the ministry had appealed to the European Union (EU) for more time to improve the standard and quality of fishery products exported to Europe.
Currently, Malaysia exports about RM1.5bil of fishery products to Europe annually.
Liow said the ministry would hold a dialogue with the exporters on Monday before tabling the issue at the next Cabinet meeting.
He was commenting on a report that the EU might impose a possible ban as seafood products from Malaysia had failed to meet the EU health standards. The EU’s Food and Veterinary Office representatives had visited seafood processing companies and facilities supporting the industry here in April.
In a random check, six out of nine exporters were found to be lagging behind in the health standards and practices set by the EU.
They have been blacklisted, with an immediate effect, from exporting their products to Europe, said Liow, adding the government had also de-listed the six .
“We are committed in doing our part to ensure the exporters abide by the EU regulations,” he told a press conference after attending the presentation of Joint Commission International accreditation for Penang Adventist Hospital here yesterday.

Star=23 Jun 2008

Limit doctors’ admin duties

I AM a medical specialist working in a government hospital, and I hope to continue doing so until I reach retirement age.
I am aware that there is a shortage of medical specialists in our country and the Health Minister is very keen to overcome this problem, as well as to cut down the long waiting time to see doctors at the clinics and to have operations.
I feel that these problems can be at least partially overcome by limiting the amount of administrative work a medical specialist has to do.
I am sure all government doctors are aware that the more “specialised” they become, the more administrative meetings they have to attend and the more paperwork they have to do.
The worst thing is heads of department, appear to be frequently travelling all over the countryside (at the expenses of the taxpayers’ money) to attend meetings.
One needs only to check their punch cards at the end of the month to realise that for at least half, sometimes up to three quarters of the month they are not in their respective departments!
There appear to be numerous meetings (at multiple levels) to attend; for example, there are meetings at one’s own department level, meetings at one’s own hospital level, meetings at other hospitals in the same state, meetings at hospitals in other states, and meetings at the so-called national level.
It looks like medical specialists are employed by the government to attend meetings first and looking after patients appears to be of secondary importance.
I am not saying meetings are not important because that is where important policies are made, but having at least one meeting to attend to every week is just too much. Some of the meetings last too long, e.g. from 9 am to 1 pm or even a whole day! This is one of the reasons some of my local colleagues resigned, and the reluctance of some of my overseas colleagues to come back and serve the country.
They (and I too) are worried that we shall lose our clinical skills! What makes private practice attractive is that more than 90% of the time one is doing pure clinical work.
I suggest that the Government employs those with a proper degree in hospital administration (such as in the private sector) to do administrative work and attend meetings.
It is a sheer waste of resources to get physicians, surgeons, pathologists, and radiologists etc to do so when we are facing a shortage!
I feel that if doctors were to attend meetings, 90% of these meetings should be clinical meetings where we could upgrade our knowledge and contribute directly to patient care.
There are specialists who apparently are still actively involved in ISO (I thought the Government had abolished that!). Besides attending ISO meetings and preparing documents, these specialists have to go around the hospital (and some even have to visit other hospitals) to do audits and write reports (imagine employing medical specialists to be auditors!) Please employ ISO officers to perform such tasks.
Besides wasting manpower, a significant amount of money is also being consumed.
While most large government hospitals have meeting rooms and lecture halls, I cannot see the logic in holding meetings (and also courses, workshops) in hotels.
I also do not agree with the three-hourly feeding “culture” (i.e. morning tea, lunch and afternoon tea being provided) as usually there are a lot of leftovers.
It would be more economical to have meetings in hospitals and everyone should have breakfast before they come to the meeting so that there is no need for morning tea.
During the official lunch break (from 1pm to 2pm), every one can have lunch at the hospital canteen, paying the food from one’s own pocket (thus preventing wastage). There is no need to have expensive buffet lunches at five-star hotels!
I hope our honourable Health Minister will take my viewpoints into consideration.
When we face shortage or crisis, please prioritise whatever we have.

FRUSTRATED GOVERNMENT SPECIALIST,
Perak

Star=23 Jun 2008

Ban doc who molested from medical practice

I REFER to the report 'Doc molested me, claims clinic assistant' (The Star, June 18).
This shows that molesters can be anyone from all walks of life rather than the stereotypical old man in a trench coat lurking in the corners of the park. The doctor who molested the clinic assistant not only deserves not to be called a doctor but should also be officially barred from practicing. I believe he is not the first nor will he be last medical professional who is giving medical practice a bad name. There are some cases, of which a few have gone unreported, of doctors and other medical professionals including dentists who molest or sexually harm clinic assistants. Kudos to the clinic assistant who came forward to not just save herself but also stop this man from trying to hurting others in the future.

STEFFIE YEN,
Auckland, New Zealand.

Star=23 Jun 2008

Ban doc who molested from medical practice



I REFER to the report 'Doc molested me, claims clinic assistant' (The Star, June 18).
This shows that molesters can be anyone from all walks of life rather than the stereotypical old man in a trench coat lurking in the corners of the park. The doctor who molested the clinic assistant not only deserves not to be called a doctor but should also be officially barred from practicing. I believe he is not the first nor will he be last medical professional who is giving medical practice a bad name. There are some cases, of which a few have gone unreported, of doctors and other medical professionals including dentists who molest or sexually harm clinic assistants. Kudos to the clinic assistant who came forward to not just save herself but also stop this man from trying to hurting others in the future.


STEFFIE YEN,
Auckland, New Zealand

Saturday, June 21, 2008

Utusan=13 Jun 2008...Boleh Blah!!!

Tarik Doktor Ke Hospital Kerajaan

PUTRAJAYA 9 Jun - Kementerian Kesihatan akan mencari jalan untuk menarik lebih ramai doktor yang berkhidmat di luar negara dan hospital swasta untuk kembali ke hospital kerajaan.
Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, usaha itu bagi menampung kekurangan doktor yang berlaku di hospital kerajaan berikutan pengaliran keluar 300 doktornya ke hospital swasta setiap tahun.
Beliau berkata, kerajaan telah mewujudkan program untuk membolehkan doktor dari hospital swasta berkhidmat di hospital kerajaan pada masa lapang tetapi hasilnya kurang memuaskan.
Kebanyakan doktor dari hospital swasta yang menyertai program ini ialah untuk bahagian pesakit luar tetapi tidak ramai doktor pakar yang menyertai program ini. Ini mungkin disebabkan tawaran hospital kerajaan yang kurang menarik dan kita perlu mengkaji semula terma perkhidmatan yang ditawarkan kepada doktor-doktor pakar ini," katanya selepas merasmikan Persidangan Kemas Kini Patologi Payu Dara di Hospital Putrajaya di sini hari ini.
Tiong Lai berkata, masalah kekurangan doktor dan jururawat di hospital-hospital kerajaan perlu ditangani segera kerana lebih ramai rakyat mungkin akan memilih rawatan di hospital kerajaan berikutan kenaikan harga bahan api yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Jika doktor tempatan masih tidak mencukupi maka kita akan mencari doktor dari luar negara. Buat masa ini kita mempunyai 500 doktor asing. Selain itu, kita menghadapi kekurangan jururawat kerana ramai di kalangan mereka memilih bekerja di negara lain khasnya di Asia Barat," katanya.
Ditanya mengenai pelaksanaan Skim Insurans Kesihatan Nasional, Tiong Lai berkata, skim tersebut masih diperhalusi kerajaan. Laporan awal mengenai skim itu tidak memuaskan dan saya telah meminta Ketua Pengarah Kesihatan supaya skim ini diteliti semula supaya ia sesuai dengan keperluan rakyat kita.
Kita tidak boleh menjalankan rancangan ini berdasarkan keadaan di luar negara, ia sebaliknya perlu dijalankan mengikut acuan tempatan'' katanya. Tambah beliau, buat masa ini, 98 peratus kos rawatan rakyat di hospital kerajaan disubsidi kerajaan.

Thursday, June 19, 2008

Kuiz Minggu Ini......Tapi Tak Ada Hadiah....

Si A : Kenapa Pakar Perubatan Kesihatan Awam tidak diberi keadilan seperti kenaikan pangkat, elaun pakar dan lain-lain sedangkan mereka layak???? Mereka pun buat kerja juga, tahu tak....

Si B : Dengan tersengih-sengih dan muka toya, menjawab.....Long Story la.......

Si C : Dengan muka tak malu menambah, kerja Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan kerja Pakar Perubatan Klinikal tak sama....

Soalan.....

Siapakan Si A, Si B dan Si C??????

Beri jawapan anda dengan mengelik butang komen di bawah......

MPH 4 tahun jadi 1+3=Hidup Biar La Adil

Bukan satu rahsia lagi bahawa MPH 4 tahun akan ditukarke 1+3 (1 tahun MPH dan 3 tahun DrPH) bermula kemasukan Jun 2007.
Isunya, apa masa depan orang yang dieksperimen buat 4 tahun MPH dari segi further study?. (Dari segi kerjaya orang semua tahu dah "tak dianggap ada beza" antara MPH 4 tahun dengan MPH 9 bulan; MPH 1 tahun; MPH 18 bulan malah dengan takde MPH).
Sebelum jawab soalan tu. Ada 2 perkara nak kena tanya....
1. Adakah syllabus tu nanti berbeza dengan MPH 4 tahun?
2. Selepas amalan MPH 1+3; adakah Sumber Manusia KKM dan JPA akan terima pakar kesihatan awam sebagai satu kepakaran bagi tujuan pembayaran elaun pakar seperti, sama dan setara dengan pakar klinikal?
Jika kedua-dua jawapannya tidak, so.........another eksperimen?
Cumanya semua kita tahu SKSM tak de beza sangat pun dengan SKM. SKSM akan dimansuhkan di UKM kerana 1+3 bermaksud semua SKSM dan SKM (Doctor dan non doctor) akan masuk dalam sesi 1 tahun pertama MPH dan seterusnya Doctor akan sambung 3 tahun buat DrPH. Cuma di kalangan kita yang 4 tahun MPH ni kena fight bahawa jika 1+3 tak de beza dengan MPH 4 tahun dari segi syllabus, UNIVERSITI MUST AWARD SEMUA MPH 4 TAHUN DENGAN ANOTHER DEGREE iaitu DrPH.

Please Tolong Cari Surat Ni Untuk Saya

Guys, dah baca surat from Bahagian Kompetensi KKM?

I quote... "adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam yang bersidang pada 5 Oktober 2007 telah meluluskan permohonan KKM untuk menilai taraf Ijazah Sarjana Kepakaran Pegawai Perubatan (KLINIKAL) dan Pegawai Pergigian (KLINIKAL) sebagai setaraf dengan PTK.................". Surat ni no. rujukan Bil.(35)dlmKK(S)-270(36) dated 27 Disember 2007. Correct me if i misinterpret this letter from KKM.

If this doesn't push me further to look for other opportunities outside, what else??

Isu MPH=Berita=19 Jun 2008=Masalah pegawai perubatan diteliti

Masalah pegawai perubatan diteliti

BAHAGIAN Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan ingin merujuk tiga surat yang disiarkan ruangan ini, yang bertajuk 'Pegawai perubatan berasa terpinggir' (2 Jun)'; 'pakar perubatan kesihatan dipinggir' (5 Jun) dan 'Jawapan 'basi' tak selesai masalah' pada 12 Jun. Kementerian sentiasa mengambil tindakan berterusan bagi memastikan kebajikan dan peluang kerjaya bagi semua kakitangannya tanpa meminggirkan mana-mana skim perkhidmatan. Sebagai makluman, urusan kenaikan pangkat Pegawai Perubatan yang memangku Gred UD44 pada 2006 termasuk yang dialami pengadu sedang dalam tindakan aktif kementerian. Ia dijangka dikemukakan kepada agensi pusat dalam tempoh tiga minggu bagi anggota yang memenuhi syarat ditetapkan. Pengadu juga disarankan supaya merujuk kepada Unit Naik Pangkat (P&P), Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan untuk menyemak secara terus kedudukan urusan kenaikan pangkatnya. Berhubung dengan bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam (BIPKA) supaya kadar bayaran BIPKA yang dibayar kepada Pegawai Pakar Kesihatan Awam sama kadarnya seperti yang diperoleh Pakar Perubatan Klinikal, buat masa ini kerajaan tidak dapat menimbangkannya memandangkan kedua-dua bidang kepakaran itu mempunyai kelayakan, kepakaran serta bidang tugas berbeza. Namun, kerajaan menetapkan kadar baru BIPKA iaitu kenaikan daripada 70 peratus kepada 80 peratus nilai yang diterima Pakar Klinikal berkuat kuasa pada 1 Januari 2004 di mana pemberitahuan dibuat melalui surat pekeliling perkhidmatan bilangan 5 Tahun 2003.

MOHD SABRI ABDULLAH,Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan

Wednesday, June 18, 2008

PBBM Syor Struktur Semua Perkhidmatan Awam Disatukan Di Bawah Satu Skim

SINTOK, 15 Jun (Bernama) -- Persatuan Badan-badan Berkanun Malaysia (PBBM) hari ini mengesyorkan kepada kerajaan supaya menyatukan semua perkhidmatan di bawah satu skim bagi menghadapi cabaran alaf ini. Presiden PBBM Tan Sri Dr Nordin Kardi berkata penyatuan semua perkhidmatan akan memberi peluang kepada kakitangan terbaik mencapai tahap tertinggi dalam karier mereka dengan kerajaan."Mengikut sistem sekarang hanya mereka dalam kategori 'M' (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) berpeluang mengetuai pentadbiran tertinggi kerajaan sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) atau Ketua Setiausaha (KSU)," katanya.Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi jawatankuasa PBBM sempena mesyuarat agung kali ke-25 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini, beliau berkata "kelompok" kategori itu adalah kecil sekitar 500 pegawai sedangkan mereka yang seangkatan semasa pengambilan mungkin mencecah 50,000 orang."Untuk mencari bakat terbaik mencapai kemuncak kerjaya seharusnya datang daripada kalangan 50,000 orang bukan 500 orang, kata Dr Nordin.Walaupun KSN pernah menyatakan sesiapapun yang mencapai taraf JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) boleh dipilih menjadi ketua pengarah dan sebagainya tetapi pertimbangan utama masih diberi kepada mereka daripada skim perkhidmatan kumpulan M."Doktor perubatan yang cemerlang dalam perkhidmatan, memasuki universiti dengan keputusan mata 4.0 pada peringkat matrikulasi tidak mungkin mencapai kemuncak karier berbanding yang memasuki universiti dengan mata lebih rendah melalui saluran lain apabila mereka memilih perkhidmatan M," katanya.Dr Nordin, yang juga Naib Canselor UUM, berkata PBBM berharap kerajaan berazam melaksanakan syor itu untuk menyatukan pegawai awam di bawah satu perkhidmatan sahaja supaya kerajaan tidak kehilangan bakat terbaik.Dalam perkembangan lain, mesyuarat PBBM itu mencadangkan satu akta induk diwujudkan sebagai rujukan bagi semua badan berkanun di negara ini terutama daripada segi perkhidmatan dan kewangan.Katanya satu pasukan petugas diketuai Ketua Pengarah Mardi Datuk Dr Abdul Shukor Abdul Rahman ditubuhkan bagi menjalankan kajian badan berkanun melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk membantu kerajaan.

-- BERNAMA

Tuesday, June 17, 2008

BAYARAN LOCUM

Semua barang naik harga........Satu je yang tak naik......... Bayaran LOCUM.... Tak pernah pun kita semua terutama yang selalu buat locum bincang. Mungkin tak perasan, mungkin sebab tak berkaitan kerana tak buat locum atau mungkin tak tahu macam mana nak bincang.

Ada cadangan dari semua???????????????

Rate kat Kelantan ialah RM20 - RM25 sejam.........MURAH................

Pakar kesihatan awam cari penyelesaian penyakit merentas benua

Utusan Malaysia, 17 Jun 2008

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 pakar perubatan dan kesihatan dari 100 negara akan menghadiri Kongres Penyakit Berjangkit Antarabangsa (ICID) ke-13 di sini bermula Khamis ini. Kongres empat hari itu akan dihadiri oleh doktor, pakar sains, pakar mikrobiologi dan doktor veterinar akan membincangkan kemajuan terkini dalam pencegahan, pengawalan dan rawatan penyakit berjangkit. Ia akan juga mencari penyelesaian dunia bagi menangani masalah penyakit berjangkit yang merentasi sempadan negara seperti selesema burung, wabak HIV/AIDS dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), menurut ICID dalam kenyataan di sini hari ini. Sejak beberapa tahun lalu, ICID menjadi forum utama untuk pakar penyakit berjangkit di seluruh dunia bagi mencari jawapan kepada cabaran daripada penyakit berjangkit. Kongres itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang dianjurkan bersama Kementerian Kesihatan, Persatuan Antarabangsa untuk Penyakit Berjangkit dan Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemotrafi. - Bernama

Friday, June 13, 2008

Naik Pangkat....KASTAM PUN TAK PUAS HATI

Penguasa kastam payah naik pangkat
Berita Harian 3 Jun 2008

SAYA tertarik dengan keluhan `Doktor Dedikasi Tuntut Keadilan’ di dalam ruangan ini kelmarin. Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar rungutan dan keluhan kakitangan awam yang tidak dilayan sewajarnya oleh pengurusan tertinggi jabatan masing-masing. Doktor berkenaan masih bernasib baik berbanding sebilangan besar kami Penguasa Kastam dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang berkhidmat lebih 15 tahun tetapi masih pada takuk W41. Lebih menyedihkan dan menyakitkan hati, apabila senarai kenaikan pangkat diumumkan pada 3 April lalu, nama kami masih tercicir kerana diisi oleh pegawai yang lebih junior yakni pengambilan sehingga 2002. Alasan pengurusan jabatan ialah pegawai berkenaan mendapat markah penilaian prestasi yang tinggi. Kebanyakan pegawai penilai hanya memberi markah bersandarkan kerja luar yang tiada kaitan dengan tugas hakiki Jabatan Kastam (mengutip cukai).Jika seorang doktor yang mempunyai menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal dan nasib kakitangan perubatan dan kesihatan tidak mampu berfungsi, apatah lagi dengan nasib kami Penguasa Kastam yang tidak mempunyai menteri khas ini. Bagaimanapun mengambil tanggung jawab yang diamanahkan, kami masih melaksanakannya dengan penuh dedikasi, cuma kami berharap Ketua Pengarah KDRM dan Kementerian Kewangan dapat melihat pegawai dan kakitangan yang masih menunggu kenaikan pangkat yang sepatutnya mereka nikmati.

PENGUASA KASTAM VETERAN,Kuala Terengganu, Terengganu.

Isu Naik Pangkat=Berita=4 Jun 2008

Pegawai profesional tuntut setaraf PTD

SAYA ingin merujuk kepada surat 'Kecewa Pegawai PTD Saja Diberi Peluang Dalam Sektor Kerajaan' yang disiarkan dalam ruangan ini pada 29 Mei lalu mengenai pelantikan wakil atau duta di luar negara.Sebenarnya kekecewaan yang diluahkan 'Kakitangan Putrajaya' itu bukan asing dalam perkhidmatan awam. Kekecewaan sebenarnya berlaku memandangkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan saja memonopoli perkhidmatan luar negara, malah juga hampir semua jawatan penting dalam kerajaan.Hampir semua jabatan Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan adalah dikhaskan kepada PTD. Dalam skim PTD, pegawai lazimnya dikelaskan sebagai cemerlang, sederhana dan biasa. Pegawai yang dikategorikan sebagai cemerlang diberi tanggungjawab mengetuai sesuatu kementerian atau jabatan pada gred Utama A atau lebih tinggi.
Pegawai sederhana pula akan memegang jawatan sebagai timbalan pada gred Utama B. Pegawai biasa akan diberi jawatan yang kurang penting dengan gred utama C. Dalam kebanyakan kes, PTD akan menikmati pencen sekurang-kurang atas gred utama C. Tiada PTD akan pencen pada gred utama C ke bawah.Berbeza dengan PTD, perkhidmatan profesional seperti jurutera, doktor, pegawai pendidikan, pegawai teknologi maklumat dan sebagainya mempunyai peluang kerjaya yang sangat jauh bezanya dengan PTD.Pegawai dalam skim profesional juga dikelaskan mengikut cemerlang, sederhana dan biasa. Tetapi malangnya, hanya seorang daripada golongan profesional akan diberi tanggung jawab mengetuai sesuatu jabatan. Itu pun atas gred utama B. Mereka sememangnya dinafikan hak mengetuai kementerian atau jabatan.
Dalam erti kata sebenarnya, pegawai profesional yang paling cemerlang hanya dianggap sederhana atau biasa oleh PTD. Kumpulan sederhana pula akan bertuah jika dapat menikmati jawatan utama C.Kebanyakan pegawai profesional adalah di kalangan pegawai biasa iaitu yang akan pencen sama ada di tahap gred 41 atau 48. Pegawai profesional sebenarnya adalah dari kalangan kelas ketiga dalam perkhidmatan awam.Berikutan itu, berlaku pertelingkahan berterusan antara Pegawai Pendidikan dengan PTD yang berhasrat untuk mengisi jawatan pentadbir di jabatan pendidikan negeri. Perkara pokok yang jarang diketengahkan adalah PTD yang diberi tanggungjawab memang sangat muda.Kebanyakan PTD akan mendapat kenaikan pangkat gred 48 selepas lima tahun berkhidmat. Pegawai profesional lain termasuk pegawai pendidikan hanya akan menikmati kenaikan pangkat pada gred 48 selepas 15 tahun berkhidmat. Bayangkan jika pegawai PTD yang hanya lima tahun berkhidmat menjadi ketua kepada Pegawai Pendidikan gred 44 atau 41 yang sudah 15 tahun bekerja.Memandangkan peluang kenaikan pangkat bagi pegawai profesional sangat lambat berbanding dengan rakan mereka dalam PTD, maka perasaan kekecewaan berlaku. Pegawai profesional tidak dapat berbuat apa-apa.Sebaliknya, PTD terutama yang berada di Jabatan Perkhidmatan Awam sering pula mengatakan pegawai profesional tidak produktif. Sudah sampai masanya perkhidmatan awam melaksanakan reformasi skim perkhidmatan. Mengekalkan ketuanan PTD dan menafikan hak pegawai profesional peluang kenaikan pangkat sama rata akan menyebabkan perkhidmatan awam tidak dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan secara keseluruhannya.Perkhidmatan awam bukan milik PTD saja, negara tidak memerlukan perkhidmatan profesional sebagai kelas ketiga.


A AHMAD,Kuala Lumpur.

Isu MPH=Alternatif Tambahan

PAKATAN RAKYAT MAHUKAN SOALAN DARIPADA ANDA

AHLI-ahli Parlimen Pakatan Rakyat mahukan soalan daripada anda untuk dikemukakan di sidang parlimen kedua yang akan berlangsung daripada 23 Jun hingga 15 Julai.
Soalan-soalan yang boleh diutarakan perlulah berkaitan isu seperti masalah, aduan, cadangan atau apa-apa berkaitan dengan kawasan Parlimen anda.
Demokrasi pembabitan anda semua, menerusi soalan yang diutarakan membantu ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat untuk rakyat dan negara.
Oleh itu, kirimkan soalan-soalan anda kepada
parlimenpakatanrakyat@gmail.com
Sila sertakan sekali dalam kiriman emel anda:
- nama penuh (nama samaran boleh diterima dengan syarat disertakan nama penuh), alamat dan no telefon anda dan ahli parlimen di kawasan anda.

Beberapa Komen....Harap Membantu

Untuk makluman semua perkara yang dibangkitkan dalam hansard itu telahpun dibangkitkan oleh Dato’ Ramlee dalam mesyuarat Ketua Jabatan JKA, Bil 14/2008 bertarikh 30 Mei 2008. Isu kandungan isu dalam Hansard tersebut telah ditunjukkan kepada Dato’ Ramlee & Dato Hassan. Keputusannya satu memo akan dihantar ke BSM bagi melaksanakan komitmen tersebut. Draf surat kini sedang didrafkan oleh Dr Azimatun dan akan ditandatangani oleh Dato Hassan sebelum dihantar hopefully by next week, TQ
13 Jun 2008


http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-29052008.pdf
Just for further information, this issue has been brought up in the parliment.

Thursday, June 12, 2008

Isu MPH=29 Mei 2008=Ditanya di Parlimen....

SOALAN:

Terima kasih Yang Berhormat

Menteri, Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan latihan pakar tadi. Kita ada beberapa kumpulan yang telah dilatih lebih kurang 400 orang sebagai Pakar Kesihatan Awam untuk mengisi keperluan ini dan mereka ini sudah berkhidmat lama. Seperti yang dibangkitkan dulu, mereka di gazette kan sebagai pakar tetapi tidak diberikan pengiktirafan dalam bentuk elaun, emolumen dan elaun yang setaraf dengan pakarpakar klinikal yang lain.
Kemudian, saya mendapat rungutan daripada pakar-pakar ini bahawa mereka ini tidak dimasukkan dalam beberapa siri kenaikan pangkat, interview di mana dalam kenaikan pangkat pakar secara categorically dengan izin, disebut “Kecuali pakar kesihatan awam”. Sampai ada pakar ini dah 10 tahun dalam kedudukan pakar dan masih lagi U41, menanggung kerja U44 tetapi tak di confirm kan. Antara hujahnya kekurangan jawatan.
Jadi saya nak mencadangkan supaya kalau kurang jawatan itu sebagai punca, diambil kira untuk menambah jawatan-jawatan supaya pakar-pakar ini segera dapat melepasi keperluan dan dilantik sebagai pakar yang disahkan ataupun dengan gaji dan emolumen yang sewajarnya bagi pakar supaya kita tidak kehilangan pakar-pakar kesihatan awam daripada sistem perkhidmatan perubatan kita. Terima kasih.

JAWAPAN:

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Krai.
Memang dari segi pakar kesihatan awam ini, kita juga mengambil berat. Memang saya tahu ada perbezaan dari segi insentifnya daripada pakar hospital, ada sedikit perbezaan. Kita sedang mengambil langkah untuk membaiki ataupun menyelaraskan perbezaan ini. Di samping itu dari segi kenaikan pangkat, saya ucapkan terima kasih dan kita akan lihat bagaimana kita nak mempercepatkan lagi. Memang ada kekosongan dari segi jawatan pakar dan kita akan cuba mempercepatkan.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Sungai Siput membangkitkan beberapa perkara dan cadangan yang bernas. Berhubung dengan sokongan untuk mendapatkan peruntukan yang lebih, saya ucapkan terima kasih. Memang Kementerian Kesihatan memerlukan peruntukan yang lebih. Kalau dikatakan bahawa kita hanya gunakan 2% GDP, sebenarnya kita guna lebih. Kita belum mencapai tahap 5% GDP tapi telah pun lebih kurang 4% GDP yang telah pun kita gunakan untuk peruntukan Kementerian Kesihatan. Peningkatan kos yang begitu tinggi dalam bidang perubatan adalah amat kita bimbang. Sebenarnya pada masa sekarang, tanggungan kerajaan telah memberi subsidi lebih kurang 98% daripada kos perubatan dalam negara kita. Hanya 2% yang dibayar kalau dilihat daripada perkhidmatan yang diberi di hospital-hospital dan klinik-klinik. Ini telah pun kita ambil kira kos yang setiap hari meningkat. Saya ucap terima kasih kalau kita dapat lagi tambah peruntukan. Memang kita perlu tambah, saya tahu tiap-tiap tahun peruntukan ini akan terus meningkat. Kalau tahun lalu hanya lebih kurang RM10 bilion, tahun ini RM12.9 bilion dan tahun depan akan terus meningkat kerana bilangan populasi meningkat, kos medical meningkat dan sebagainya. Memang tak cukup dari segi peruntukan.

Dari segi penghijrahan ataupun 30% pakar di hospital awam untuk memberi khidmat kepada patient di hospital awam ini, saya bersetuju memang kita kekurangan pakar dan banyak usaha telah diambil dan akan diambil seterusnya untuk memastikan.........
pakar-pakar tidak berhijrah ke hospital swasta
.

Utusan=13 Jun 2008=Tarik Doktor Ke Hospital Kerajaan

Tarik Doktor Ke Hospital Kerajaan

PUTRAJAYA 9 Jun - Kementerian Kesihatan akan mencari jalan untuk menarik lebih ramai doktor yang berkhidmat di luar negara dan hospital swasta untuk kembali ke hospital kerajaan.
Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, usaha itu bagi menampung kekurangan doktor yang berlaku di hospital kerajaan berikutan pengaliran keluar 300 doktornya ke hospital swasta setiap tahun.
Beliau berkata, kerajaan telah mewujudkan program untuk membolehkan doktor dari hospital swasta berkhidmat di hospital kerajaan pada masa lapang tetapi hasilnya kurang memuaskan.
Kebanyakan doktor dari hospital swasta yang menyertai program ini ialah untuk bahagian pesakit luar tetapi tidak ramai doktor pakar yang menyertai program ini. Ini mungkin disebabkan tawaran hospital kerajaan yang kurang menarik dan kita perlu mengkaji semula terma perkhidmatan yang ditawarkan kepada doktor-doktor pakar ini," katanya selepas merasmikan Persidangan Kemas Kini Patologi Payu Dara di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, masalah kekurangan doktor dan jururawat di hospital-hospital kerajaan perlu ditangani segera kerana lebih ramai rakyat mungkin akan memilih rawatan di hospital kerajaan berikutan kenaikan harga bahan api yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Jika doktor tempatan masih tidak mencukupi maka kita akan mencari doktor dari luar negara. Buat masa ini kita mempunyai 500 doktor asing. Selain itu, kita menghadapi kekurangan jururawat kerana ramai di kalangan mereka memilih bekerja di negara lain khasnya di Asia Barat," katanya.
Ditanya mengenai pelaksanaan Skim Insurans Kesihatan Nasional, Tiong Lai berkata, skim tersebut masih diperhalusi kerajaan. Laporan awal mengenai skim itu tidak memuaskan dan saya telah meminta Ketua Pengarah Kesihatan supaya skim ini diteliti semula supaya ia sesuai dengan keperluan rakyat kita.

Kita tidak boleh menjalankan rancangan ini berdasarkan keadaan di luar negara, ia sebaliknya perlu dijalankan mengikut acuan tempatan'' katanya. Tambah beliau, buat masa ini, 98 peratus kos rawatan rakyat di hospital kerajaan disubsidi kerajaan.

Sumber: Utusan Online-13/06/2008